Wednesday, December 31, 2008

Ada Apa Dengan Hormat Menghormati

Salam semua.

Hari ni dah masuk 3 Muharram 1430. Selamat menyambut Tahun Baru 1430H bagi ummat Islam yang menyambut tahun baru. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari kisah Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dengan berubah kepada yang lebih baik dalam apa jua aspek kehidupan. Kita perbaiki segala kelemahan dan tingkatkan segala kekurangan diri bagi menjadi ummat yang lebih bertaqwa.

Terkesima sementelah mendengar khabar perihal pengusaha panggung wayang menghormati Awal Muharram. Dari apa yang aku dengar, pengusaha panggung wayang di Johor Bahru menghentikan operasi pada hari Ahad pada pukul 7 petang dan menutup semua operasi panggung wayang pada hari Isnin, 1 Muharram demi menghormati kedatangan tahun baru 1430H.

Note: Sila betulkan jika kenyataan ini bercanggah dengan fakta sebenar.

Tapi apa pun, aku bangga jika kenyataan ini adalah benar kerana usaha kepada menghormati kesucian agama Islam itu wajar dipupuk dan diperhebat memandangkan semakin ramai umat Islam terutamanya anak-anak belia yang semakin leka dan alpa dengan seruhan Rab nya. Mungkin kerana lebih terjurus untuk mengamalkan budaya kehidupan masyarakat barat yang dianggap lebih bertamadun walhal menyesatkan iman dan menggoyahkan aqidah.

Pesanan untuk diri yang selalu lupa.


..

Tuesday, December 30, 2008

Ada Apa Dengan Riuh Rendah

Dari Filem Bintang Hati;

Tasya: Sesakali balik ke kampung, lupa sekejap hingar bingar kerja.

Memang sesekali aku suka balik kek kampung. Bukan sekadar laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menyenangkan hati mak aku, tapi adakalanya aku rasa tenang bila ada dengan family aku. Walaupun aku sendiri tahu yang kalau aku balik ke kampung, makin riuh rendah rumah mak aku. Tambah lagi dengan keadaan sekrang bila semua ada kat rumah.

Well, Khamis lepas aku balik ke rumah mak aku kat Melaka untuk cuti panjang sempena Krismas dan Awal Muharram. Macam biasa la, kalau balik je Melaka makin sibuk. Bawak mak aku pergi membeli barang dapur, kenduri, balik kampung memang aku rasa masa aku sangat terisi. Masa tu lah nak berehat kat rumah tapi dalam masa yang sama lah nak kena entertain macam-macam benda. Bukan nak membebel macam Ayu, tapi aku rasa aku sebagai anak kena laksanakan tanggungjawab sesekali aku balik rumah mak aku.

Ni dah balik ke kampus. Tetiba aku rasa sangat berbeza. Susah giler nak dapat parking lot kat blok. Budak-budak degree suma dah balik kampus. Semester baru dah bermula. Malam tadi dah mula pekakan dan pekikan adik-adik yang dah lama aku tak dengar. Hampir 5 minggu aku tidur dalam keadaan selesa dan lena tanpa gangguan makhluk kasar. Dah tanggungjawab menjaga adik-adik kat blok. Kena la tahan sket dengan kerenah diorang. Takpe, lepas habis semester ni, aku ada 3 bulan untuk tinggal sorang kat blok tu. Waahahhahahhaha....

Semester baru dah mula. Aku kena berusaha lagi keras untuk memperkemaskan research aku. Banyak lagi benda yang perlu aku buat. Too many things to do.

Special shoutout to An: Selamat pengantin baru..!!! Jangan lupa elaun aku jadi photographer walaupun...hehhehhehe..

..

Friday, December 19, 2008

Ada Apa Dengan Result Semester 1

Aku dah dapat result semester 1.

Tengah memikir camana nak bayar yuran lak ni. Sikit sikit la terpaksa jimat cermat untuk bayar yuran ni. Tiba-tiba aku terfikir pada orang yang memang ada kebolehan untuk belajar terpaksa berhenti belajar sebab ada financial problem. Dan tiba-tiba gak aku terfikir anak-anak orang kaya yang tak berapa nak pandai a.k.a bangang yang menghabiskan duit mak bapak pergi belajar kononnya kat universiti oversea, sekali tak jadi apa pun. Nak buat camana. Pilihan masing-masing.

Kita punya akal untuk menentukan hidup sendiri. Allah dah bagi Quran dan nabi dah tinggalkan sunnah dan hadis untuk diikut.

Apa pun aku tetap bersyukur dengan keputusan aku untuk semester ni. Membuatkan aku nak berusaha lebih untuk meningkatkan prestasi diri sendiri.

Banyak lagi yang nak kena buat.

10 Liter aliran gas dalam seminit.
2 m3 aliran gas dalam sejam.
20 - 120 MMSCFD.

Takpelah. Mungkin bukan rezeki aku untuk join masa-masa bersuka ria dengan orang di sekeliling aku sekarang ni. Nak nak lagi lak orang yang jauh. Dah lama tak gi jalan-jalan melihat alam. Ada hati tu nak berjalan. Nak bayar yuran pun belum tentu lepas..

Tapi kita kena bersyukur.

Surah Ibrahim Ayat 7:

"Dan apabila kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmat kepadamu. Namun, apabila kamu kufur, (maka) ingatlah siksaan Ku amatlah pedih"

Wednesday, December 03, 2008

Ada Apa Dengan Home

From Home by Daughtry

I'm staring out into the night,
Trying to hide the pain.
I'm going to the place where love
And feeling good don't ever cost a thing.
And the pain you feel's a different kind of pain.

Well I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old,
So I'm going home.
Well I'm going home.

Mana ada putus asa apa-apa. Tak sabar rasanya nak balik Raya Haji. Lepas dapat email yang sangat memberangsangkan dari Prof di London, aku rasa lega dan lapang dada nak balik kampung untuk raya ni. Mungkin bagi sesetengah orang, Raya Haji tak payah sambut pun tak pe, tapi bagi aku, Raya tetap Raya.

Be back in Melaka on Friday..

Monday, December 01, 2008

Ada Apa Dengan Pau Kaya

Masa-masa petang macam ni memang lapar dan teringat pau kaya. Tambah lagi dengan pening research yang ada, aku nak makan cendol la pulak. Hmm.. takleh makan banyak. Benda-benda bersantan, bergula ni kurang sehat. Mari kita makan barangan yang lebih berkhasiat.

Uik tak sedar dah pukul 5 lebih. Nak balik jogging. Kalau tak istiqamah, tak dapat la 10km seminggu berlari. Cukup la tu. Makan jaga, tak perlu nak bersenam banyak sangat. Alhamdulillah, seluar aku masih lagi bersaiz 29 walaupun berat aku semakin naik yang sekarang dah sampai 68kg.

Tak nak merepek lagi. Mari bersenam..

Friday, November 14, 2008

Ada Apa Dengan Terbuka Johor

Sambungan kepada posting semalam.

Semalam aku. Hafiz, Ude dan Amin pergi lagi tengok badminton Terbuka Johor. Dah katanya ada national players, aku tak lepaskan peluang untuk tengok diorang main. Hehheh, lagipun semalam punya tiket disponsor oleh encik Hafiz. Tak mahal pun, RM10 untuk 20 game semifinals.

Lee Chong Wei (1) vs Kuan Ben Hong (4)

Perlawanan yang menarik antara 2 darjat. Lee Chong Wei sebagai jaguh badminton nombor 1 dunia melawan Kuan Ben Hong yang baru nak naik. Ben Hong ada skill gak main. Ye lah, kalau tak ada skill takkan leh jadi national player. 3rd single masa Thomas Cup kat Indonesia earlier this year kan. Anyway, kemenangan Chong Wei dah dijangka. Kalau kalah gak aku tarik Dato' yang dia dapat hari tu. Huhhuhu. Macam terer nak tarik kan..

Arif Latif vs Chong Wei Fen (3)

Sebagai peminat adik beradik anak Pak Latif, aku memang support Arif selepas Zakry dan Razif kalah malam sebelumnya dalam acara beregu. Anyway, Arif memang main baik. Walaupun kecil, tapi court cover dan shuttle placement memang baik. Sesuai dengan gelaran naib juara dunia junior tahun lepas. Walaupun dia sebenarnya juara dunia junior dalam acara beregu. Well, dia main beregu pun nyaris menang dengan Koo Kean Kiat dan Tan Boon Heong. Lepas game pertama yang dimenangi Chong Wei Fen, aku dah tak berapa semangat nak tengok Arif main sampaila dah lepas interval second set. Nervous gila dengan linesman yang cam tuhi. Rubber game, Chong Wei Fen dah tak terkejar Arif. Walaupun baru 19 tahun, tapi main pro sial.. Respek.

Finals - Lee Chong Wei (1) vs Mohd Arif Latif

Tapi apa pun, 2 hari aku gi tengok badminton, cun cun aku keluar dari bilik solat lepas maghrib terserempak dengan Wong Mew Choo. Rezeki murah kalau rajin gi solat. Tak kisah pun kalau korang nak solat ke tak. Yang pastinya, sedarlah bahawa solat tu suruhan Allah. Bukan arahan mak ayah.

Semoga aku tak leka dengan semua suruhan Allah..

Thursday, November 13, 2008

Ada Apa Dengan Zakry Latif

Tajuk blog pun dah tau dah nak cite pasal apa kali ni.

Petang semalam balik dari lab lepas Asar ada 3 miss call. 2 dari Ahmad Hafiz dan 1 lagi dari Ude. Tah apa nak nya bebudak dua orang ni. Lepas aku return call diorang, rupanya nak aajk aku tengok tournament badminton Johor Open. Apis kata ada ramai national player termasuk Chong Wei, Mew Choo, Kien Keat dan Boon Heong, Zakry dan Fairuz. Hehhehe teruja lak bila dapat tgk national player main ni. Some of which are really world class players like Chong Wei, Mew Choo and Zakry dan Fairuz which stands at world number 1, 8 and 5 respectively.

Good experience. Diorang main memang best. Espicially tgk Arif Latif n Vountus Mawan melawan Koo Kean Kiat n Tan Boon Heong. Fight nak mampos. Adrenaline rush all over. Kalau kita yang tengok pun excited, apa lagi orang yang main. Diorang pun sure nervous gak nak menang kan.

Apa pun aku seronok tengok ada ramai pelapis badminton kat Malaysia ni. Arif's siblings ada 4 orang dalam tournament. 3 of them masuk semi finals. Zakry, Arif and Nairul Suhada. Ramai lagi bebudak baru yang ada. Tan Wee Kheong, Teo Kok Siang, Syed Akhbar they all need time and proper training. Mana tau leh ada satu lagi Chong Wei atau Misbun. Dan paling penting sekali ialah diorang ni tak sombong kalau orang tegur. Highly ranked in the world, but still so close to the ground.



Zakry Latif - Current world number 5 mens doubles player

I wish some people do not forget where they come from..

Thursday, November 06, 2008

Ada Apa Dengan 2 Meter Square

Penat menunggu orang yang dah berjanji nak datang tapi dah sejam lebih dah ni tak sampai-sampai lagi. Aku balik je kang.. baru ko tau.

Emosi lak hari ni. Agak la emosi. Sejam lebih menunggu.

Takpe. Dalam pada menunggu tadi dapat jugak aku berbincang dgn Prof Fauzi pasal perkembangan research aku. Lagi perkembangan. Kalau berkembang maka cepatlah siap projek aku nanti. Buat sementara ni aku dah pilih material apa yang aku nak pakai untuk design pilot scale system aku nanti. Tapi aku takleh la nak bagitau kat sesiapa pun kecuali la pada Prof Fauzi dan mak aku. hehhehhe.

Aku tak sangka pulak yang aku akan buat something yang tak pernah dibuat di Malaysia dan even di Asia. Agak memberangsangkan dan membanggakan. Yang pasti aku kena design system yang akan menggunakan 2 meter persegi membrane. Nampak macam kecik tapi dengan menggunakan membrane hollow fibre yang sama size dengan bihun, cuba korang design sendiri la stripper, heater dan equipment lain kalau aku nak pakai 2 meter square of membranes. Start dari malam ni aku akan memulakan mimpi indah 2 meter square.

Satu je lagi input. Arab Saudi sedang menunggu aku. Bila..?? Tunggu yo lah. Den pun maleh nak koba laie. Dah sampai sok, baru lah den tulih kek sini. Buek apo den poie sano? Tu pun, nanti den koba lah. Nak cito skrg ni tak sompek. Den nak poie jogging. Nanti takdelah orang kata aku ternak lemak.

Thursday, October 30, 2008

Ada Apa Dengan Rangka Kerja

Beku ku di sini
Menanti mu lelah sudah perjalananku ini
Takkan mampu ku berdiri lagi
Hampa semua tak terasa lagi
Jatuh ku ke jurang gelap tak berjiwa lagi

Dipetik dari lagu Kau Bunga Cintaku - Anuar Zain

Saja je nak tulis lirik lagu ni. Irama disko mengembalikan nostalgia 70 dan 80-an. Al maklumlah semalam baru lepas tengok cerita Mamma Mia. Tengok citer tu aku teringat something. Aku ni selalu je teringat. Teringat macamana aku bersama arwah ayah dan mama begitu minat pada ABBA. Kami pernah nyanyi sama-sama lagu-lagu ABBA kat dalam kereta. Kadang-kadang aku dengan ayah akan nyanyi lagu Engelbert. Lagu Feveret.. semestinya Spanish Eyes dan Quando, Quando, Quando.

Pagi tadi aku baru lepas jumpa supervisor aku Prof Fauzi yang baru saja balik dari London dan menang 5 pingat emas hasil mempertandingkan 5 projek dari makmal kami AMTEC. Sebab utama aku nak jumpa dia ialah untuk membincangkan status projek aku sendiri. Alhamdulillah, semua yang dibincangkan dah pun dapat lampu hijau buat sementara ni. Cuma nak finalise a few things sebelum aku masuk workshop untuk fabricate gas seperation system dan masuk lab untuk develop new mixed matrix membrane for carbon dioxide and nitrogen removal from raw natural gas.

Jadi setakat ni aku kena rangka framewok untuk pastikan aku on track dapat habiskan a few things by February next year. Nak kena design system *piping, fitting, valves, safety precautions*, nak select material, nak develop membrane. There is a lot of things to do. Tapi aku rasa aku yakin dengan diri aku sendiri. Berkat usaha dan doa mama dan rakan-rakan, aku yakin aku mampu menangani rintangan yang ada.

Bulan 12 ni pun ada KM. Dah lama tak join KM. Rasa macam nak mengiring bebudak JKM untuk buat KM tahun ni. 3 hari je pun. Kat melaka lak tu. Tu pun kena buat framework gak. Tapi bukan untuk aku. Untuk diorang bebudak yang buat la. Zaman aku mengelolakan KM dah berlalu. Zaman tu ialah 7 tahun lepas semasa aku di tahun 3 dan final year doing my first degree. Sekarang ni tgk je lah orang buat. Kalau boleh memang nak join pun. Aku suka bermasyarakat. Kalau tak, takkan la raya aku sanggup beraya 14 rumah sehari. Tak kisah lah penat ke apa ke.

Malam ni ada pilihanraya. Aku kena pantau bebudak ni. Macam ni lah kehidupan sebagai pembantu felo. Ada program bebudak kena tengok-tengokkan. Ada kertas kerja kena semakkan. Ada masalah kena tolong nasihatkan. Apa guna jadi abang-abang kepada adik-adik kalau tak boleh nak laksanakan tanggungjawab.

Banyak kerja.. semua perlu dirangka...

Wednesday, October 22, 2008

Ada Apa Dengan Tiada

Dah lama aku cuba nak update blog aku dan menulis seperti dulu. Tapi aku rasa sejak kebelakangan ni tak banyak cerita yang aku nak kongsi bersama. Last posting aku dulu pun aku ceritakan pasal sambutan hari raya.

*Lagu best tetiba kat radio*

By the way aku masih lagi setia menjadi penunggu setia Makmal Penggunaan Gas di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Alhamdulillah lepas Raya hari tu aku rasa research aku semakin dipermudahkan jalannya. Kalau tak ada aral melintang aku akan mulakan experimen untuk develop membrane baru mid of next month or latest by early Disember.

*Nyanyi jap lagu Kerispatih - Tapi Bukan Aku*

Dalam masa yang sama aku sekarang dah kena bertugas di fakulti. It is a requirement from the university that any MEng or PhD student sponsored by the university, kena berkhidmat sekurang-kurangnya 6 jam seminggu. Jadinya kenalah bekerja sebagai teaching assistant ke, buat clinical work ke.. tapi bagi aku dan beberapa kawan lain kami diberi tugas admin. For me, aku sekarang adalah PR untuk AMTEC - Advance Membrane Technology Research Centre. Cool eh. Ala bukan banyak sangat keje pun. 6 jam je seminggu.

*Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencuba kembali padamu..*

Semester 1 dah nak sampai hujung. Bebudak degree suma dah sibuk nak final exam. Lepas ni diorang beramai-ramai cuti balik kampung masing-masing. Masa diorang cuti ni lah aku nak bermaharajalela kat blok aku yang didiami oleh 180 student termasuk aku sendiri. Ok.. maybe tak sampai 180 but close to. Takpelah, tak sampai sebulan je lagi. Study and exam week memang bising sket. Tapi lepas budak-budak ni balik sure dah tak happening sangat masa melepak murah kat K9. It is true.. memang murah gler nak melepak kat K9. Kalau bawak seringgit pun dah cukup untuk melepak. A far better choice compared to Bangsar or Hartamas or any place where i used to hang out before this. Borak berilmu dan kadang-kadang lagha *or the other way round*, aku seronok bersama Faiz, Tikah dan Ayuzie. Kadang-kadang terasa sebaya. Walaupun...

*Semoga saja kan kau dapati hati yang mencintaimu.. Tapi bukan AKU..!!*

Ok.. dah takleh handle

Kepada anda yang dimaksudkan,

Jangan kacau aku lagi please. Jangan buat apa yang kau buat pada kawan-kawan aku. Aku tak akan kembali. Itu yang pasti. Apa yang kau buat pada kawan aku tu salah. Dia tak pernah bersalah dalam hal kau dan aku. Kau sepatutnya lebih faham dan lebih dewasa dalam menyusun langkah menangani situasi seperti ni.Aku harap kau berubah..

Monday, October 06, 2008

Ada Apa Dengan Suka Duka Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah, setelah sebulan menempuhi bulan Ramadhan, akhirnya ummat Islam di seluruh dunia meraikan Aidilfitri yang merupakan hari kemenangan bagi mereka yang akur pada perintah Allah.

Seperti raya-raya yang lepas, aku beraya di Melaka. Early in the morning at my mum's place and then later balik kampung untuk ziarah kubur arwah ayah. Lepas solat raya, acara ziarah menziarah saudara mara diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya. Hari Raya memang memenatkan seperti biasa. 6 houses on the first day, 14 on the second, and the list goes to a total of around 30 houses in 4 days. Tapi aku seronok berjumpa kaum kerabat aku dari sebelah ayah mahupun sebelah mama.

Apa pun, dah nama pun raya. Masa paling sesuai untuk berjumpa dan bersama sanak saudara. Alhamdulillah tahun ni aku dapat kenal makin ramai saudara mara aku baik dari sebelah arwah ayah mahupun sebelah mama. Aku berusaha mencari saudara mara aku sendiri bagi memastikan hubungan persaudaraan tu dapat dikenalpasti dari mana asalnya. Alhamdulillah setakat ni aku dah dapat kenalpasti susur galur keluarga arwah bapa kepada moyang aku iaitu Tuan Hj Yaakob. Kesemua anak, cucu dan cicitnya insyaAllah aku kenal. Cuma level anak kepada cicit iaitu level aku dan ke bawah yang masih lagi dalam proses kenalpasti. Kat sini aku ada gambar cucu kepada cucu tok Yaakob. Ni pun cuma dari seorang cucunya iaitu arwah atok aku sendiri.



Cucu-cucu Lelaki Kepada Induk Tn Hj Abd Hamid *minus along*

Dalam aku bergembira, sesekali aku teringat juga pada orang yang dah tak ada terutamanya arwah ayah aku sendiri. Tipu la kalau aku kata aku tak rindu pada arwah. Dan aku tak pernah malu untuk katakan walau pada siapa sekalipun. Tahun ni jugak kali pertama aku tak beraya dengan 2 orang nenek yang baru pergi meninggalkan aku. Seorang ialah nenek tiri aku dan seorang lagi ialah sepupu kepada arwah atok aku yang pernah menjaga mak aku masa mak aku masih kecil.

Aku cuma nak share iklan TM untuk raya tahun ni. Korang tengoklah. Kalau baik dijadikan teladan. Kalau buruk.. sama-sama kita fikirkan...




Selamat Hari Raya..

Monday, September 15, 2008

Ada Apa Dengan Hadiah Soul Fusion 2

Pertama sekali, aku nakmengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah mengingati ulangtahun hari lahir aku yang ke 23 *kata faiz dan azri*.

14/9 - 14 September, 14 Ramadhan

Thanx to my family for the love and affection. Special thanx to angah for the lovely baju g2000. Hehhehhe.. walaupun pilih sendiri..

Thanx jugak pada kawan-kawan dan adik-adik di UTM sebab bersusah payah untuk buat suprise party kat K9 walaupun apa yang korang buat tu aku dapat bau. Anyway, sorry Sport sebab aku menggagalkan usaha ko melalui satu panggilan hangit. Tapi apa pun, aku memang berterima kasih pada suma yang bersusah payah untuk malam tu. Sport, Nabil, Ainul, Pot, Ayu, Bad, K, Silah, Hajar, Zizi and Ammar. Thanx a lot.

Special thanx to Sport, Hajar, Ayu and Pot for the presents. I hate Sport and Hajar for getting me the book that i wanted. I hate Ayu and Pot for getting me something that i really love. But still i love u guys. Thanx a lot.

For those who remembered with all the wishes, text smses and phone calls.. terlalu ramai kalau nak mention semua nama kat sini, friends and relatives near and far.. thank you all for remembering me. U guys are so dear to my heart. Aku beruntung kerana masih dikelilingi rakan dan keluarga yang sangat rapat dan mengingati aku.

Tahun ni juga aku sebenarnya menyambut hari lahir aku di Sekolah Kanak-kanak Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Princess Elizabeth. Aku dijemput menjadi perasmi program bagi mewakili pengetua kolej untuk satu program yang dianjurkan oleh Kelab Lambaian Masyarakat iaitu Soul Fusion 2.

Mengenangkan adik-adik pelajar SKPK Princess Elizabeth yang ada di antaranya dibuang oleh keluarga sendiri kerana kecacatan mereka, menginsafkan aku. Patutlah ada di antara mereka yang begitu mudah bonding dengan fasi-fasi dari KLM sebab mereka jarang menerima perhatian dari mereka yang sepatutnya. Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa ada ahli keluarga yang sanggup membuang ahli keluarga yang lain? Tatkala mereka memerlukan antara satu sama lain, ada yang bersikap lebih zalim dengan membiarkan mereka yang kekurangan ini terkapai-kapai sendirian dalam dunia mereka.

Semoga aku yang melihat mempunyai kesedaran dan tidak melakukan perkara yang sama.

Thursday, August 28, 2008

Ada Apa Dengan Sakit

Aku sakit.

Last week was not a very productive week. Especially dalam penyediaan bahan untuk research aku. Dengan kelas Research Methodology selama 4 hari penuh, aku tak jumpa banyak masa untuk mencari maklumat baru untuk pengkayaan research. Malam pulak ada agenda-agenda persiapan untuk program Simbio dan sebagainya. Hectic sangat minggu lepas. Tambah lagi dengan cuaca yang sangat tak menentu, Pagi panas terik tetiba pukul 11 hujan. Pastu tengahari panas balik. Belakang, petang hujan lagi. Badan aku yang dah agak tua ni pun tak berapa nak larat.

Hari Jumaat pagi aku ada bengkel di library. Lepas Solat Jumaat, aku pun siap-siap nak pergi Simbio which was scheduled on Friday, Saturday and Sunday, a three day program for newcomers. Sebagai penasihat program, aku drive sendiri ke tapak program which was about 30 minutes drive in Malaysian speed *wink*. Tapi sebelum pergi tu, dah boleh rasa badan tak berapa nak selesa. Maybe it was because of the weather or the hectic week i've been through or the sleepless nite thinking about something. Tapi aku pergi jugak.

Malam tu memang sejuk. Paginya, aku nak bangun subuh pukul 5.52 aku tak larat nak bangun.Apa yang aku dengar, Sport cakap "you're burning man". Nasib baik Sport tak cakap youre hot...hehhehhe.. Temperature aku naik tinggi sampai aku pun tak sure berapa. Pukul 9.30 pagi aku bangun, aku nampak kat sebelah aku ada nasi lemak satu pinggan siap dengan aksesorinya *dimasak oleh Zaini*, satu gelas air teh, satu gelas air suam dan satu papan tablet panadol. Lepas menjamah serba sedikit dan makan panadol aku pun terus menjalankan tugas aku dengan meronda di sekitar tapak program untuk mengikuti perkembangan modul untuk pelajar-pelajar baru. Ramai orang terkejut tengok aku dah sihat. Hehhhehe.. Ada yang kata aku sihat cepat sebab aku makan panadol satu papan dengan air redbull. Ayoo.. Kenapalah keluar mitos dan lagenda yang seperti ini?

Tapi sihat aku tu tak lama. Petang Sabtu tu aku demam balik memaksa aku drive balik ke kampus untuk full recovery dengan harapan aku dapat handle modul dalam slot terakhir yang diberikan pada aku oleh pengarah. Harapan je lah. Bangun pun tak larat. Makin teruk demamnya. Cadar, selimut, sweater suma dah basah dengan peluh tapi temperature tak turun gak.

Monday came and i decided to go for proper treatment. Doktor tu siap boleh tanya awak rasa ada simptom denggi atau demem chikugunya tu tak? Dua jawapan aku bagi.

Kat mulut: Tak ada doktor, saya dah cuba perhatikan tapi tak ada simptom.
Kat hati: Sekarang tak ada musim chiku. Pulasan dengan cempedak banyak giler dokter.

Disebabkan temperature aku masih tinggi, aku telah di injek dengan antibiotik yang aku rasa agak jarang aku kena injek kalau demam ni. Apa yang aku ingat lepas aku kena injek, Sport ada cakap "ko boleh tak jawab soalan aku.. jangan cakap merapu. Or maybe it's because of the drugs"

Tapi aku memang demam teruk. 6 hari demam, 4 hari terlantar atas katil. Apa pun, aku terharu pada adik-adik yang banyak ambil berat pasal aku. Datang bilik untuk ziarah and all the wish for me to get well soon. Thank you guys.

To all those yang juga kurang sehat sekarang, aku doakan kalian juga akan kembali sihat. Minggu depan dah mula puasa. Jaga kesihatan dan jangan anggap ringan ibadah puasa. Tak sabar nak puasa.

Monday, August 18, 2008

Ada Apa Dengan Pengunjung

What a busy week it has been...

Sejak balik dari Desaru, belum sempat lagi nak melepak-lepak sambil menulis blog. Lagipun connection wireless kat blok pun tak berapa nak baik. Signal ada tetapi sangatlah lemah.

Sport came..!!

Yup. Nadzrul a.k.a Sport came to visit and spent the *almost* whole week with me. Kalau dulu kitorang selalu melepak sama di KL lepas dia balik dari Osaka, tapi sekarang macam dah susah sikit. He's in KL while i am now in JB. So seminggu Sport ada kat JB macam-macam yang kitorang buat.

Dari zaman buat degree dulu, memang aku suka melepak dengan Sport. Well, who doesnt? Back then, Sport penuh dengan semangat, cerita dan pangkahan maut. Sampailah sekarang, dia dengan masters degree, i am doing mine.. but Sport is still Sport. To me he will always be my brother who will always look after me. And to him, i will always be his little brother.

Sheila also came.

Sheila came from Melaka on Saturday for her friend's wedding. Walaupun sibuk dengan urusan masing-masing *she with her friend's wedding and me with my friend's wedding* but i should say that i quite enjoy her stays here in JB. Not that she stayed with me at my place but.. no more elaboration needed. Nanti salah faham. Zaman sekarang ni tak boleh salah sikit tulis kat blog. Jadi, kenalah berhati-hati. Kalau tak nanti jadi bahan orang yang tak berhati perut.

Talking about hati, i went out for steamboat dengan Sport and Pot *bunyi dekat-dekat* while Sport was here. Tapi hati ayam yang selalunya dicari masa makan steamboat tu tak ada. Huh.. Nampaknya kena pegi lain kali. Talking about ayam.. Semalam masa Sina bersanding, ayam jadi pengapit.

Nak citer jugaklah pasal kenduri Sina dan Aina kat Kulai.

Semalam, aku ke kenduri Sina dan Aina. Sebenarnya aku kenal ayah Sina lebih dulu dari aku kenal anaknya. Uncle Morsin was my lecturer back when i was doing my degree. Dia pun bukan orang lain pada arwah ayah. They were very close indeed. Ingat lagi Uncle Morsin pernah bagi makan durian dari dusun dia kat Kulai. Those were the days. So, pemergian aku ke kenduri Sina bukan je untuk meraikan kawan aku, tapi juga meraikan kawan ayah yang sambut menantu. Dah tanggungjawab seorang anak. Ada satu sabda Rasulullah:

"Jagalah hubunganmu dengan saudara bapamu walaupun bapamu telah meninggal dunia nescaya berbahagialah hidupmu."

Aku berbangga dapat jadi anak lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Aku tak nak leka dari tanggungjawab sebab kita akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab kita.

Banyak pulak yang ditulis. Ingatkan nak citer pasal Sport dengan Sheila je. Takpelah. Sekadar peringatan untuk diri yang alpa.

Tuesday, August 05, 2008

Ada Apa Dengan AAdD

Alhamdulillah.

Semua yang dirancang selama 3 bulan telah pun menjadi kenyataan. Program Ada Apa de Desaru yang menyatukan semua batch keluarga Lambaian telahpun selamat dijalankan pada 2 dan 3 Ogos yang lalu.

Dengan bertemakan ukhuwah dah riadhah, program AAdD memang meninggalkan kesan yang mendalam pada hati setiap peserta. Penubuhan AJK Penaja Pertubuhan Alumni Kelba Lambaian Masyarakat membuktikan ukhuwah yang pernah terjalin sejak tahun 1997 bukanlah sesuatu yang mudah diputuskan. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semua pelaksana AAdD, Jawatankuasa Penaja @LAMBAIAN telah diwujudkan dan kini mula bergerak untuk mesyuarat agung tahunan yang pertama di Kuala Lumpur pada bulan November nanti.

Sebagai pengarah program AAdD, aku memang berasa seronok dan bangga dengan apa yang aku kecapi. Kejayaan program mengeratkan ukhuwah sesama ahli, kegembiraan yang terpancar dari wajah setiap peserta yang dapat bertemu dengan wakil batch dari tahun 1997 sehinggalaj 2008 memang sudah cukup untuk menghilangkan penat pengarah yang hanya tidur 4 jam dalam masa 3 hari. Berjumpa kembali dengan abang-abang dan kakak-kakak yang telah lama meninggalkan kelab termasuk adik-adik yang baru menganggotai kelab, aku rasa sungguh bertuah dapat bersama mereka di bawah satu payung keluarga lambaian. Satu rasa kebahagiaan yang tak ramai orang dapat rasai.

Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, yang membantu dari jauh maupun dekat dan bagi mereka yang sentiasa memberikan sokongan kewangan dan moral, tiada apa yang aku dapat ucapkan melainkan terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik anda.

Perfume for Today, Fragrance for Tomorrow

Saturday, July 26, 2008

Ada Apa Dengan AMTEC

AMTEC - Advance Membrane Technology Research Centre

Selama aku di UTM ni aku beradaa di bawah pusat penyelidikan yang bernama AMTEC. Tak banyak yang aku nak ceritakan pasal AMTEC buat masa ni. Kalau ada masa dan nak tengok list student yang buat masters dan PhD di bawah AMTEC, sila click:

http://www.utm.my/amtec/Students.php

Apa pun, next week aku akan terlibat dengan pameran kejuruteraan kimia. Aku akan menjaga booth untuk AMTEC yang akan mewakili Centre of Excellence (COE) selain CEPP dan lain-lain lagi.

Jumpa lagi next week...

Friday, July 25, 2008

Ada Apa Dengan Persiapan Akhir AAdD

Dah sekian lama aku dan rakan-rakan artis yang lain bertungkus lumus untuk menjayakan AAdD atau Ada Apa de Desaru yang merupakan program gathering untuk Ahli KLM dan Ahli Alumni KLM. Bagi yang tak tau apa tu KLM dan AAdD, biar aku cerita serba sedikit latarbelakangnya.

KLM - Kelab Lambaian Masyarakat

Kelab yang ditubuhkan di Kolej Tuanku Canselor pada tahun 1997 yang menekankan konsep memberikan khidmat masyarakat, khidmat pendidikan dan khidmat sosial secara sukarela. Antara program yang pernah dilakukan termasuklah program khidmat masyarakat di Dabong, Kuala Nerang, Kuala Pilah, Pulau Sibu Besar, Mersing; khidmat pendidikan di lebih 50 buah sekolah serata Malaysia dan khidmat sosial di hospital-hospital, rumah anak-anak yatim serta rumah anak-anak kurang upaya.

AAdD - Ada Apa de Desaru

Program gathering yang dianjur dan dilaksanakan oleh Ahli Alumni KLM bagi mengikat ukhuwah sesama ahli keluarga lambaian. Tahun ini agak menarik kerana ia adalah tahun kedua program seumpama ini dilaksanakan. Matlamat utama program tahun ini adalah bagi merasmikan jawatankuasa penaja pertubuhan yang akan bergerak sebagai special interest group di bawah Pertubuhan Alumni UTM.

Countdown ke program : tinggal 8 hari je lagi

Banyak lagi benda yang belum setel.



Jom ramai-ramai meriahkan AAdD..

Monday, July 14, 2008

Ada Apa Dengan Kehidupan Seharian Di Makmal

Alhamdulillah, syukur kepada Allah setakat ni aku rasa aku dah settle down dengan hidup aku kat UTM. Aku dah dapat tempat dalam makmal bersama-sama dengan 3 orang pelajar Maters dan seorang pelajar PhD yang kesemuanya membuat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam kejuruteraan gas. Tempat di kolej kediaman pun dah settle. Aku tinggal semula di tempat yang pernah aku diami selama 3 tahun sewaktu aku buat first degree dulu iaitu di Kolej Tuanku Canselor. Tapi kali ni aku bertugas sama selain dari menjadi pelajar, aku juga menjadi seorang pembantu felo yang ditugaskan khas untuk memantau Kelab Lambaian Masyarakat secara khusus serta pelajar-pelajar KTC secara amnya.

Kisah seharian aku banyak berubah dari masa aku bekerja dengan sekarang. Kalau dulu aku punya tugas untuk berurusan dengan orang, mesyuarat serta lain-lain tugas sebagai pekerja, kini aku lebih selesa dalam makmal membuat literature review untuk masters research aku sendiri. Alhamdulillah, bantuan dari Kak Suhaila yang aku rasa menjadi co-supervisor aku untuk projek Mixed Matrix Membrane, aku dah dapat banyak maklumat untuk menjuruskan tajuk penyelidikan aku. Kalau dulu aku cuma tau yang aku nak pakai mixed matrix membrane untuk pemisahan CO2 dari CH4, tapi skrg aku dah boleh juruskan kepada penggunaan polyimide atau polysulfone untuk polymer serta zeolite atau carbon molecular sieve sebagai inorganic fillers.

Apa yang pasti kehidupan aku di sini banyak dipermudahkan. Mungkin berkat doa orang yang teraniaya.

Hanya dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang..

Aku teringat lirik lagu ni tapi tak tahu dari lagu mana. Yang pasti, memang betul apa yang diungkapkan. Aku dah tak nak ingat lagi apa yang pernah terjadi dulu. Kalau itu yang dah pernah tertulis untuk terjadi, aku takkan menyesal. Yang pasti aku akan belajar dari apa yang berlaku untuk menjadi insan yang lebih berguna.

Jam dah dekat pukul 5. Malam ni ada mesyuarat dengan JKM KTC. Nak kena makan awal. Atau bungkus je nasi lemak mak ngah kat sebelah KSDS. Cakap pasal nasi lemak ni teringat lak satu pantun...

Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan;
........................
...........................

Korang yang mana tau rangkap kedua pantun tu isikan lah sendiri. Yang tak tau tu...

LU PIKIR LA SENDIRI..!!!!

Friday, July 04, 2008

Ada Apa Dengan Kisah Student Baru

Nama: BatuBata
No Matrik: MK083006
Kursus: Sarjana Kejuruteraan Gas
Kod Kursus: MKGA3AJA

Inilah sebabnya kenapa aku sangat bz sejak akhir akhir ni. Sekarang ni memang tengah banyak membuat pembacaan bagi mendapatkan maklumat untuk memperkuatkan research aku.

Sesiapa nak tolong aku pakai VPN untuk cari jurnal MMM?? Aku dah pening..

Friday, June 20, 2008

Ada Apa Dengan Lagu Tema Hari Ni

Hari ni aku ada satu lagu tema.


Mariah Carey, Bye Bye




I will never say Bye Bye..

Wednesday, June 18, 2008

Ada Apa Dengan Kecederaan Tangan

Setiap tahun bila agak-agak dah dekat nak buat kenduri tahlil untuk arwah ayah.. ada je kecederaan. Tahun lepas kecederaan tapak tangan dengan 2 jahitan. Tahun ni lak apa jadi?

Korang tengok lah sendiri



Tak sakit mana pun. Dah surut dah. Warna pun dah semakin pudar. Ni semua sebab doktor nak ambil darah. Doktor excited sebab nampak urat yang banyak tanpa meletakkan ether di kulit. Badan tak banyak lemak, urat semua senang nak nampak. Kalau dah menggeleber banyak lemak umpama diternak tu susah jugak kan. Tapi masalahnya doktor ni pun main cucuk je. Balik rumah terus bengkak. Berbekalkan tips kesihatan dari Amar dan Asri aku merawat luka yang terpendam di dalam kulit yang mengakibatkan pembengkakan.

Belakang.. 2 hari lepas tu, biru terus tangan aku.

Setiap tahun ada je bekal untuk buat kenduri arwah.

Ayah pernah cakap kat aku dulu..
"Special child got special treatment and special name"
Macam aku ni OKU kan.. wakkakakaka

Apa pun kita memang kurang upaya. Allah maha Kuasa..

Saturday, June 14, 2008

Ada Apa Dengan Kehangatan Lantana

Aku tengah lepak sambil tengok cerita Kehangatan Lantana kat TV3.

Aku takut dengan satu ayat dari skrip cerita tu:

"Seseorang itu boleh dikatakan kafir hanya kerana meninggalkan solat fardhunya dengan sengaja."

Which is true..

Ingatan untuk diri aku yang sentiasa alpa.

Friday, June 13, 2008

Ada Apa Dengan Lagu My Way

Aku baru je buka jemputan online dari Zaki. Tetiba pulak aku ternampak lirik lagu ni ada tertulis di page dia.

Frank Sinatra, My Way;


Yes, there were times,
I'm sure you knew,
When I bit off more than I could chew,
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out,
I faced it all and I stood tall,
And did it my way.

Kalaulah aku sekuat yang digambarkan dalam lagu ni.

Jauh sayup aku terdengar suara kecil menyuruh aku menguatkan semangat. Aku harus tabah. Walau apa pun terjadi, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Monday, June 09, 2008

Ada Apa Dengan Kata Omelan Dalam Stress

Memang sekarang ni aku tengah bercuti. Tapi terlalu banyak urusan yang perlu disetelkan disamping masalah yang membebani kepala hotak aku yang aku rasa semakin hari semakin nak meletop ni.

Tapi, Alhamdulillah aku rasa sedikit sebanyak masalah aku jadi ringan sedikit demi sedikit. Berkat doa dan dorongan dari keluarga dan kawan-kawan. Tapi dalam masa yang sama ada jugak manusia yang suka memburukkan keadaan. Tu semua tu sampah belaka. Boleh dibuang ke tombot.

I am blessed with a loving family. Mama, angah and adik who will always support and be there for me. After all i promised ayah to take care of them. Kalau kitorang tak jaga sesama sendiri, siapa lagi yang nak jaga. Aku beruntung ada kawan-kawan yang selalu jadi pendengar setia dan banyak bagi kata semangat. Sport, Syila, Ayu, Roza, Yati, Fazli.. Ketakutan aku sedikit demi sedikit pudar dengan kata semangat yang diorang bagi.

Aku paling takut dengan masalah kewangan. Hari tu masa aku baru berhenti, aku demam teruk sebab stress takut tak cukup duit untuk mulakan pengajian aku kat tempat baru. Yelah, selama ni aku ingatkan dapat habuan setimpal dengan kerja yang aku buat.. rupanya tak. Duit simpanan yang ada pun takat ada je. Laptop pun sampai dah rosak dikerjakan kat tempat keja lama. Nasib baik ada orang nak membeli kereta aku. Alhamdulillah lepas jual kereta aku tu, ada lah sikit duit extra untuk aku buat mulakan pengajian aku. Ada duit lebih esok, boleh masuk kat tabung haji lak. Dunia pun dunia jugak. Jangan habis negara kafir ko ukur, tanah haram tak jejak jejak lagi kan.

Selama ni jugak aku dapat belajar. Duit, kereta, rumah, laptop sumanya penting.. tapi bukanlah segala-galanya. Banyak lagi benda yang jauh lebih penting. Duit sebanyak mana pun, takkan dapat kembalikan ayah aku yang dah hampir 3 tahun pergi tinggalkan aku. If only ayah is still here, things wouldnt have turn out to be this bad. Tapi, ujian sebeginilah yang akan membuatkan aku menjadi lebih tabah dan menghargai kesenangan dan nikmat yang dikurniakan. Semoga aku tidak lupa.

Saturday, June 07, 2008

Ada Apa Dengan Limpahan Informasi

Masuk minggu ni dah dua minggu aku berhenti kerja. Tapi kalau nak ikutkan, aku dah ambil cuti seminggu sebelum tarikh akhir aku kerja kat tempat lama. Jadinya dah tiga minggu jugak la aku menganggur sebelum aku daftar masuk ke UTM untuk buat Masters aku nanti pada 25 Jun 2008. Sepanjang 3 minggu ni banyak jugak la benda yang aku dah buat.

1. Kenduri Kawen
Banyak jugak wedding yang aku attend sepanjang aku cuti ni. Tapi aku rasa beruntung dapat pergi kenduri ni sebab masa ni je lah kita nak jumpa sedara yang mana ada. Jangan sampai sedara sendiri pun dah tak kenal. Silap-silap bertumbuk sekali rupanya nenek sedara. Boleh bertumbuk dengan pompuan..?? Wakkakaka. Lelaki yang lemah dan takde pendirian.. Dayus...!! pukul pompuan. Malu la weh.. *lari topik lak*

2. Perjumpaan Dengan Penyelia
Perjumpaan dengan Prof Fauzi kali ni aku rasa paling membanggakan dan menggembirakan aku. Tawaran untuk belajar di Imperial College, London bagi melengkapkan Masters dan PhD aku memang satu tawaran yang aku rasa sangat hebat dan tak mungkin aku tolak tapi dalam masa yang sama sungguh memeningkan. Banyak benda yang aku kena fikirkan. Tapi dalam masa yang sama, aku bukannya tak ada peluang nak sambung Masters kat UTM. Tahlah, aku rasa benda ni aku kena fikir masak-masak. Banyak benda yang aku kena pertimbangkan. I can't be self centered and selfish and i have to think of my future at the same time.

3. Lawatan ke Muzium Negara
Banyak benda yang aku fikirkan selama 2 minggu ni. Dengan kepala yang stress aku rasa aku dapat tenangkan fikiran aku dengan pergi Muzium Negara. AKu nak tanya korang yang budiman ni lah kan.. Siapa yang ada pergi ke Muzium Negara dalam 2 tahun kebelakangan ni? Rasanya takde kot. Sebab masa aku gi muzium tu pun, aku rasa aku sorang je yang baya aku ni ada kat sana. Yang lain suma kanak-kanak sekolah, orang dewasa sikit yang bawa kanak-kanak sekolah, pelancong asing dan orang dewasa sket yang menjadi pemandu pelancong asing.

Apa pun, aku rasa aku sangat pening lepas pergi Muzium Negara hari tu. Terlalu banyak informasi sampai aku rasa aku ni cawan expresso yang dituangkan ice blended caramel frappucino. Nak pengsan jap...

Soalan;

Macam mana rupanya seekor babi yang tengah berangan? Macam mana pulak rupa babi yang berangan tu kena bunuh? Aku tak dapat jawab. Tapi yang pastinya, aku tau camana bentuk taring babi mati berangan..



Korang mesti tak pernah tengok kan..Tu lah, lain kali pergi la Muzium Negara..

Monday, May 12, 2008

Ada Apa Dengan Keinginan Menjerit

Izin laluan yang dipertua;


ARGHH...!!!!!


Thank you..

I hope i will feel a lot better after this.

BTW need to do some shopping. Hujung minggu ni ada pot luck di rumah cecah. Cant wait to meet sport and azam.

Korang nak jerit gak ke? Kalau stress jerit la..

Wednesday, April 23, 2008

Ada Apa Dengan Surat

Surat yang sekian lama aku tunggu akhirnya sudah dikeluarkan oleh pihak berwajib. Tak lama lagi status aku akan bertukar. No more bills to worry about, no more tender deadlines, no more marketing and sales target, no more pain in the ass contractors and no more working life.

Say hello to:

"Development of Mix Matrix Membrane System for Removal of Greenhouse Gases from Natural Gas Stream"

Yup, i am officially telling everyone that i am going to be a student again. Wish me luck guys.

Sunday, April 06, 2008

Ada Apa Dengan Laut

Rabu lepas aku jadi host sekali lagik kepada salah sorang abang kesayangan dari Miri. Walaupun aku yang janji dengan Budi nak gi Miri *dari tahun lepas* tapi setakat ni Budi je yang dah datang KL. Tak salah aku dah 3 kali aku jadi host untuk Budi. Walaupun kakak tak datang, tapi takpe. Maybe next time akak leh join abg Budi. Kali ni cuma Majoy je yang datang sekali *Majoy dari F23*.

Macam biasa la, memang enjoy giler kalau Budi datang visit aku kat KL. Ada je benda baru yang dibuat. Macam pakai baju superman bersama-sama. Gilos kan. Hahhahaha.. Apa pun Budi memang best. Ye lah, ko kan abang...


Me and Budi in "S" T Shirt

Banyak jugak benda baru yang aku belajar dalam masa melepak dengan Budi. Seronok ada abang cam Budi. Yang penting aku dah sedar yang aku ni laut sebenarnya. Wakkakakka.. Laut yang pandai makan hati buyah.

Friday, April 04, 2008

Ada Apa Dengan Usaha Keras Yang Memberikan Hasil

Dua hari lepas aku telah membuat analisis badan buat kesekian kalinya dengan menggunakan Tanita machine di True Fitness. Alhamdulillah, apa yang telah selama ini aku usahakan telah pun menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Name: BatuBata
Height: 171cm
Weight: 65.7 kg / +2.4 kg
Fat Mass: 7.2 kg (11%) / -2.1%
Muscle Mass: 55.5 kg (84.5%) / + 3.3 kg
BMI: 22.7kg/m2
Waistline: 29"
Basal Metabolic Rate: 1650 kcal

Usaha keras selama beberapa bulan bermula dengan Asri dan sekarang dengan Amar, aku dah dapatkan apa yang aku rasa cukup buat masa ni. For the time being i just need to istiqamah with the excercise that i do. Bila kenangkan balik masa memula masuk class dengan Asri dulu, nak tergelak pun ada. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah dapat kekuatan untuk angkat weight especially tangan kiri yang dulu memang tak ada kekuatan langsung.

Lari 10 - 15km seminggu, makan kena cukup gizinya, protein dari ayam kena kurangkan, lebihkan makan ikan dan kurangkan makanan bergula. Banyakkan minum plain water. Jangan asik nak tonggang Coke je. Rahsia untuk menaikkan berat badan tanpa menambah lemak. Excercise. Tak susah untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri jugak. Jom la apa lagi..

Friday, March 14, 2008

Ada Apa Dengan Sejarah

Yesterday was a very non-productive day. Lepas kerja ingatkan nak balik rumah kejap je untuk ambil beg gym dan terus ke gym untuk workout. Tapi disebabkan ada American Idol di Star World, aku akhirnya tewas dihadapan TV. Berlingkar depan TV sambil makan makanan yang dimasak ala kadarisman. Lepas satu program ke satu program. Lepas satu barang, satu barang dikeluarkan dari peti sejuk untuk dijadikan teman menonton TV. Hershey's dark chocolate yang angah beli kat langkawi, oranges, fuji apples, Baskin Robbin's ice cream.. banyak jugak aku makan. Dah la tak workout, makan banyak.. huhuhuhu. Saturday and Sunday aku bayar cardio balik..

Sambil-sambil melagha di rumah tu aku membongkar balik bahan-bahan yang aku gunakan untuk hasilkan kertas kerja dan proposal untuk research aku. Banyak jugak bahan yang jadi rujukan aku sebenarnya untuk aku siapkan proposal ni. Apa pandangan korang mengenai tajuk research yang aku kemukakan:

"Development of Hybrid Mix Matrix Membrane System for Removal of Greenhouse Gases from Natural Gas Stream"

I think this title is very interesting. Tapi kalau nak lagi best, aku rasa baik juga kalau dapat pisahkan H2S dari aliran gas asli or should i say removal of Hidrogen Sulfide from Natural Gas Stream.

Kenapa nak tajuk yang best..?? Terfikir gak nak jadi orang yang boleh buat benda best sampai semua orang dalam dunia boleh rasai nikmat dari apa yang kita usahakan. Sejarah adalah benda yang dah lepas dan selalu diperkatakan. Bukankah baik kalau kita boleh jadi salah seorang dari orang yang mampu mencipta sejarah..

Thursday, March 13, 2008

Ada Apa Dengan Hari-Hari Banyak Hujan

Sekarang ni terlalu banyak hujan. Sejuk sepanjang hari. Semalam hujan terlalu lebat sampaikan area kat umah aku tu naik air. Nasib baik tak banjir. Hujan kan rahmat. Mungkin rahmat turun dengan banyaknya selepas PRU12 ni kan. Harapnya rahmat lah yang datang.

Tapi aku tak suka betul la dengan hujan-hujan ni. Jadi sentimental. Lagi pulak kalau pasang lagu-lagu cam ni

From Anuar Zain; Tak Lelah

di saatku mulai sayang
di saatku mulai cinta
kau yang hilangkan
rasa untukku

sedih yang mestiku pendam
rasa yang menjadi hampa
jalani semua
walau cinta kini tak berarah
kau pergi tak beralasan
tak seperti yang ku pinta
ku menunggu
tiba waktu
kau ucapkan kau sayang padaku

Huaaa....tak ske betul. Jadi aku terus off kan sumber lagu tersebut dan terus menonton American Idol. Season ni aku ada 3 orang favourite. Tapi biasanya favourite aku ni kecundang di tengah jalan. Macam last year aku suka kat Lakisha. Kalah gak dengan Melinda, Blake dan Jordin.

Apa pun tahun ni aku suka Brooke White, Carly Smithson, David Cook dan David Archuleta. Tengok gaya macam tak ada sorang pun yang boleh menang. Korang sokong siapa? Masih lagi sokong Mawi.. Huhuhuhu.. Sian korang..

Boo ya..!!

Thursday, February 28, 2008

Ada Apa Dengan Pagi Yang Sejuk

Pagi ni sejuk giler..Check sket apa-apa yang patut..

Kesihatan: Agak kurang memuaskan. Sakit tekak masih terasa. Sekali sekali ada terbatuk sedikit di samping selsema yang baru nak start jogging.

Fikiran: Sangat bercelaru. But i promise everything will be allright. Just breathe and let it fly. Beri kebebasan untukku bersuara, just fly away.

Keyakinan diri: Sedikit down di situ. Setelah dihambur dengan beberapa kata menjatuhkan motivasi dari seorang yang aku anggap penyelamat selama ni.

Nota penting: Jangan sesekali membiarkan orang lain mempengaruhi kita dalam membuat apa-apa keputusan. Apa yang dah berlaku, kita tak boleh ulang. Tak salah kita buat pilihan yang salah tapi ia adalah langkah terbaik jika kita dapat belajar dari kesalahan tersebut and make use of the whole situation. Don't you agree with me?

Wednesday, February 20, 2008

Ada Apa Dengan Pagi Yang Gelap

Lagu ini ditujukan khas kepada encik Sport yang berada di Osaka. Kitorang kat KLM tunggu ko balik Mereysyia bulan 3 neh. Nak gi Osaka budget tak dek. Jadinya.. ko balik la KL. Leh buka semua cerita yang dah letak kat discussion group Friendster tu. Cite Ja'a, Zaino, Azam, adik Intan dan lain-lain.

For the time being, enjoy the song..

Pagi Yang Gelap - Hujan

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Monday, February 18, 2008

Ada Apa Dengan Kepala Pusing

Too much to do
Too much to think about
Too much to handle
Too much time wasted down the drain...

Not really..
It will however come in handy
One day.. i do hope
One day..

Until that day
Life has to still go on
No matter what they say
No matter what they do to you..

When that day comes
People..
I say PEOPLE...
Listen carefully
Because i am only going to say this once

REST IN PEACE...!!

Muahhahhahahhahahha..*gelak syaitan*

Kenapa saya suka rumah saya?
Kenapa saya suka rumah saya?
Kenapa saya suka rumah saya?
Kenapa saya suka rumah saya?

Sebab dia BESSSTTTTTTTTTTT..!!!

Sekian nukilan dari BatuBata yang pening..

Terima kaseh

Wednesday, February 13, 2008

Ada Apa Dengan Kebencian Valentine

Biasanya kalau sampai bulan februari ni ramai lah yang mula nak fikir apa yang nak di beli untuk kekasih dan kesayang masing-masing. Mana tak nya, 14 hb februari seluruh dunia menyambut hari kekasih. Hari memperingati kekasih.

Kekasih lah sangat...!! Kekasih lahanat..

Ramai sebenarnya termasuk orang melayu dan Islam sendiri yang menyambut hari valentine ni. Tak kira lah sekadar memperingati kekasih pada hari 14 februari atau sekadar mengucapkan happy valentine's day.. semuanya dikira bersubahat dengan sambutan valentine's day ni.

Tapi tak ramai yang tahu bahawa valentine ni sebenarnya adalah makhluk lahanat yang telah menumbangkan empayar Islam di Cordova, Spain. Secara mantiknya, kalau kita menyokong valentine, kita juga telah menyokong orang yang telah memusnahkan empayar Islam di Cordova. Where do we stand there?

Aku ni bukanlah orang yang kuat pegangan agamanya. Tapi sekadar berkongsi. Kalau kita boleh menghina amalan orang melayu yang terlalu banyak percaya kepada hantu dan tahyul *yang pasti boleh memesongkan aqidah* mengapa kita perlu mengikut sambutan yang betul betul terang telah terpesong. Mengagungkan orang yang telah memusnahkan Islam.

Tapi biasanya orang melayu ni macam ni lah. Apa yang orang melayu buat sebagai amalan contohnya cukur jambul, akikah dan lain lain tu tak nak diikut. Bida'ah katanya. Nabi tak buat, jadi kita tak payah buat. Tapi bila kena benda yang betul-betul kurafat macam percaya pada feng shui, zodiak.. suma boleh. Ini semua astrologi. Walhal feng shui dan zodiak ni adalah penilikan nasib yang terang terang mengundang khurafat. Boleh pulak.. Valentine's day yang terang terang menyanjung orang yang memusnahkan empayar Islam.. boleh pulak sambut. Apa nak jadi dengan masayarakat Islam Hadhari. Islam ada hari..??

Sekadar nak share lagu yang menarik dari kumpulan ungu. *special thanx pada boy sebab kenalkan aku dengan lagu best ni*

Andai Ku Tahu - Ungu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat maut kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padamu

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku.. menangis ku bertaubat padamu

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga

Monday, February 11, 2008

Ada Apa Dengan Lagu Mendua

Sejak akhir-akhir ni aku suka lagu ni..

Medua - Hampir ke Situ

Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa

Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Apalah gunanya berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu


Kadang-kadang aku tak yakin aku mampu. Sometimes, it is just good to have someone to talk to. And better still if that someone really cares about u and at the same time u care for that someone too. *ayat jiwang kegersangan*

Anyway, i know i can do it.. Dah tak jauh lagi dah. Hampir ke situ..

Thursday, January 31, 2008

Ada Apa Dengan Tanggungjawab

Hari ni hari Khamis. Tetiba kat Inbox ada tazkirah. Biasanya tazkirah dapat hari Jumaat je. Hmm, mesti ada yang tau aku nak cuti esok dan tak buka e mail untuk baca tazkirah esok kan. So, diorang hantar tazkirah hari ni.

Hari ni lepas baca tazkirah aku terpanggil untuk tulis sesuatu. Mungkin sebab benda ni ada kaitan dengan aku kot. Pasal tanggungjawab seorang lelaki.

Banyak sebenarnya tanggungjawab sebagai lelaki, tapi aku cuma ambil perkara yang aku rasa aku nak bincangkan kat sini.

1. Tanggungjawab sebagai makhluk kepada tuhannya.
Ini memang dah diketahui umum tak kira lah lelaki atau perempuan, kita kena sentiasa patuh kepada segala arahan dan perintah serta menjauhi segala larangan. Bukan setakat tak buat, kita kena menjauhi perkara yang boleh menjerumuskan kita ke arah kemurkaan pencipta.

2. Tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Perkara ni selalu dianggap enteng oleh sebahagian anggota masyarakat terutamanya yang muda-muda dan berpendidikan kebandaran. Tak semua. Tapi ramai antara kita yang tak sedar dalam komuniti yang kita diami tu, kita ada tanggungjawab. Bersama-sama menjaga keamanan komuniti, kalau ada benda fardhu kifayah.. kita kena sama-sama buat. Bukanlah orang dah buat kita tak payah. Ambil port sket dalam perkara yang berlaku dalam masyarakat. Nanti kot-kot dah mati esok, reput sorang-sorang tak ada orang nak uruskan jenazah.

3. Tanggungjawab kepada kedua-dua orang ibu bapa.
Ni yang paling takut sekali. Bagi anak perempuan, setelah dia berumahtangga, tanggungjawab kepada ibu bapa tu dah terlepas sebab dia kena patuh pada arahan suami kecuali perkara yang menyekutukan Allah. Tapi bagi anak lelaki, setinggi mana pun kita pergi, sejauh mana kita melangkah, tanggungjawab sebagai anak untuk membela kedua-dua orang tua tu tak pernah lari. Takut jugak bila aku baca tazkirah tadi sebab kadang-kadang bila kita berjauhan dengan family, kita mula rasa senang dan ambil mudah atas tanggungjawab nak jaga ibu dan ayah. Maklumlah aku pun sekarang berjauhan dari mama aku. Bukanlah diorang tak boleh jaga diri sendiri, tapi sebagai anak, menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan kedua-dua orang ibu bapa. Nak-nak aku ni sebagai anak lelaki. Mintak dijauhkan dari keadaan tak diredhai oleh ibu bapa. Nanti nak mati tak boleh jadi macam Tha'alabah. Sebab tak tunaikan tanggungjawab sebagai anak, nyawa tersekat kat halqum. How la? Na'uzubillah.

4. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Bila cakap pasal tanggungjawab sebagai ketua keluarga, aku teringat pada ketegasan dan kekuatan arwah ayah aku sebagai ketua keluarga. Memang seorang yang sangat cekap dalam membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakan keputusan yang diambil. Aku tak boleh lah nak cakap apa dalam konteks ni sebab aku belum ada keluarga aku sendiri. Tapi sejak arwah ayah meninggal, aku rasakan tanggungjawab aku untuk menjadi ketua keluarga yang terdiri dari mama, angah dan adik. Aku rasa aku bertanggungjawab untuk menyenangkan hati orang tua dan menghiburkan adik-beradik yang lain selain angah yang banyak berkorban untuk mempermudahkan segala urusan dalam family.

Bukan senang jadi lelaki. Bukan senang jugak jadi aku.

Aku sedar tanggungjawab yang aku pikul untuk menjaga keluarga aku sangat besar. Tak masuk tanggungjawab pada diri aku sendiri lagi. Memang betul kita ada tugas pada diri kita sendiri. Tapi kita jangan lupa yang kita juga ada tugas dan tanggungjawab kepada orang lain. Yang pasti setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ni, akan disoal diakhirat kelak.

1. Ke mana dihabiskan usia muda?
2. Ke mana dibelanjakan harta?
3. Tertunaikah tanggungjawab sebagai insan?

Janji Allah adalah pasti. Jangan nanti kita kesal di sana atas tindakan kita di muka bumi.

Sekadar peringatan untuk diri yang sentiasa alpa.

Monday, January 28, 2008

Ada Apa Dengan Makanan Sedap

Kadang-kadang best gak jadi orang bujang dan single. Bila tetiba nak ajak member keluar, sesuka hati ajak je. Yang penting dah solat, yang penting tak ada apa nak buat. Pastu leh lepak sampai lebam.

Last Sunday, i went to gym for my regular workout. Lepas gym, i went to have my haircut kat D`cal in Sungei Wang. Punya lah ramai manusia sebab dah dekat Chinese new year. Sedar tak sedar dah pukul 3 ptg and i actually haven't had my lunch yet. I only had some snacks before gym.

Pusing-pusing dalam keta and then gi kampung baru. Nak lunch tak balik modal sebab suma kedai dah tak ada lunch. So i called upon a fren who stays in Kg Baru and we had these things below *and some others too*.


Sira Labu

My faveret. Sira Labu. Pumpkin cooked in thick syrup. Tahla, orang kata sira labu ni manis tapi bagi aku, memang best. Tak ada lak rasa manis. Huhhuhuhu.. Manis sebenarnya. Tapi dah memang aku suka.


Tak tau nama

Yang ni pun makanan dari kelantan jugak. Sagu yang dah ditanak, dimasak dalam santan bersama dengan nangka. Memang sedap. Pun manis jugak. Lebih kurang macam pengat. Selain dari tu macam macam lagi kuih yang ada. Lama jugak aku tak buat posting pasal makanan kat blog ni kan.

Apa pun, this weekend aku di JB. Let us see what JB has to offer this time.

Monday, January 21, 2008

Ada Apa Dengan Amaran Berundur

Today's Horoscope for Virgo
Too many overbearing people are in your life right now -- tell them to back off!

Dulu aku pernah kenal dengan seseorang yang akhirnya menjadi rapat dengan aku hingga dia rasakan yang dia boleh mengubah aku supaya dapat memuaskan hati orang-orang di sekeliling aku. Nasihat agar aku mengubah siapa diri aku dengan harapan aku akan menjadi lebih berjaya dan bahagia.

Akhirnya - aku memutuskan untuk tidak memberikan ruang untuk sesiapa pun mengubah apa yang telah ada pada diri aku sendiri. It hurts to know when somebody u really thought is your good friend tries to betray you by talking bad about u behind your back and try to make u a better person in front of you.

Aku dapat rasakan yang aku dah pun belajar dan mendapat pengajaran sewajarnya dari pengalaman yang telah aku lalui beberapa tahun lalu.

However...

It happened again.

I met someone who really thinks that she is a goddess. *OMG*. Susah bila berjumpa dengan seseorang yang rasakan dirinya sempurna walhal.. aku tak suka nak menceritakan tentang keburukan orang. Yang pastinya aku tau di depan aku, aku lah orang yang di sanjung dan dikatakan sahabat tapi bila badan berpaling aku jadi bahan umpatan yang utama bak nasi sebagai makanan ruji. And to make thing worse, dia pun cuba untuk mengubah aku. Well, for those who never knew who i am..

I will never change because people want me to change. I will only do something because i wanted to do that thing. Not because of anything else.

To someone i used to call friend;

You played the wrong card and it lead to a very nasty secret that i discovered well hidden in your backyard.

Aku janji yang aku tak akan buat perkara yang sama yang pernah kau buat pada aku. Sebab, kalau aku buat seperti apa yang dah kau buat, ianya menjadikan martabat aku serendah martabat kau sekarang.

Just one thing that i need to say before i end this entry...

BUZZ OFF..!!

Wednesday, January 16, 2008

Ada Apa Dengan Lagu Dalam Otak

Sejak akhir-akhir ni banyak pulak lagu yang bermain dalam kepala otak aku ni.

From Fazli Zainal, Harapan;

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

From Maroon 5, Makes Me Wonder;

I still don’t have the reason
And you don’t have the time
And it really makes me wonder
If I ever gave a f**k about you

Give me something to believe in
Cause I don’t believe in you anymore.. Anymore
I wonder if it even makes a difference,
It even makes a difference to try
And it’s over, hurt the feeling
But I don’t believe it’s true anymore.. Anymore
I wonder if it even makes a difference to cry

So this is goodbye

From Katharine McPhee, Over It;

Wanting you to be wanting me
No that ain’t no way to be
How I feel read my lips
because I’m so over..

Moving on it’s my time
you never were a friend of mine
Hurt at first a little bit
but now I’m so over
I’m so over it..

Adakah lagu-lagu ni semua membayangkan apa yang aku rasa sekarang ni? Aku sendiri tak tau. Yang pasti aku tak berapa suka sangat dah lagu baru Anuar Zain apa ke tajuknya... Ketulusan Hati. Yeah, that song. Too.. Anuarish. If u got what i mean.

But i am so glad i got to spend these few days with one of my best friend who came over from Miri. We had a great time last nite and perhaps we'll head for something crazy tonite after work.

Catch ya later..

Wednesday, January 09, 2008

Ada Apa Dengan KLM de Port Dickson

Selepas 5 tahun tak berprogram dengan Kelab Lambaian Masyarakat, akhirnya pada 29 Disember 2007 aku terlibat semula dengan program KLM. Formally that is.

Bermula dengan sesi berbuka puasa tahun lepas yang cuma dihadiri oleh 8 orang ahli KLM di Vistana Hotel, kitorang setuju untuk terus buat perjumpaan tak rasmi antara ahli KLM yang dah lama meninggalkan UTM dan KLM. Lepas je pot luck di Shah Alam, kitorang setuju untuk buat satu Alumni Gathering untuk Kelab Lambaian Masyarakat yang mana kewujudannya dah 10 tahun sejak 1997.

Sunshine Bay Apartments dijadikan tempat berkumpul untuk hampir 50 orang peserta dari 8 batch yang berbeza. Memang sesuatu yang tak terduga. Bermacam-macam perasaan bercampur-baur. Seronok, teruja, terkesima..Yang pastinya aku bersyukur sebab ditemukan dengan KLM.

Apa pun aku setuju betul dengan kata salah seorang adik KLM..

From KLM Group;
Ada magik dalam lambaian ni.. walau bukan setalian darah.. tapi rasa cinta pd lambaian lebih dekat dr duduknya jantung.. lagi panas dr darah membara.. lagi dalam dr hati yg sarat...

A bit strong.. but actually, for us who really appreciate KLM, this is what and how we really feel. A really strong bonding between the members without any blood relationship. No one can really understand unless u are one of us.

A quick note for Kamal Zharif;

You dont have to try so hard to show to other people that u love something or someone. People will know and feel your love. As long as your love is sincere, true and pure.

SOmething i think shall reflect Kelab Lambaian Masyarakat,

From Teman Terulung;
Bahagia begini denganmu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas, sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh keakhir waktu

Moga kita selalu berada dalam rahmat dan lindungan kasihNYA.. Amin..

Tuesday, January 08, 2008

Ada Apa Dengan Tahun 2007

Memang lama betul aku tak buat update kat blog yang terchenta. Macam-macam sebenarnya perkara yang dah terjadi pada aku since the last entry. Tapi aku memang tak sempat nak update. You know when sometimes you just need to let something out thru writing and stuffs but i just couldn't find the time to do so. Sungguh memenatkan hidup aku sejak akhir-akhir ni.

Pejam celik pejam celik, 2007 dah habis. Sekarang dah masuk Januari 2008. How time really flies. And now i really hope that i can stop the time for a while and enjoy whatever that is in life. Please... No..?? Pretty please....*I guess that is still a no..*

A lot of things happened in 2007.

Career Wise:
Learnt a lot of new things. Went to a lot of new places, new platforms, made new friends and new contacts for business which eventually opened my eyes and made me realize that the sky really is my limit. If u know what i mean.

Personal life:
Met a lot of new friends. Some good ones. A couple of okay and not so good ones. Interesting thing, human that is..They can be a pedestal to hold u high, a shoulder to cry on, a light in the dark, a pain in the ass, a backstabber who talks bad about u for the sake of their own good. *I think i should stop here before i start mentioning names*

Bonding between family members are getting tighter. Something i really am proud of. Azharians will always stick together. Like ducks. Fly in a flock. We went on a few outings together and even did our Umrah in June. I am so happy to be blessed with such a wonderful family.

Love life... Pass.

Lets talk about resolutions.

Biasanya kalau setiap kali masuk tahun baru, ada je orang buat azam baru. Mungkin Kak Yasmin je yang tak nak azam baru every year sebab dia dah ada Azam dia. *wink*

Anyway, aku tak ada specific azam untuk tahun baru. I just have some goals to achieve before i die. That's all. I want to lead a simple and happy life surrounded by family and good friends and showered with love *and a lot of money* *wink*.

I must say 2007 thought me a whole lot of new things. Yang baik, yang kurang baik, yang buruk, sangat buruk, sangat baik. Yang penting manusia punya akal untuk menilai apa yang terbaik untuk dirinya. Tak salah andai tersilap langkah. Apa kuasa manusia untuk menghukum sesama manusia. Apa pun, pilihan di tangan sendiri.

"Cherish while u still have it.. When it is time to let go, you have to let go..."