Tuesday, December 29, 2009

Ada Apa Dengan Penutup Tahun 2009

Bulan Disember tahun 2009 adalah masa yang paling memenatkan dalam sejarah hidup aku. Kalah jugakla masa aku kerja dulu. Walaupun dulu aku rasa penat tapi tak seronok. Sekarang ni jalan dan seronok. Tak kisah walaupun penat. Kronologi untuk perjalanan hujung minggu bulan Disember 2009:

1. Palembang dengan group UTM
2. Sg Siput and Cameron Highlands for Atok's wedding
3. Melaka for some really private reason
4. Lumut and Pangkor for family day with the Haji Hamid's clan

Setiap hujung minggu ada je aktiviti yang dijalankan. A bit tired and worn out now but i guess it is a good way to end the year. With a lot of things happened. Happy ones, sad ones and all those shyte that i thing i would rather forget. But hey, there are also things that happened which are the good ones that i would never regret. Introducing the one to the family and friends. Well, that is the most significant thing that happened this year. It ain't easy but it went well.

To all i wish you all the best for 2010. I need more than luck next year. SO anyone wants to wish me good luck now?


..

Tuesday, December 22, 2009

Kau Sahabat, Kau Teman

Aku sendiri di dalam lab malam ni. Tunggu dope solution aku yang tak tau bila nak siap. Sambil-sambil aku menulis untuk thesis aku, aku dengar lagu di blog adik. Kau Sahabat, Kau Teman dari Hijjaz.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang maha Esa telkah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bile mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada penganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kupasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangankita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati


Kepada semua yang amat aku sayangi,

Ya Allah,
Kau jagalah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai padanya,
Kau sayangilah dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
Perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,
Kerana Kau punya segala yang ku tak punya,
Kerana ku ingin dia selalu menjadi sahabatku, di dunia,
Dan berharap dapat bertemunya di syurga.

Amin.


...

Tuesday, December 15, 2009

Ada Apa Dengan Palembang dan Sg Siput

Kesibukan sejak akhir-akhir ni menyebabkan aku tak punya banyak masa untuk update blog. Many things happened.



Sembilan hari di Palembang kerana menyertai program Global Outreach UTM. Satu program baru untuk mendedahkan student UTM kepada dunia di luar Malaysia. Destinasi kami, Universiti Sriwijaya Palembang.



Sebenarnya bukan saja kami cuba memahami dan bertukar pandangan dengan pelajar-pelajar postgrad dari UnSri, tapi kami cuba untuk memahami lebih dari itu. Perbincangan dengan pelbagai lapisan masyarakat mengenai akademik, teknologi, RnD sehinggalah politik, ekonomi, keagamaan, budaya dan yang paling mudah untuk aku mulakan, muzik. Kelimpahan band-band dari Bandung dan Jakarta di Malaysia memudahkan kami untuk memulakan bicara berbanding selama ini orang lebih mudah memulakan bicara dengan hal-hal ringan seperti cuaca. Secara umumnya apa yang aku dapat katakan ialah, aku memang banyak belajar dari kunjungan 9 hari ke Palembang. Pelbagai pengalaman baru dari perbualan topik hangat demonstrasi antikorupsi hinggalah ke mencuba pelbagai makanan baru and not to forget the endless shopping spree. Hehhehehe.

Satu pengalaman menarik yang aku rasa sangat bermakna dalam hidup aku.



Ni pulak, gambar kenduri kawin salah seorang kawan rapat aku Azhan. Walaupun sampai semula ke UTM pada hari Jumaat pukul 2 pagi, Sabtu pagi pukul 5.30 aku dah bersiap sedia dengan Ain, Kejan dan Anem untuk ke Sg Siput bagi meraikan kenduri kawin Azhan. Dengan berbekalkan semangat juang tinggi bersama kereta putih Ain, kami bertolak ke KL untuk menjemput Roza. Maklumlah student, lagi ramai dalam 1 kereta lagi jimat. Hehhehhe. Perjalanan sungguh bermakna dan menyeronokkan. Apa tak seronok kalau ada Anem dgn Kejan. Rasa cam terburai perut gelak. Akhirnya, kami sampai semula ke JB pada pukul 6.15 pagi hari Ahad. Hmm, sungguh memenatkan.

And now, i am back in the lab. Banyak benda nak kena siapkan sebelum bulan Februari. This is my final semester. I will not give in.


..

Wednesday, November 18, 2009

Ada Apa Dengan update Ringkas

Darn.. sangat lama aku tak update blog ni. Nak kata busy tu tak ada la sangat tapi tak ada peluang nak buka blog dan update.

Sekarang nak memblog kena pilih ayat. Kalau silap tulis bahaya.

Anyways..Blok dah kosong. Cipun dengan Shahrul balik paling awal. Last sekali bebudak mechi lepas paper manufacturing. Sekarang cuma ada dua bilik je yang ada lampu kat aras tu. Bilik aku dan bilik air. Hahhaha. Tapi aku harap tak ada la jiran dari bilik air tu. Kalau ada pun, kekalkan tak nampak. Hehhehehe, bapak cuaknya ayat. Tapi hari tu ada la Wan ST balik jap kat blok untuk satu malam sebelum dia gi global outreach program. Agak seronok gak la tgk ada lagi manusia di blok aku selain aku sorang.

Apa pun, aku tak lama sorang kat blok kali ni. Minggu depan dah nak balik raya haji kat Melaka. Lepas je raya dah nak global outreach lak. UTM sekarang nak reach universiti di peringkat global. Sungguh menarik. Ke luar negara selama 9 hari untuk belajar dari universiti lain.

Apa lagi nak cerita.. semua kena ringkas dan padat. Tetiba aku rasa lapar. Masa untuk makan. Lately aku memang banyak makan.


..

Wednesday, October 28, 2009

Tiada Tajuk Khusus

Hujung minggu yang penuh dengan keseronokan dan kegembiran dikelilingi kasih sayang keluarga dan makanan yang sedap. Best betul ada family meriah macam ni. Nak cerita panjang tak guna sebab dah banyak sangat tgk gambar kat facebook. Malas dah nak cerita kat sini. But i have to thank along Abas n mak long Nor n family for their hospitality. Seronok. Cuma terkilan tak dapat jumpa atut kopow yang bz gi disko. Nak kena bagitau kucik suruh jaga atut bebaik. Nanti dia bz gi dangdut lak.

Haa.. special shoutout to Cipun:

Happy birthday bro. Dah tukar BMW series baru nampaknya. Jangan marah, aku tak berniat nak babitkan ko dalam drama terbaru aku. Look at the bright side, ko pun pernah buat stage play "abg dah balik..." hahhahha. Jangan lupa tiup tayar kereta.

Oh yeah, apa ye nak tulis.. tadi ingat. Lupa dah. Dah tua ni cepat lupa. Kadang-kadang ada jugak orang yang dah tua tak reti nak sedar diri. Kekkekekke.. jangan marah bro. Gua tak campur kicap manis ye.

Oh and yes: Nitsume, please do not read my blog anymore. BTW, i stopped looking for you when u blocked me from Friendster and FB. Dont give any excuses to my mother. I hate ur guts. Period.


...

Friday, October 23, 2009

Ada Apa Dengan Hati Berdebar

Dah sampai weekend. Esok mama, angah dan adik akan datang ke JB. Hehhehehhe nak berkunjung ke rumah saudara kat area sini. Bukan selalu. Jadi kami pun nak berkumpul sama la. Dua hari je.

Adakah akan ada pertemuan antara bakal mertua dan bakal menantu. Aih..

Berdebarnya..


..

Tuesday, October 20, 2009

Ada Apa Dengan Tekanan di Tengahari

Di luar hujan turun dengan lebat. Mencurah. Mata tiba-tiba berat. Tekanan tak tertanggung, tiba-tiba muncul GTalk dari labmate sebelah meja.

deeyuliwati: Lapar
BB: Lapar juga

Lapar sebenarnya. Aku baru ingat kali terakhir aku makan ialah tengahari semalam.

Monday, October 19, 2009

Permohonan Maaf Terbuka Buat Puan Fatimah binti Mahmood dan Libra Perfex Precision Sdn Bhd

Entry ini adalah satu entry khusus untuk bekas majikan di Libra Perfex Precision Sdn Bhd.

Kepada Puan Fatimah binti Mahmood dan Libra Perfex Precision, saya dengan ini memohon maaf di atas entry bertajuk Ada Apa Dengan Ketabahan 2 yang telah ditulis sebelum ini. Maklumat yang telah dilaporkan di dalam entry tersebut tidak benar sama sekali. Segala kesilapan saya mohon maaf. Permohonan maaf ini telah dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Untuk pengetahuan pihak Puan Fatimah binti Mahmood dan pihak Libra Perfex Precision Sdn Bhd, entry tersebut telah dibatalkan.

Sekian.

Friday, October 16, 2009

Ada Apa Dengan Roda

Orang Kata: Hidup inii umpama roda. Kadang di atas, kadang di bawah.
Aku Kata: Kalau benar roda itu berputar, kanapa aku masih lagi di sini. Di kelilingi manusia ini.

Kadang-kadang dalam dunia kita takkan dapat apa yang kita inginkan. Fitrah manusia inginkan kemewahan, kekayaan, kuasa dan kemasyhuran. Memang ramai manusia yang mengejar fitrah walhal apa yang dituntut adalah keinsafan, kesederhanaan yang diselitkan dengan ketaqwaan. Nampak begitu mudah bila ianya hanya dikeluarkan sekadar kata dihujung jari, namun sebenarnya ianya tidaklah seperti yang disangka.

Kadangkala kita terlupa siapa diri kita. Pabila seronok diulit mimpi indah dunia, kita lalai dan alpa dengan tugas khalifah yang diberikan kepada kita. Dan apabila kesusahan menimpa, nikmat ditarik seketika, ketika itulah kita mula sedar yang sebenarnya kita tiada iradat. Yang punya, hanyalah tuhan yang satu.

Pada awalnya, penulisan kali ini aku sangka penuh emosi, kekecewaan, rasa terkilan dan mungkin selitan amarah. Tapi, bangkitan akal rasional memadamkan segala keinginan mengikut nafsu yang terdorong oleh syaitan.

Sememangnya tidak dinafikan wujud rasa tekilan selepas insiden malam tadi. But what more ca i say. Hidup ini umpama roda. Kadang di atas, kadangkala kita dibawah. That's the fact. You just have to face it.

Notakaki: it felt so good to hear from an old fren. Thanx Mark for calling. Next time, i'll be the one calling. Promise.. hehehhehe


..

Tuesday, September 29, 2009

Ada Apa Dengan Raya 1430H

Long silence. Long break.

Kedatangan hari raya kali ini menjadikan aku begitu sibuk dengan rutin raya seperti tahun-tahun sebelumnya. Masih lagi seperti biasa, kami berempat menyambut raya di Melaka. Balik beraya pada Khamis sebelum raya bersama dengan Nabila n Azmi.

Sibuk tak sibuk sangat tapi apa yang menarik, setiap tahun aku akan sama-sama buat persiapan akhir termasuk menganyam ketupat, tolong-=tolong apa yang patut sampai la ke pembayaran fitrah untuk kami sekeluarga.

Macam biasa jugak, subuh di rumah untuk takbir raya bersama family sebelum bergerak ke kampung untuk ziarah kubur arwah ayah dan seterusnya ke rumah nenek untuk persiapan solat raya. After that is as usual upacara pemberian duit raya kepada pak sedara, mak sedara, nenek, nenek sedara, adik sepupu, adik beradik dan sesiapa yang bertuah. Nak bagi kat anak buah, anak buah plak jauh tak pernah beraya sama. Nanti la satu hari nanti.

Lepas dah melayan tetamu yang ada, dan sambil tu jugak, kami mengambil gambar. Tak meriah la kan kalau raya tak ambil gambar.



Azharians in blue this year.



All in the family. Tak ramai mana pun.

Sebelum sesi beraya ke rumah sedara mara, disebabkan rumah nenek dah penuh, kami biasanya sambung sesi ambil gambar kat rumah sebelah *rumah mak lang*. Gambar berposing ala-ala ANTM la, gaya lompat la tak masuk akal sebenarnya sebab semua pakai baju melayu siap bersampin, bersongkok.



The guys of Haji Abdul Hamid CXlan.

Apa pun, sempana hari raya, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.

Salam Lebaran.


..

Tuesday, September 15, 2009

Another Year..

Alhamdulillah, sampai lagi tarikh 14 September. Maksudnya bertambah lagi la umur aku.

Aku berterima kasih sangat pada semua yang bersusah payah menyambut hari jadi aku tahun ni. Adik-adik MT Soul Fusion meraikan birthday aku sehari lebih awal selepas moreh semasa program Soul Fusion. Sport, Ayu dan Ayuzie serta kawan-kawan lain menyambut di K9 beberapa minit selepas 14 September manakala semalam, Hanan, Sal dan BC sambut di lab. 3 days of cake eating..I am blessed

I am truly blessed with a mother who loves me unconditionally and 2 sisters who act as a piller to support whenever i needed them. Thank you so much for being there all these years.

Sport dan Cipun, thank you for being a brother to me. I know you will always be there for me as well. Sport, thanx for the effort of celebrating my birthday every year without fail since you came back from Japan.

Adik-adik KLM, @Lambaian dan kawan-kawan AMTEC and all friends, thank you for just being there. I wont ask for anything but pray that we all will be together forever.

I am so glad to know that i am blessed with a wonderful family, good friends and a very understanding girlfriend.

Yeah, anyway.. thanx a lot Hanan for the suprises that u made for me. And the present. And thank you for being a wonderful girlfriend.

To all.. May Allah bless you with all the blessings in the world. Thank you all.

Nota kaki: Yeah i've said it. I am no longer available.


..

Monday, September 14, 2009

Ada Apa Dengan SF3

Kalau disemak balik entry-entry yang lepas lebih kurang setahun lepas, ada entry dengan tajuk ADa Apa Dengan Soul Fusion 2. Kalau tak silap la. Well, this year, aku masih lagi join Soul Fusion, tetapi dengan komiti yang berbeza. Ada beberapa ahli MT program yang pernah jadi MT program lepas dan ada juga fasi yang pernah jadi fasi untuk Soul Fusion lepas tapi sememangnya banyak yang berbeza.

Program tahun ni dimulakan dengan pembuatan kertas kerja bersama penasihat dan sesi penilaian penasihat ke atas unit-unit termasuklah bendahari dan setiausaha. Aku rasa Soul Fusion kali ni adalah program yang paling banyak aku bantu dan aku ajar. Bukan senang nak tengok program student. Cara kami diajar dalam kelab berbeza. Pendekatan semestinya berbeza. Tapi kami mahukan hasil akhir yang sama. Mujurlah adik-adik semuanya sudi mendengar dan mengikut tunjuk ajar bagi menjayakan program.

Soul Fusion adalah program campuran khidmat pendidikan dan khidmat masyarakat yang dijalankan ke atas Sekolah Pendidikan Khas (cacat penglihatan) Princess Elizabeth di Johor Bahru. Program selama 2 hari 1 malan ini mengetengahkan konsep ukhuwah dan menjadikan "Masih Ada Yang Sayang" sebagai temanya.


Banner Program yang Berwarna Pink

Setiap tahun aku rasa Soul Fusion tak pernah gagal untuk menyentuh hati aku. Nampak keras dan kasar, tapi aku sebenarnya tersentuh dengan adik-adik yang semuanya kurang upaya. Tak mampu untuk melihat dan kalau ada yang dapat melihat pun, keupayaan itu akan pergi dalam masa terdekat.


Kebolehan mereka bermain gamelan semasa upacara perasmian penutup. Aku kadang-kadang terfikir bagaimana mereka mampu untuk membuat sesuatu yang kita sendiri tak mampu nak buat.


Persembahan nasyid dari adik-adik SKPK Princess Elizabeth. They sound really good.

Sebenarnya aku sangat seronok dengan program SF kali ni. Adik-adik yang sangat bersemangat untuk buat program, sekolah yang best untuk buat program. Dan yang paling best, ada 3 orang alumni lain yang join program. Sport dan Ayu wakil MT alumni lambaian dan Aimi, juga penasihat KLM seperti aku.

Kami yang kemaruk ambil gambar.


Kami lagi.

Apa pun aku sangat seronok. Tambah lagi dengan Naufal panggil aku ke depan adik-adik untuk sambut birthday bersama-sama, aku rasa tahun ni sangat meriah sambutan birthday aku. Not to forget 3 days of cake eating from 3 different group of people. I am so glad to be blessed. Jadi tak salah kalau aku pay it forward kepada adik-adik di SKPK PE.


One group photo for the album.


..

Wednesday, September 09, 2009

Ada Apa Dengan Berbuka Puasa

Alhamdulillah, masuk hari ni dah dekat 3 minggu kita semua puasa. Macam-macam perangai umat manusia yang boleh kita tengok dalam bulan puasa ni sebenarnya. Semalam aku tengok kat tv macam mana org Islam makan di kedai orang bukan Islam pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Kantoi..Kata pak long Abas pun, sekurang-kurangnya harapla diorang ni insaf sekejap.

Ni tak masuk yang memang tak pernah puasa. AKu tak layak sebenarnya nak bercakap hal ni. Cuma aku terkilan masih ramai lagi manusia yang memberikan alasan kurang munasabah untuk mengelak dari puasa. Umur dah 30-an, tapi disebabkan nak hisap rokok, alasan tak bangun sahir diberi. Ayoo.. dah umur 30 tak boleh ke nak tahan lapar dan dahaga kalau tak sahur. Alasan gastrik, diabetic, migrain dan macam-macam alasan. Yang pastinya hanya mereka yang tahu. Adakah sekadar alasan tidak mahu puasa atau memandang enteng urusan rukun Islam. Mari kita renungkan.

Yang pasti bulan ramadhan tahun ni aku lebih tenang dan gembira. Jika tahun lepas aku banyak berbuka puasa dengan Hafiz, Ude, Ein dan Aan di rumah sewa mereka tapi tahun ni, crowd yang berbeza.

1. Iftar dengan rakan-rakan
Ni memang seronok. Buat lah apa pun dengan kawan-kawan sekepala mesti seronok. Masak tomyam satu periuk makan ramai-ramai. Buat pengat pisang tak manis, tambah gula sebelum makan. Lepas makan, masing-masing malas nak kemas. Alasan nak solat maghrib. Ok.. maybe that is me. Hahhahaha

2. Iftar dengan adik-adik KTC
JKM Kolej, budak blok, pemimpin pelajar kolej. Selalunya akan berakhir dengan solat terawih dan witir 23 rakaat di masjid Sultan Abu Bakar. Jarang aku dapat ke sana kalau dulu. Tapi bulan ni, dah ada beberapa kali dapat ke MSAB.

3. Iftar dengan @Lambaian
Sungguh seronok sebab dapat kumpulkan alumni KLM yang dah lama terpisah termasuk batch 1997. Makan sedap, environmment seronok, kawan-kawan best apa lagi yang nak. Tapi memang seronok. Apa yang tak best kalau dengan lambaian? Nothing i guess.

Semalam lak pak long abas ajak berbuka puasa kat rumah dia. Terus terang, semalam aku makan paling banyak masa berbuka. Nasi lemak dengan rendang ayam *rendang ni best*, ikan bakar, udang, air kathira, murtabak, badak berendam.. serius memang menarik. Thanx along. nanti bleh berbuka sama lagi ye.

This weekend ada banyak lagi program. Program SOul Fusion di Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan, program Ihya' Ramadhan di KTC, dan baru je kejap tadi Ain dari A Team call untuk jemput jadi VIP program marhaban di IHRAM. Macam kena belah badan jadi beberapa segmen.

Seronok kan. Next week sebelum balik kampung nak beli kuih raya lak. Time to shop tapi tak bleh sampai drop. Bulan puasa kena jaga nafsu...


..

Monday, August 31, 2009

Ada Apa Dengan Karpet Lembut

Agak lama aku menyepi dari mengupdate blog aku. Sejak awal Ramadhan aku tak punya kesempatan nak menulis. Cuma ada masa untuk membaca blok rakan-rakan je.

Jumaat yang baru lepas, aku bersama-sama dengan Azim Jamil, Azim Fahada dan Izmar Hafizi keluar dari UTM untuk iftar bersama. Rancangan yang telah pun dibuat sebelum puasa *masa berbuka puasa sunat Syaban* akhirnya direalisasikan.

Usai segala urusan di makmal, kami mulakan langkah menuju Restoran Benafe. Sampai agak awal sebab tak nak berebut seat dengan orang lain yang biasanya akan memenuhkan Benafe kalau dah dekat nak waktu berbuka. Jadi sementara menunggu waktu berbuka, kami berbual sambil bertukar idea mengenai program kampus dan kolej, pembangunan sahsiah dan peribadi.. aiyoh, aku lupa semua mereka ni pemimpin pelajar. Azim Fahada ahli MPP UTM, Azim Jamil ketua biro JKM, Izmar plak pengarah persatuan pelajar. Hmm, kinda tough to be in that circle because when i recalled beack the times while i was in UTM, i was absolutely a nobody.

Waktu berbuka, dan kami berbuka dengan senyap. Bukan sebab menghormati azan *mungkin juga* tapi sebab lapar. Hehhehhe. Selesai nasi ayam penyet, kami beralih ke kebab daging kambing. Kami mempercepatkan segala urusan makan bila jam di tangan dah mula menunjukkan pukul 735 malam.

Usai urusan iftar, kami menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar untuk solat maghrib. Sementara menunggu waktu Isya dan teraweh, masing-masing menyendiri melakukan tugasan kepada pencipta bagi mendapatkan keberkatan Ramadhan. Azan Isya dilaungkan dan kami menyertai jemaah lain untuk Isya dan seterusnya teraweh dan witir. Tanpa sedar, selesai sudah 23 rakaat yang direncanakan.

Memang tak sedar masa begitu pantas berlalu. Tapi apa yang paling menarik adalah karpet masjid yang aku rasakan begitu lembut dan harum sekali. Sangat mendatangkan keselesaan semasa sujud. Kalaulah dekat, maunya setiap hari aku ke MSAB. Mungkin nanti tunggu hujung minggu lain kalau ada kesempatan.

Habis urusan di masjid, kami menuju Dataran Bandaraya untuk moreh. Steamboat dan tauhu bakar. Bukan selalu. 2 bulan gaji tertunggak, aku rasa aku perlu dapatkan reward kerana bersabar atas segala ujian kesempitan duit. Hehhehehe. Alasan.

Aku ada gambar tapi malas sangat nak upload. Tah kenapa.

BTW, esok aku akan buat posting tentang binatang peliharaan terbaru. Iceblaze.


..

Wednesday, August 19, 2009

Ada Apa Dengan Konvo Adik

Akhirnya anak terakhir mama dan arwah ayah dah pun berkonvo. Menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama di UM.

Aku tumpang gembira dan bangga dengan adik. Masih aku ingat, seminggu sebelum adik mendaftar di UM, ayah pergi meninggalkan kami tak kembali. Susah memang susah. Bukan adik sorang yang rasakan. Aku sendiri rasakan. Tambah pula dengan tanggungjawab menjaga adik, angah dan mama lepas arwah tiada.

Aku sempat menjaga adik sewaktu dia di UM. Hujung minggu ada kala kami akan keluar makan bersama, tengok wayang, shopping atau just melepak sambil mengumpat. Well, adik jugak tak pernah lepas dari nasihat pedas dari aku. Pernah aku marah dia kat parking Za'aba waktu malam sampai menangis dia. Tapi apa pun, dia yang cari masalah dengan pointer yang macam tu. Wajib kena marah dari abang yang bertanggungjawab. Heehehehhe..

But, she turn out ok. Sekarang kami sama-sama tengah sambung masters. She in her line. Me in mine. Both working hard to make the family proud.


The proud family at adik's convocation.

*wish along is here to celebrate as well. he always miss all the good things*


..

Wednesday, August 12, 2009

Ada Apa Dengan Catatan Ummi AmAni

Hari-hari bosan akan menjadi agak menarik kalau kita membaca blog kawan-kawan. Terima kasih kepada @Lambaian aku masih lagi dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh kawan-kawan aku di dalam Kelab Lambaian Masyarakat walaupun ramai di antara kami yang sudah membawa haluan masing-masing. Ramai yang sudah bekerja, ada yang masih lagi belajar, ada yang sambung pengajian, ada yang dah berkahwin, ada yang dah ada anak, ada yang tak kawin-kawin gak. Hehhehe.

Hari ni aku tertarik pada satu link di page @Lambaian. Pautan kepada halaman Ummi AmAni. Isteri kepada Diego. Kakak dan abang KLM aku satu masa dahulu. Pautan di'click', halaman dari rona ungu dan pink terbuka dengan hidangan kata-kata buat tetamu.

Membaca nukilan Ummi AmAni memberikan impak yang sama seperti bercakap dengannya. Sama seperti sembilan tahun lepas ketika aku punya masalah program, Ummi AmAni lah yang menjadi tempat aku mengadu. Dan di situlah aku temui ketenangan. Berbicara dengan Ummi AmAni. Dan hari ini, aku masih temui rasa yang sama. Walau hanya membaca nukilannya, ianya masih tetap membarikan kesan.

Aku cuma nak quote apa yang ditulis oleh Ummi AmAni. Satu petikan ayat yang bagi aku sungguh bermakna.

*Menjadi anak kesayangan atau tidak bukanlah pilihan kita yang bernama anak,tapi adalah pilihan yang bernama ibubapa. Kepada kita yang bernama anak dan juga sudah menjadi ibubapa,simpanlah pilihan itu sehingga waktu tua menjengah kita,kerana sesungguhnya kita tidak tahu anak yang mana akan berbakti kepada kita sehingga ke akhir hayat...*

Aku tak pernah dengar ayah panggil aku anak kesayangan dia atau tak. Tapi yang pasti, ayah sayang kami semua adik beradik. Walaupun aku rasa antara kami adik beradik, akulah yang selalu jadi mangsa tali pinggang, rotan dan ekor ikan pari. Tapi aku tak pernah menyesal jadi anak yang nakal. Masih terngiang di telinga ayat-ayat terakhir ayah pada aku 4 tahun dulu.



..

Tuesday, August 11, 2009

Ada Apa Dengan Marah Kejap

You did something wrong. Not terribly wrong, but still it's not right. I may get angry. Trust me, things will be ok. You said, things will never be the same again. I said you're wrong again. I maybe angry and mad but i wont stay that way for long.

I am me. You of all people should know me better.

Let's...

Ikenai Taiyou..!!!


..

Thursday, August 06, 2009

Ada Apa Dengan Ketabahan

Seboleh-bolehnya aku cuba untuk tabah dan sabar dengan ujian Allah yang besar ini. Aku berdoa padaNya agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi hari mendatang. Buat masa sekarang, aku memang terlalu blank dan tak tahu apa yang perlu dibuat. Apa yang pasti aku tak berdaya mengubah takdir dan ketentuan Allah.

Someone told me that:

"When God closes a door, He'll open up another"

I hope another door will be opening soon.


..

Monday, July 27, 2009

Ada Apa Dengan Simbiosis IV

Weekend yang sangat memenatkan. Jumaat sampai ahad, 24-26 Julai 2009 KLM telah mengadakan satu program pemantapan dan asas kefasilitatoran untuk ahli-ahli baru mereka. Sebagai penasihat, aku mengiringi mereka berkhemah di KLM Bayu Resort selama 3 hari 2 malam. Tahun lepas semasa Simbiosis 3, aku demam teruk. 6 hari demam sampai kena ambil injection kat klinik. Tapi, alhamdulillah tahun ni kesihatan lebih baik dari tahun lepas. Aku berjaya bersama-sama dengan semua peserta, fasilitator dan urusetia untuk simbiosis 4.

Perjalanan ke KLM Bayu Resort tak mengambil masa yang panjang. Bersama dengan cipun membawa barang program sebanyak 2 kali trip, semuanya selesai lebih kurang dalam pukul 6 ptg. Sampai je kat tapak khemah, semua khemah dah pun siap didirikan dan peserta tengah memasak makan malam. Aku pun tak banyak benda nak buat. Maklum, pemantau je untuk program ni. Jadi pengiring. Lepas makan malam, solat maghrib, aku lepak sambil menunggu masa untuk masak bubur kacang dan tomyam. Hmmm... adik-adik request nak makan bubur kacang dgn tomyam. So lepas semua dah masuk aktiviti nitewalk, aku, dayah dgn zaini pun menyibuk kat dapur menyiapkan bubur kacang hijau dengan bihun tomyam untuk supper.

Seronok memang seronok. Modul dan aktiviti untuk memperkenalkan adik-adik baru kepada kelab, orang dalam kelab dan aktiviti yang dijalanka kelab. Tapi apa pun aku paling seronok dengan war game. Berapa ramai yang mati diserang hendap oleh aku, nabil, black, ajak dan aput... geng-geng komando yang berani mati. Hahhaha.. Tapi sebagai balasan, seperti biasa wargame semua orang akan cuba untuk maembalas dendam pada aku lepas game selesai. Nasib baik la pakai air. Kalau ikut perancangan pakai telur, tak ke jadi omelette badan aku lepas war game.

Apa pun, slot yang dikhususkan untuk aku iaitu slot Masam Masam Manis memang aku suka. I cant believe, after all these years i can still do things like that. Well, once a Lambaian always a Lambaian. Menangis korang bila tau cara *ganas* aku sambut birthday. Aku tau korang terharu. BTW, happy birthday Syikin, Tikah, Wani n Izzat.

Seronok tu seronok gak.. penat ni bila nak hilang..??


...

Wednesday, July 08, 2009

Ada Apa Dengan Post Mortem MST2009

An entry that needs a whole 2 weeks to be updated. By the way, it's back dated..

Anyway, after the success of MST2009 back in May, we decided to have a small gathering among us AMTEC to compile documents on the hows of organizing an international conference such as MST 2009. Apart from the meeting and post mortem of the program, we also had a blast in the pool and explorace and karaoke and plenty of food. Well, what can i say, this is AMTEC.

Well, what can i say. We all had fun. 3 days in Port Dickson and hopefully we can have another outing like this with all AMTEC. Well, i think this time will be the last with Lau as AMTEC member.

*Special shoutout to Lau: Congratulations Dr. Lau. Now Dr already lah u...


A picture of us after bbq session. Nothing much to be done in Tiara at nite. So we took.. let me see.. around 1200 pictures. Hahhahaha.. freak..


Another picture of us. But not everybody was here.


Acak, Hanan, BC, BB and Erna.


Be Cheer, Zizi and BB

Hmmm.. i still got a few things to update. Prestic and the weekends. And maybe something on KLM as well. See ya soon...


..

Wednesday, July 01, 2009

Ada Apa Dengan MHS2009/2010

Penat dan sedikit mengantuk..

Ni lah apa yang aku rasa pada ketika ini. Tapi pada masa yang sama aku kena siapkan slide presentation untuk MST 2009 yang akan aku present kat PD this weekend.

Anyway, bermula sabtu lepas, UTM dah dibanjiri 3720 student tahun satu yang baru mendaftar. Bermula la minggu haluan siswa kat UTM bagi sesi 2009/2010. Bagi aku yang tak pernah melalui minggu haluan siswa dari mula aku join UTM pada tahun 1999 sampai la aku grad, aku rasa seronok lak. hehhehhe.. nak excited sebab tak pernah join MHS sebagai peserta mahupun sebagai krew.

Tambah pulak dengan kehadiran pembantu-pembantu felo baru di KTC iaitu epol, mimi, n aimi makin bengong la kitorang.

How should i say, memang aku nak terus menulis ni tapi memandangkan kepala aku tak berapa nak ringan, aku stop dulu.

Mana tau ada cerita best lagi. Esok petang ada pesta buah-buahan kat KTC. Jom makan buah-buahan tempatan.


..

Friday, June 19, 2009

Ada Apa Dengan Kuala Sedim

Agak lama sangat dah terbiar blog aku ni. Tapi aku rasa aku belum lagi nak berhenti blogging. Kesibukan adalah kerana lepas MST aku bersungguh-sungguh buat dope solution dan spin solution sampai jadi fiber selama 3 minggu termasuk weekends. Kemudian balik kampung untuk kenduri kawen 2 orand 2nd cousin iaitu yati dan faezah. Last but not least, aku mengiringi adik adik JPKK dan JKM KTC ke Kuala Sedim, Kulim untuk kempemantapan JKM KTC 2009.

Dah lama tak bercamping. Dengan keadaan felo dan pembantu felo yang lain berkonvensyen di Langkawi, dan aku je satu-satunya yang menawar diri untuk ke kem pemantapan, hambik la ubat berkhemah di Sungai Sedim. Hehhehheheh. Last time aku bercamping was last year with KLM kat Gunung Pulai. Tapi aku kena balik awal sebab demam yang sangat teruk. This time tak terkecuali, sebelum naik bas tu dah demam-demam dah badan. Tapi dengan emmikirkan tanggungjawab, aku gagahkan jugak naik bas dan pergi ke Kulim untuk sama-sama kat kem pemantapan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku rasa seronok. Back to nature. One thing that i used to do but i dont got much time to do since i worked in Shah Alam. Air sungai dia memang jernih dan sejuk dan bersih yang aku rasa boleh minum walaupun tak masak. Ok, aku rasa kalau nak minum tu kena masak la dulu kot.

Anyway, aktiviti yang boileh dibuat pun ada macam-macam. Aku join Tree Top Walk masa hari kedua kat Sedim. Seronok gler. But i think what they had in Taman Negara Pahang was better.


..mimi, BB, Fahmi n epol..



..pada ketinggian 26m dari lantai hutan, azmi, fahmi, BB, epol n tank in front..


5 hari bersama dengan budak-budak ni memang best. JPKK memang happening. Dan peserta pun bagus. Dengar kata, tepati masa dan semua enjoy pengisian yang dah direncanakan baik dari modul indoor untuk perbincangan pembangunan kolej hinggalah ke aktiviti outdoor yang mencabar fizikal dan kekuatan semangat.


..barisan pemimpin pelajar KTC..



..

Thursday, May 21, 2009

Ada Apa Dengan MST 2009

Hi all...

Agak lama jugak aku tak dapat nak update blog ni. Was very busy last week with no internet connection, jadi hari ni barulah dapat nak update semula blog ni.

Aku rasa macam pernah bagitau yang aku dan rakan-rakan lab yang lain ada terlibat dalam mengorganize MST 2009 atau nama penuhnya The 7th International Conference for Membrane Science and Technology. Seronok. New ideas shared with other delegates, new people, new environemnt and a lot of new things. Tapi yang pasti memang MST 2009 memberikan berbagai-bagai pengalaman manis yang aku tak mungkin dapat lupakan.



Picture of yours truly after perasmian oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin. So much to be proud of. Dato Seri Khaled baca text yang aku dengan Kak Su buat. Hehhe.. teringat makan mangga muda dengan Kak Su sambil tulis text Dato Seri Khaled. Alhamdulillah, segala usaha penat lelah dengan Juhana dan kak Su dan semua orang dalam lab, majlis perasmian memang gilang gemilang. Abang Su saved the day. Main party poppers depan Dato Seri Khaled. Ekkekkke...



Ni pulak gambar kesemua ahli AMTEC atau Advance Membrane Technology Research Centre yang bertungkus lumus bekerja untuk merealisasikan kewujudan MST2009. Penat lelah semua yang dibayar dengan kejayaan yang dikecapi oleh MST2009. Yours truly in white..



Dengan kawan-kawan satu lab. Jacey, Be Cheer and Pei Sean. Gambar diambil selepas majlis makan malam a.k.a Banquet Dinner for MST 2009. Malam yang happening. Terima kasih kepada semua yang telibat untuk menjayakan majlis ni.

Apa pun, aku rasa dengan adanya MST2009, aku rasa lebih rapat dengan satu lagi keluarga kecil yang baru dalam hidup aku. Keluarga AMTEC. Dari Supervisor, kepada kakak-kakak, abang-abang sehinggalah adik-adik *yang aku rasa lebih kurang sebaya.. hehhehhe*. Anyway, need to go back to lab. Banyak lagi kerja nak disiapkan.

MST is over.. next.. experiment...



...

Monday, May 04, 2009

Ada Apa Dengan Sambutan Bday Senyap

Semalam, well actually pagi tadi kami yang tinggal beberapa kerat ni menyambut hari ulangtahun kelahiran ammar fadhli yang ke 22. Waaa.. memang haru kalau nak dibandingkan dengan aku yang dah.. erk.. tak perlu lah ye.

Ramai adik-adik kat KTC yang dah balik rumah sebab cuti dah mula. Lagipun bagi yang tahun 3, Latihan Industri pun dah nak start 11 hb ni, serentak dengan aku punya MST. Kelas menjahit.

Ada tak ada dapat la dikumpulkan beberapa orang yang tinggal untuk menyambut birthday ammar ni. I remembered that he once told me that he never celebrated his birthday with a cake. Congratulations. Your first time in 22 years.



Kejan dan Rai yang tak balik cuti jugak sebab kena buat research macam aku. Sunyi gak bila bebudak degree dah balik dah yang tinggal hanya budak postgrads dan budak international.

Apa pun, aku doakan ko selalu dalam rahmatNya dan segala usaha ko diberkati. Satu lagi ucapan kepada Ammar ialah, "kacang dal berwarna kuning dan daun pokok kacang tu berwarna hijau. Kedua-duanya tidak berwarna merah". Walaupun aku tau ada lagi 6 jam lebih sebelum aku boleh pangkah ko, tappi... ADA AKU KISAH..!!!

Anyway, happy birthday bro..!!





..

Monday, April 27, 2009

Ada Apa Dengan Kunjungan Ke Rengit

Dah lama sebenarnya aku nak update blog aku pasal ni. Tapi dengan kehadiran kerja yang membusut, membukit dan kini menggunung lalu mengeverest, aku terpaksa berhenti seketika. Walaupun dah tulis tapi separuh jalan terpaksa di tulis semula sebab mengikut keadaan semasa.

Anyway, 26hb April, aku, Ude, Kejan, Nafisah, Hanem, Ikin dan Fara telah berkonvoi ke Rengit untuk kenduri kawan kitorang iaitu wak. Kawin gak wak dengan shi. Dah sampai seru kan wak. Apa lagi nak tunggu.

Seronok gak kali ni. Ramai giler yang datang. Chuck n Sore, Atuk n Eni, Adam n Ezi dan beberapa familiar faces from my studying days. Ok ye la, sekarang pun tengah study lagi. Tapi ni masa muda sket dulu. Tahun 2001/2002 gitu la.

Thank wak sebab jemput kitorang kenduri ko. Terimalah hadiah tak seberapa dari kitorang tu ye. Al maklum, kami masih student. Hahhahha. Apa pun, makan kat umah ko memang best. Bak kata orag Kuching, nyamannn...

Nak tulis banyak pun tak guna. Ni ada satu gambar beramai-ramai untuk tatapan semua.



Selamat Pengantin Baru Wak n Shi..


..

Monday, April 20, 2009

Ada Apa Dengan Tikus Cerdik

Hari ni nak cerita sket pasal tikus.

Kat dalam lab ni ada tikus. Hahhahha.. yes. Ada tikus. Dua ekor la kalau tak salahnya. Sebab sebelum ni pun aku pernah tengok 2 ekor tikus tu. Patutla cokelat aku yang aku tinggalkan dalam lab selalu je hilang.

Last month rasanya dah tertangkap seekor. Bebudak dalam lab ni letak perangkap tikus dalam lab dengan umpan ayam masak merah. Merasalah Piya berkongsi makanan dengan tikus hari tu kan. Tapi motifnya terjawab. Seekor tikus tertangkap. Aku pun tak sure siapa yang buang tikus tu sebab dengarnya bila diorang datang lab pagi tu, tikus tu dah mati. Mungkin tak tahan pedas kot. Ye lah kitorang pun tak sediakan air kat tikus tu. Mana la tau dia tak tahan pedas sampai membawa maut.

Ni masalah seekor lagi ni. Dah beberapa minggu kitorang pasang perangkap tapi tak masuk masuk lagi. Yang hangennya, boleh pulak biskut yang kitorang leyak sebagai umpan tu dia makan. Agak pandai jugak tikus sekor ni. Dah nama pun duduk kat lab universiti dengan budak-budak postgrads. Agaknya dia baca jurnal jurnal kitorang yang bersepah dalam lab ni kot. Giler pandai tikus ni.

Bila la nak tertangkap. Takpe, aku bagi decoy lagi satu untuk pastikan ko tertangkap kali ni.. Ambik ni..



Harap lepas ni ko tertangkap la..


..

Tuesday, April 14, 2009

Ada Apa Dengan Kesan Stres

Today was the first day after about 8 days without proper food. Sejak Isnin minggu lepas aku tak berapa sehat setelah stres dengan kerja design membrane ssytem yang aku rasa suntuk untuk aku siapkan. Walaupun costingnya aku rasa aku dapat setelkan tapi aku memang tak suka buat kerja terburu cam tu. Tapi nak buat camana. Akhirnya, aku kena demam yang sampai 6 hari. Bad eh..

Selama demam tu memang aku tak berapa ada selera nak makan. Ayu hantar makanan kat bilik, ude pun hantar makan. Thanx guys. Korang memang kawan yang akan aku kenang. Susah senang korang ingat aku. Tapi apa pun, aku tak berapa selera langsung nak makan. Memang nampak la susut badan aku. All the muscles that i built the last 4 weeks jatuh. No food + no exercise = no muscle. Berat aku pun makin turun. Aku tak bangga kalau aku kurus dan mempunyai berat badan yang tidak ideal. I lost 3 kilos in 8 days. I need to gain back the whole 3 kilos without any fat gain. hmm..

Apa pun, aku paling seronok sebab Sport came last weekend. Selama ni aku berjaya menggagalkan segala usaha dia untuk suprise aku. But last weekend, berusaha sedaya upaya bersama rancangan hebat bersama Usop, Sport berjaya menterkejutkan aku. Serious, aku tak pernah rasa happy jumpa orang macam aku jumpa Sport dan Usop Sabtu hari tu. Tapi aku agak terkilan sebab tak dapat lepak bersama dengan Sport sampai malam langsung sebab aku tak berapa nak sehat. Takpe. Next month i will be in KL and hopefully one day we can lepak at my favourite place. Ok maybe 2 because i am craving for Molten Chocolate Cake in Chillies.

Food again. Yeah, i really need to get back to my diet. White meat and vegetables with a lot of fruits with low intake of white rice and white bread. Not expensive at all. Lets do it. Hopefully after this i can manage my stress better.

More work to be done.. Huarghhh... STRESSNYAAA........



..

Monday, April 06, 2009

Ada Apa Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri

Saya rasa saya memang layak untuk membeli hadiah untuk diri sendiri setelah berpenat lelah selama ini. Dengan beberapa kejayaan yang tidak seberapa, saya rasa saya perlu memberikan penghargaan kepada diri sendiri untuk meningkatkan motivasi diri.

Walaupun tidaklah semahal mana, tapi saya rasa pullover topman yang saya beli tu sangat membakar semangat saya untuk melayakkan diri ke Bali. Ye kawan-kawan saya akan berusaha untuk melayakkan diri untuk ke MST Bali. MST Kuala Lumpur dah tak sempat.

Additional info: Pullover saya tu saiz XS. Sangat cantik.


..

Thursday, April 02, 2009

Ada Apa Dengan Dilema Hak

*This entry is an emotional entry*

Masih aku terdengar lagi cakap arwah ayah satu masa dulu:

"sebab duit, adik beradik pun boleh bergaduh.."

Ayat ni keluar satu masa dulu. Kami masa tu masih tinggal di Johor Bahru dan perkara ni timbul lepas ada orang yang datang untuk meminjam duit dari arwah ayah. Aku tau macam mana rasanya bila ada orang datang pinjam duit dari kita. Tak bagi pinjam, dikatakan sombong. Bila dah di bagi pinjam, tak reti nak bayar balik pulak tu.

Well, the same thing happen to me.

Dah diberi pinjam. Dah setahun. Tak bayar-bayar. Kalau korang la, apa yang korang akan buat? Nak kata banyak, tak lah banyak. Tapi bukankah segala yang hak perlu diberikan kepada yang berhak? Apa yang aku mintak adalah hak aku sendiri. Bukan hak orang lain. Bila aku keluarkan kata yang keras untuk meminta hak, aku dipersalahkan. Kenapa aku lak yang salah dalam hal ni? lebih setahun aku menunggu. Kalau aku tau begini jadinya, aku tak terfikir nak menolong kau dan keluarga kau yang tak sedar diuntung. Bila kita diperlukan, semua ayat manis keluar dengan janji yang sebenarnya kosong. Tapi masalahnya, aku tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan.

Apa yang aku mampu buat ialah berdoa semoga kau diberikan hidayah supaya tidak mudah menipu orang lain seperti kau menipu aku. Semoga Allah saja yang membalas segala apa yang telah kau buat untuk menyusahkan aku selama ni. Aku tak mudah nak memaafkan setelah pelbagai kesusahan yang terpaksa aku tempuh kerana perbuatan kau.

But still, i need to do something to replace my damaged laptop.


..

Thursday, March 19, 2009

Ada Apa Dengan Sekuntum Bawang Merah

Hari assessment telah pun berlalu. Dr Rahmat, Dr Azeman dan Dr Zul dah pun assess proposal masters aku. Alhamdulillah, dengan pembetulan aku berjaya lepas assessment pertama. Berkat usaha dan doa diiringi restu ibu dan keizinan dari Allah, itulah yang aku terima.

Lepas aku habis je assessment yang aku kira hampir 2 jam, aku terlalu penat untuk meneruskan hari aku. Serious aku dah lama tak rasa letih otak macam tu sekali. Kalau dulu pun letih fizikal kerja macam bangla kat site walaupun... kan. Tapi letih otak ni lain sket dari letih fizikal.

Memandangkan hari Jumaat lepas pun ada pak sedara aku nikah dan hari Ahad ada majlis kenduri dia, aku decide untuk balik Melaka. Lepak dengan family aku dan juga menghadiri kenduri kawen pak cik aku yang aku pasti akan berjumpa dengan ramai sedara mara. So dengan bahagianya aku balik kampung naik bas untuk menghabiskan hujung minggu di kampung sambil ditambah dengan cuti selama 2 hari sampai selasa sebab aku nak berehat puas-puas kat kampung. Doing nothing but only eat and rest and meet people. Tak takut gemuk pun sebab mak long ipah cakap aku tetap maintain slim river. huhhhuhuhu...

Hari Jumaat aku sampai melaka terus je balik kampung sebab mama ada kat kampung memandangkan pak sedara kecik aku tu nikah kat kampung. So aku ke kubur arwah ayah sementara tunggu malam. Lepas tu aku membirah kat rumah sambil makan bubur asyura yang banyak daging. Huhhhuhuhu. Makan.

Esoknya aku ke kenduri kawen jiran satu taman. Aku personally memang tak kenal pak cik tu. Pengantin pun tak kenal. Tapi memandangkan mama kenal dan tak ada siapa nak bawak mama gi kenduri tu, aku pun ikut. Tak rugi sebab masak lemak cili api daging salai dia memang menusuk kalbu. Huhhuhu.. Makan lagi.

Petangnya pulak gi menolong umah yang nak menduri esoknya. Pak cik kecik.. jap nama dia tak ingat la *dia muda 3 tahun dari aku* nak kenduri hari ahad. So sabtu petang aku gi menolong apa yang patut. Sambil tu ada kuih tako sejuk. Makan lagi...

Ahad, kenduri kawen yang aku rasa agak memenatkan sebab balik je dari kenduri aku tido. Penat angkat lauk dari dapur ke depan. Tapi takpe, asam pedas daging dia best. Makan lagi... Pastu malam gi layan ikan bakar kat muara sungai duyung. Makan lagi..

Memang balik kali ni banyak makan. Tak leh amalkan selalu ni. Banyak makan punca lemah iman. Banyak makan punca pembesaran perut yang menyebabkan kebuntalan. hik hik. Banyak makan meningkatkan potensi penyakit kronik. Jangan la banyak makan. Sometimes we feed our belly too much that we forget to feed our soul. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Apa kena mengena dengan tajuk entry kali ni..??

Well, aku ada seorang adik sepupu yang agak montel. Sambil melayan aku makan tengahari dia duduk mengomel kat sebelah. Aku makan agak lambat sebab tunggu kazen lain yang agak lewat sebab buat rambut ala naruto. Tengah dok lepak borak-borak ada lah pulak si montel ni nyanyi lagu Alleycats..

Sekuntum bawang merah...

Erk.. bukan ke sepatutnya sekuntum mawar merah...


..

Tuesday, March 10, 2009

Ada Apa Dengan 10 Mac

Hari ni aku nak pergi berjuang...
Doakan kejayaan aku di medan perang..

BTW,

Happy birthday untuk mama
You are the reason for me to live..
Luv u always..

Thursday, March 05, 2009

Ada Apa Dengan Lap Dance, Baseball dan Pistol

P. Ramlee sebagai Labi pernah menyanyikan satu lagu kepada Manisah dalam cerita Nasib Si Labu Labi. Lagu "Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang" dinyanyikan kepada Manisah mengingatkan supaya tidak terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu kerana ia mungkin merosakkan diri sendiri.

Mungkin betul bila kita terlalu memikirkan apa yang telah berlaku pada masa lalu akan mengakibatkan mudarat pada diri sendiri. Tambahan jika perkara yang diingati adalah perkara yang banyak meninggalkan kesan negatif kepada diri. Namun, lumrah manusia yang mempunyai akal, fikiran dan nafsu serta perasaan akan membiarkan perasaan melampaui kebolehan akal untuk menentukan arah kehidupan. Sejauh mana akan kaki melangkah dibawa perasaan sebelum akal tersedar langkahan sebenarnya terpesong dari matlamat asal kehidupan.. terpulang kepada empunya badan.

Mungkin sukar untuk menentukan.

Tertarik aku pada cerita "How i Met Your Mother" yang disiarkan di Star World semalam. Seorang lelaki yang ditinggalkan kekasih disogokkan oleh kawan-kawannya dengan lap dance, free baseball tickets and even gun class dengan harapan dapat menceriakan kawan tersebut dalam masa yang sama meredakan keresahannya. Tapi sebenarnya, tiada lap dance, tiket baseball atau pistol yang dapat menceriakan. Hanya satu ubat pada hati..

Masa. Harap masa mengubah segalanya.


..

Tuesday, March 03, 2009

Ada Apa Dengan Kapten Iman

Dari semalam aku memikir apa je yang aku nak tulis dalam entry kali ni tapi setiap kali aku mula nak menulis tak terluah pulak. Kadang-kadang aku terlalu memikirkan apa yang akan orang fikirkan pasal apa yang aku tuliskan, tetapi kadang-kadang aku terlalu memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan keadaan orang sekeliling. Hari ni dan semalam adalah masa-masa yang aku rasa aku memikirkan hal orang di sekeliling sampai tak tahu nak tulis apa dalam blog aku sendiri.

Walau apa pun, Kapten Iman telah membuat satu keputusan. Buat setakat ni itulah keputusan terakhir yang telah dibuat oleh Kapten Iman. Sama ada baik atau buruk keputusan tu, tak ada siapa pun yang tahu. Yang pasti Kapten Iman mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dan mengatasi apa yang telah terjadi. Mengenali Kapten Iman, aku yakin dia telah memikirkan segala yang termungkin untuk setiap langkah yang akan diambil.

Semoga berjaya..


..

Monday, February 16, 2009

Ada Apa Dengan Dekat Padamu 6

Walaupun hari ni agak bz dengan kerja pagi tadi dan petang ni agak bz melukis membrane system yang baru siap didesign last week, aku tetap nak update gak pasal Dekat padamu 6 yang berlangsung Sabtu lepas.

Walaupun berlaku sedikit masalah pada malam sebelum program dengan pengarah sendiri, tapi akhirnya pada pagi Sabtu aku bergerak juga ke Hospital Sultanah Aminah untuk menghadiri program Dekat Padamu. Tiba di wad timur 5 lebih kurang 9.10 pagi untuk majlis serba ringkas dan seterusnya menziarahi adik-adik di wad timur 5 HSA.

*wad timur 5 adalah wad pead untuk kanak-kanak pre dan post surgeri*

Lama jugak aku tak buat khidmat masyarakat. Tersentuh jugak bila ada satu kakak ni, ibu kepada pesakit yang berumur 14 bulan yang kata ketegangan menemani anaknya di wad sedikit terubat dengan kedatangan kami menziarahi adik-adik kecil yang ditimpa pelbagai kemalangan dan penyakit. Tak banyak yang perlu dibuat untuk menggembirakan orang. Tak perlu beli hadiah semahal ferrari, tak perlu bina mahligai segah Taj Mahal, tak perlu bawa melancong ke London, New York, Dubai atau sebagainya. Effort kecil kadangkala boleh memberikan impak yang lebih besar. Belon berwarna-warni, buku mewarna, kek.. sudah cukup menggembirakan hati anakanak kecil juga ibu bapa terhadap mereka yang prihatin.

Jom kita membantu sesama manusia.

Jangan makan McD...!!!

...



Hangen aku bila orang Islam masih lagi membantu Israel menghasilkan peluru untuk membunuh umat Islam Palestin. Minum la lagi Sturbucks tu. Tolong la orang Yahudi tu. Semoga korang disoal di akhirat nanti...

Insaflah..


..

Friday, February 13, 2009

Ada Apa Dengan TV Rosak

Situation:

You're watching your favourite show on tv. Semasa kemuncak cerita, secara tiba-tiba tv korang tu buat perangai dan rosak. Tak boleh on. You dont know what happens next. You dont even got to know how the show ended.


Tu cuma situasi atau analogi. Kalau dalam keadaan sebenar, cuba rasakan yang kita dah betul-betul nak tau apa yang akan jadi seterusnya dan mengenjoy cerita yang kita tengok tu tapi secara tiba-tiba memang tergendala dan rasa macam.. kenapa la jadi macam ni..?? *>%#$#" rasa nak menjerit.. tak guna jerit pun.

I hope tv aku tak kan rosak lagi. I dont wanna miss another bus ride.


..

Wednesday, February 11, 2009

Ada Apa Dengan Panggilan Telefon Awal Pagi

Jarang aku mendapat panggilan telefon awal pagi. Lepas mandi pagi tadi, dalam keadaan sejuk-sejuk kuku nak pakai baju tiba-tiba terdering telefon aku memainkan lagu Estranged - Yang Pernah. Tak biasa orang kat rumah call pagi-pagi ni unless ada perkara yang penting. Sambil tangan menutup suis kipas sebab tak tahan sejuk, aku angkat telefon yang mana kat hujung talian aku terdengar suara mama.

Satu berita yang begitu berat untuk aku terima. Abg Zul, bekas pemandu kitorang satu masa dulu telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi lepas beberapa hari di ICU kerana kemalangan jalan raya.

Aku masih ingat lagi macam mana abg Zul yang begitu banyak menolong masa kitorang berulang alik ke hospital masa arwah ayah sakit. Abg Zul memang tak banyak cakap. Calm and cool. Tapi kitorang satu family senang dengan dia. Kalau jalan jauh-jauh dia tetap ingat nak solat.

Al-Fatihah untuk abg Zul. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Selamat jalan dan moga perjalanan ke alam sana sentiasa sejahtera. Buat keluarganya, tiada kata melainkan salam takziah dan kata semangat semoga kalian bersabar atas pemergian insan berjasa ini.

Al-Fatihah..


..

Friday, February 06, 2009

Ada Apa Dengan Proposal

Well, what i can say about my proposal..

It's done. And submitted. After a few weeks of agony. Well i must say that post graduate studies are not easy. Who says that anyway? And i have a presentation on my proposed masters project in 3 weeks time. Tapi sebelum tu ada satu lagi presentation progress dengan AMTEC in 2 weeks time.

Terasa macam nak memangkah orang je kat sini.

Boleh ke..??

Dua perkataan je. Kalau betul kena pada orangnya.. tak senang duduk, tak senang baring, tak senang berdiri.. Lagi sekali lah ye..

Boleh ke..??


...

Monday, February 02, 2009

Ada Apa Dengan 2 CPU

Somewhere in Johor Bahru at around 3.45 a.m. Perbincangan melalut dari satu topik ke satu topik sehinggalah kepada topik pertolongan cemas.

BB: Aku tau la sikit sikit pasal 1st aid
Cipun: Tau la buat CPU?
BB: erk... CPR la..

BB: *menceritakan serba sikit lagi pasal 1st aid*
Cipun: Jap.. CPU kan??
BB: *!@*>$# CPR la..

Kalau tak biasa berjaga sampai 3.45 pagi, pergilah tido ye. Hehhhehe. Terkenang zaman berprogram dengan KLM. Biasanya kami tak tido sampai 3 hari berturut-turut sampaila habis program.

Thursday, January 22, 2009

Ada Apa Dengan Cuti Kejap

Break...!!

Aku nak ambil break dari kepeningan membuat proposal thesis. Nanti balik kampus kena struggle balik. Thanx to labmates yang banyak membantu..

Kenapa budak-budak Melayu dah mula balik cuti sedangkan chinese yang nak sambut new year.. hmm..

Kegembiraan melanda


..

Thursday, January 15, 2009

Ada Apa Dengan Detik

Mengikut Kamus Dewan;

Detik
1. bunyi spt bunyi jalan jam dll: Bilik itu sungguh sunyi hingga terdengar ~ jam tangannya.
2. waktu yg sangat singkat; saat; (1/60 minit): Masa berjalan ~ demi ~ tetapi ibunya masih belum keluar dr bilik pembedahan.
3. ketika; waktu: Itulah ~ yg paling bersejarah dlm hidupnya.
4. kata (dlm hati). berdetik 1. berbunyi spt bunyi jalan jam dll. 2. berdebar (bkn hati, perasaan): Hatinya ~ dan risau ketika menunggu kepulangan adiknya. detikan bunyi detik (jam, jantung dll).

14 hb Januari 2009 - aku menghadiri majlis pengisytiharan pelantikan jawatankuasa kolej mahasiswa dan ahli majlis tertinggi kelab-kelab KTC bagi tahun 2009. Satu majlis yang aku tak pernah hadiri semasa aku menjadi pelajar undergrad dulu. Mungkin sebab aku bukanlah mahasiswa hebat yang layak bertanding dalam pilihanraya jawatankuasa kolej mahasiswa mahupun persatuan pelajar. Well, basically aku pernah bertanding untuk jawatankuasa Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia and i did win the election. Tapi aku rasa majlis pelantikan exco tak lah sehebat semalam. Aturcaranya lebih proper dan profesional berbanding semasa aku diumumkan exco biro akademik untuk PPKK tahun 2001.

Dan sehari sebelumnya aku dapat berita mengenai kemenangan beberapa pelajar yang aku kenal personally menang dalam pilihanraya kampus 2009. Be it calon aspirasi ataupun pro-mahasiswa, aku rasa mereka betul-betul berhak menang berdasarkan kepada kempen pilihanraya yang telah dilakukan.

Aku berbangga dengan kehadiran adik-adik yang berani dan bersemangat untuk menjadi pemimpin pelajar di dalam kampus. Bagi JKM KTC sendiri, pengumuman Aizat sebagai pengerusi JKM adalah sesuatu yang aku alu-alu kan. With good attitude, positive mind and way of thinking, disamping mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin dan paling penting keputusan akademik yang cemerlang dan sangat stabil, aku rasa dia memang layak dijadikan pengerusi jawatankuasa kolej mahasiswa. Dengan keadaan organisasi yang agak terumbang ambing ketika ini, aku tak terkejut dengan reaksi aizat yang sendiri tergamam dengan pengumuman yang dibuat.

Well, i still remember mama pernah bagitau aku. Selepas dia kahwin dengan arwah ayah, Tok Ngah Ismail dari Muar pernah cakap dengan dia "Rome was not built in one day". Mama dan arwah ayah berpegang pada konsep tu. Dan aku rasa, aku juga sekarang berpegang pada konsep yang mama turunkan kepada aku. Dan semalam pulak, dalam detik yang cukup mengharukan, aku menenangkan aizat dan berpesan pada dia;

"Rome was not built in one day"

Hari ni pulak, aku mendapat satu kejayaan yang aku rasa aku tunggu sekian lama. Hasil dari kesabaran dan ketekunan aku selama ni, aku dah menjumpai satu maklumat yang sangat bermakna untuk menjayakan research aku. Thank you Lloyd Robeson for this. And thank you Prof Fauzi for bearing with me all this while. Sambil tu terdengan lagu kejayaan David Cook - Time of My Life.

Off all the people i would like to thank my mum for listening to my problems although she has no clue about what my reasearch is all about. Mentioning polyimide, polysulfone and halloysite nanoclay when she is actually the expert in cooking asam pedas, laksa and my favourite masak lemak tempoyak pucuk ubi dengan petai.

Suddenly i miss masak lemak tempoyak. Mano den nak cari masak lomak tompoyak hari ni? Tetibo yo porut den ni lapar. Baru yo den toringat, hari ni den lupo nak makan tongahari. Ayuzie dah berapo kali marah an den suruh den makan. Tak sompek den raso. Malam ni nak makan apo? Ayam penyet kat Graduan? Jom...


..

Monday, January 12, 2009

Ada Apa Dengan Baju Basah

Will every weekend be like yesterday?

Satu soalan yang aku tau jawapannya. Nak mampos agaknya kalau setiap weekend macam semalam. Well, it was an excellent weekend. Tapi aku tak sanggup nak hadap every weekend as great as yesterday.

Apa sebenarnya yang terjadi semalam?

Geli Gelak Lambaian.

Satu program dalaman KLM yang dilaksanakan hasil kerjasama semua ahli kelab untuk mengukuhkan ukhuwah setiap ahli kelab. Semua ahli nekerjasama untuk melaksanakan tugas masing-masing mengikut batch. Hasilnya satu program yang sangat hebat hasil usaha keras semua yang disertai oleh pelajar dari tahun 1 sehinggalah tahun akhir termasuklah pelajar-pelajar masters dan alumni lain yang bekerja di sekitar Johor Bahru.

Aktiviti yang memenatkan tetapi sangat menyeronokkan terutama modul-modul baru yang aku rasa bagus untuk mengukuhkan ukhuwah setiap jauhari kelab. Tapi, paling aku seronok sekali ialah wargame. Walaupun masa Simbiosis 3 semester lepas aku tak dapat join sebab demam teruk, tapi kali ni memang aku tunggu sampai modul setel, baru la aku dengan selambanya main wargame ni. 2 team yang ganas main wargame kemuncak. Menghabiskan ammo yang ada aku rasa menghampiri 30 bijik setiap kumpulan. Well, wargame ni lebih kurang macam capture the flag la. Team yang ada:

Team 1
Aku, Macha, Aref, Roza, Pilo, Faiz

Team 2
Syazuan, Nu'man, Mat Yan, Liz and another 2 person. Tak ingat la

Anyway, sebagai alumni dan orang otai, haruslah kitorang yang menang wargame berat sebelah sebab flag junior dah disorokkan dan kitorang tak mati walaupun kena bom dgn ammo. Yang tak bestnya, ammo diperbuat daripada air yang dimasukkan ke dalam plastik. Sakit memang sakit dan haruslah basah kalau ammo tu pecah kat badan. Dengan keadaan aku yang selalu memangkah bebudak kelab, aku menjadi sasaran walaupun game da hhabis. Termasuklah budak team aku sendiri yang serang aku bukan hanya dengan bom ammo yang disediakan, tapi jugak dengan air sirap yang dibuat untuk lunch semalam. The day ended late with birthday celebration for january born babies.

It was fun. Once in a while berseronok dengan member alumni dan adik-adik kelab. But as i said earlier, tak sanggup aku kalau nak ada every weekend yang macam ni punya memenatkan. It was also a blast as my besu mate came to visit.

My best buddy Aref came to visit me in UTM on Staurday for the first time since i enrol last semester. Bukan senang nak berjumpa sekarang dengan keadaan dia yang bekerja kat Bintulu dan aku pulak kat JB. Kalau dulu selalu la melepak kat KL masa sama sama kat KL. Hope to see you again in JB. You know you're always welcome.


..

Friday, January 02, 2009

Ada Apa Dengan Sambutan Tahun Baru 2009

Back to back sambutan tahun baru. 1430H dan 2009 Masihi. Tapi cara sambutannya sungguh berbeza di antara satu sama lain.

Petang sebelum masuknya tahun baru Hijri, ramai yang berkumpul di masjid atau di surau mahupun di rumah untuk membaca doa akhir tahun selepas solat asar. Ini disambung pula dengan bacaan doa awal tahun selepas menunaikan solat fardhu maghrib. Bagi memperingati penghijrahan Rasulullah S.A.W banyak juga masjid dan surau yang membuat ceramah-ceramah dan tak kurang juga bacaan Yaasin dan tahlil bagi menyambut kehadiran tahun baru.

Malam sebelum masuknya tahun baru 2009, ramai yang mula berkumpul di kelab-kelab malam, tidak kurang juga berkumpul di konsert ambang merdeka bagi meraikan kedatangan tahun baru. Ada juga yang berkumpul bagi memeriahkan pesta sex di hotel-hotel mahupun di kediaman sendiri dengan diiringi pil-pil khayal, dadah serta minuman keras. Bukan apa yang aku kesalkan, tetapi sebahagian besar mereka yang diberkas mengikuti aktiviti tak bermoral ini adalah mereka yang beragama Islam yang baru sahaja menyambut tahun baru Hijrah yang sepatutnya mengambil iktibar dari peristiwa Hirah Rasulullah S.A.W dengan meninggalkan perkara maksiat yang terkutuk itu.

Tak perlu menuding salah dan silap. Memang semakin ramai manusia akhir zaman yang leka dengan permainan dunia yang sangat mengasyikkan membuatkan mereka terlupa dengan tanggungjawab kepada Pencipta dan rasulnya, kepada diri sendiri dan keluarga, pada agama, nusa dan bangsa.

Perkara seperti ini berlaku dalam satu negara yang dikenali dunia sebagai negara Islam. Satu tempat yang mudah untuk kedengaran azan, yang banyak suasana iman dan Islam, tetapi masih banyak lagi perkara yang sebegini berlaku. Perlu lagi untuk menyambut tahun baru ala kebaratan?


..