Friday, January 02, 2009

Ada Apa Dengan Sambutan Tahun Baru 2009

Back to back sambutan tahun baru. 1430H dan 2009 Masihi. Tapi cara sambutannya sungguh berbeza di antara satu sama lain.

Petang sebelum masuknya tahun baru Hijri, ramai yang berkumpul di masjid atau di surau mahupun di rumah untuk membaca doa akhir tahun selepas solat asar. Ini disambung pula dengan bacaan doa awal tahun selepas menunaikan solat fardhu maghrib. Bagi memperingati penghijrahan Rasulullah S.A.W banyak juga masjid dan surau yang membuat ceramah-ceramah dan tak kurang juga bacaan Yaasin dan tahlil bagi menyambut kehadiran tahun baru.

Malam sebelum masuknya tahun baru 2009, ramai yang mula berkumpul di kelab-kelab malam, tidak kurang juga berkumpul di konsert ambang merdeka bagi meraikan kedatangan tahun baru. Ada juga yang berkumpul bagi memeriahkan pesta sex di hotel-hotel mahupun di kediaman sendiri dengan diiringi pil-pil khayal, dadah serta minuman keras. Bukan apa yang aku kesalkan, tetapi sebahagian besar mereka yang diberkas mengikuti aktiviti tak bermoral ini adalah mereka yang beragama Islam yang baru sahaja menyambut tahun baru Hijrah yang sepatutnya mengambil iktibar dari peristiwa Hirah Rasulullah S.A.W dengan meninggalkan perkara maksiat yang terkutuk itu.

Tak perlu menuding salah dan silap. Memang semakin ramai manusia akhir zaman yang leka dengan permainan dunia yang sangat mengasyikkan membuatkan mereka terlupa dengan tanggungjawab kepada Pencipta dan rasulnya, kepada diri sendiri dan keluarga, pada agama, nusa dan bangsa.

Perkara seperti ini berlaku dalam satu negara yang dikenali dunia sebagai negara Islam. Satu tempat yang mudah untuk kedengaran azan, yang banyak suasana iman dan Islam, tetapi masih banyak lagi perkara yang sebegini berlaku. Perlu lagi untuk menyambut tahun baru ala kebaratan?


..

No comments: