Tuesday, August 05, 2008

Ada Apa Dengan AAdD

Alhamdulillah.

Semua yang dirancang selama 3 bulan telah pun menjadi kenyataan. Program Ada Apa de Desaru yang menyatukan semua batch keluarga Lambaian telahpun selamat dijalankan pada 2 dan 3 Ogos yang lalu.

Dengan bertemakan ukhuwah dah riadhah, program AAdD memang meninggalkan kesan yang mendalam pada hati setiap peserta. Penubuhan AJK Penaja Pertubuhan Alumni Kelba Lambaian Masyarakat membuktikan ukhuwah yang pernah terjalin sejak tahun 1997 bukanlah sesuatu yang mudah diputuskan. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semua pelaksana AAdD, Jawatankuasa Penaja @LAMBAIAN telah diwujudkan dan kini mula bergerak untuk mesyuarat agung tahunan yang pertama di Kuala Lumpur pada bulan November nanti.

Sebagai pengarah program AAdD, aku memang berasa seronok dan bangga dengan apa yang aku kecapi. Kejayaan program mengeratkan ukhuwah sesama ahli, kegembiraan yang terpancar dari wajah setiap peserta yang dapat bertemu dengan wakil batch dari tahun 1997 sehinggalaj 2008 memang sudah cukup untuk menghilangkan penat pengarah yang hanya tidur 4 jam dalam masa 3 hari. Berjumpa kembali dengan abang-abang dan kakak-kakak yang telah lama meninggalkan kelab termasuk adik-adik yang baru menganggotai kelab, aku rasa sungguh bertuah dapat bersama mereka di bawah satu payung keluarga lambaian. Satu rasa kebahagiaan yang tak ramai orang dapat rasai.

Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, yang membantu dari jauh maupun dekat dan bagi mereka yang sentiasa memberikan sokongan kewangan dan moral, tiada apa yang aku dapat ucapkan melainkan terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik anda.

Perfume for Today, Fragrance for Tomorrow

No comments: