Monday, July 05, 2010

Berpindah Jua...

Tajuk entry nak ala-ala akak Ziana Zain. Mentang-mentang la kak Ziana menang seratus ribu semalam. Tapi takpe aku tetap support Dayang. Forever and ever Dayang. Walaupun nombor 2.

Haa.. sekarang dah mudah nak tengok rancangan tv. Huhu. Memandangkan kontrak pembantu felo di KTC dah tamat tempoh pada 30 Jun 2010, jadi aku pun berpindah ke rumah kawan lama di Pulai Utama. Tak jauh mana pun. Selesa pun selesa. Kawan pun dah kenal 10 tahun.

By the way, masa kemas-kemas barang tu terasa jugak la sayu dan syahdu. Mode sentimental terkeluar pulak time tu. Bilik tu macam-macam kenangan. Dua tahun. Dengan budak-budak KLM, dengan budak-budak ABC, dengan budak alumni. Macam-macam yang best, yang tak best.. semua ada. Aku teringat last week aku ada berbual dengan Sport kat Zanmai. Apa yang dah terjadi pada aku selama dua tahun ni lebih membantu membentuk aku sebagai seorang aku pada hari ni. Bezanya aku hari ini dengan aku dua tahun lepas adalah kerana perjalanan selama dua tahun aku di KTC. Mungkin ada yang manis, mungkin ada juga yang pahit tapi bagi aku, aku tak menyesal walau apa pun yang berlaku. Semuanya aku terima untuk pembangunan dalam diri aku sendiri.

Apa pun, aku nak ucapkan berbanyak-banyak penghargaan kepada Pengetua KTC, Dr Yahya, felo-felo, rakan-rakan pembantu felo dan yang paling penting kepada semua warga KTC. Anda memberikan saya dua tahun yang sangat berharga.

Ma`as salamah.. Ilalliqo'

..

6 comments:

fai fai said...

x jumpe lg la kelibat abg azwar kt aras 1 nnt, aku bru dpt bilik 115 kt s43

Batu Bata said...

depan bilik aku tu...
eh.. bilik lama..

sYaza said...

abg azwar!!!alo..dah x jadik fellow dah....haruslah lepak KTC sokmo..agaggagagaggaga....

Batu Bata said...

syaza: dah pencen.. kalau ada jemputan adik adik.. nescaya org tua ni akan muncul.. hehhehehe

ayen =D said...

dekat sangat dh tu dengan char kuew tiaw.. sori la pakcik.. bz memanjang.. jalan2 cari makan tak terbuat2 pun.. huhuhu.. utk meraikan kedatangan pakcik ke pulai.. (tak memasal)

yup.. small thing (kadang2, grup of people) leh wat big thing (kadang2 pertambahan berat badan)... daaa

ShalleyaNna said...

pulai utama,,??alorh,,dekat nyer ai,,hahaha xD

agy dekat taman u,,kihkihkih