Monday, July 26, 2010

Tak best bila... tapi best jugak sebab..

Sejak sejak duduk luar ni ada beberapa benda yang tak berapa nak best tapi banyak yang best. Yang tak berapa nak best ialah aku makin banyak makan tetapi sangat kurang bersenam. Jadinya boleh lah dapat dihipotesiskan bahawa berat badan aku semakin naik. Walaubagaimanapun, pinggang aku masih lagi saiz 29. So tak berapa nak risau sangat. Relax.. relax.. jangan nak gelabah tak tentu pasal. Tapi, masih best jugak sebab makan minum terjaga. Maklum ada dapur yang proper dan lengkap dengan semua peralatan dan perkakas. Cukup juga bahan makanan segala gizi dari karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan serat. Semua cukup. Cuma kena pandai imbangkan je la..

Sejak duduk luar ni jugak tak berapa best sebab kena banyak drive. Kalau dulu lebih mudah kat KTC, sekarang kena bawak keta jauh sket nak pergi ke kampus. Tapi ada jugak yang best sebab kat rumah tu semua ada kereta, jadi kalau malam tu boleh gilir-gilir naik keta untuk g makan kalau makan kat luar. So, ada pro and con la. Apa pun kena pandai imbangkan.

Hari ni hujan.. tak best langsung. Sejuk, mendung dah macam autumn in my heart. Nak fikir untuk menulis pun idea tak keluar. Tapi yang bestnya, sepanjang pagi sambil mencuba mendapatkan ilham untuk penulisan aku mendengar lagu Khairul S. She's my princess. Nice gler.. Agak layan jugak la bila ada anak melayu buat lagu omputih yang boleh tahan sedapnya.

Bila fikir fikir balik.. dalam benda yang kita rasa tak best jadi dalam hidup kita, ada je benda best di sebaliknya. Macam mana kita nak rasa benda tu best ke tak.. pandai pandaila imbangkan..

Jap.. sebelum stop nak share dengan korang lirik lagu Khairul S *dicilok dari lagu Kamek Oghang Sayang Kitak*

Kamek Oghang Sayang Kitak
Lagu/Lirik: Khairul S.

O Ibu, kitak hanya satu,
Kurniaan tuhan yang diberi spesel gilak,
Tapi kamek sik tauk apa yang mauk
pada hari ibu

O Ibu, Apa kitak mauk?
Ibu, ibu, ibu,
Bagik tauk, kamek sik tauk
Mi Kolok 10 igik,
Memang sik cukop tuk kitak,

Sik ada pengganti kitak,
Rupa kitak pun da kacak,
Jasa keibuan kitak
Mengagumkan gilak

Kamek oghang cubak balas,
Carik idea dengan puas,
Tapi yang tok saja
Kamek oghang mampu molah

Aku rasa kalaulah aku ada bakat nak buat lagu.. aku akan buat lagu yang lahir dari hati macam ni. Just for my mother.


..

No comments: