Sunday, June 06, 2010

Aku Tak Nak Mengeluh

Mama selalu pesan pada aku, bukan senang nak jadi senang. Benda ni bukan saja applicable untuk thesis masters aku, tapi juga merangkumi semua aspek kehidupan yang lain. Begitu banyak dugaan dan cabaran dalam hidup. Aku pernah cakap pada seseorang sebelum ni, "Allah takkan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu untuk hadapi ujian tu". Aku pernah dengar ayat ni satu ketika dulu dalam tazkirah ringkas yang pernah aku hadiri.

Memang kadang-kadang aku rasa tak larat nak tanggung semua beban yang ada. Dari satu ke satu beban mendatang. Semuanya terpaksa aku hadapi satu persatu. Dengan ikhlas dan sabar. Dengan tabah dan percaya bahawa semua ini adalah dugaan Allah untuk aku bagi meningkatkan keimanan dan aku percaya dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik.

Namun, aku rasa sangat beruntung dikurniakan satu keluarga yang sangat kuat memberikan dorongan dan sokongan kepada aku yang tanpa mereka aku tak tahu apa yang akan jadi pada diri aku. Dan aku juga bersyukur dikurniakan seorang yang selalu ada untuk memberikan aku semangat. Orang yang setiap hari tanpa lelah mendengar dan mendengar segala yang perlu aku cakapkan. Mencari segala idea untuk menaikkan semangat dan menceriakan hidup aku walaupun aku tahu, jauh di dalam dirinya, dia juga menghadapi pelbagai bebanan hidupnya yang tesendiri.

Bukan mudah untuk menghadapi dunia ini. Tapi aku tidak akan mengeluh. I'll hold my head up high and walk through and live the day one day at a time. Hopefully, things will be better one day. I wish..


..

1 comment:

Aimi Ahmad said...

chayok2..!!abg azwa blh..!!