Friday, June 11, 2010

Mak cik Meena

Mak cik Meena memang merupakan orang asing bagi aku. Aku tak pernah kenal siapa mak cik Meena. Tapi aku tahu namanya. Meena.

Mak cik Meena memang seorang yang kuat berusaha. Aku tahu bukan mudah bagi mak cik Meena menyempurnakan tugasnya. Dengan 3 orang anak termasuk satu yang sudah mengikut jejak langkahnya iaitu Reena, tampak segala usaha mak cik Meena bagi menghasilkan terbaik untuk dirinya dan keluarga. Bukan mudah. Aku sadar, bukan mudah.

Tatkala usahanya mendapatkan hasil terbaik tidak menjadi, tergambar jelas riak sugul dan kecewa di wajah mak cik Meena. Aku tahu mak cik Meena kecewa. Tapi kekecewaannya segera dihindar ketepi. Dicuba lagi hingga berjaya. Tak kiralah jika ianya sekali, dua kali atau terpaksa dilakukan berkali-kali. Akan tetap dicuba. Tanpa putus asa. Mungkin motto hidup mak cik Meena adalah "Hidup mesti diteruskan".

Adik mak cik Meena Palavi mungkin lebih bernasib baik. Sepanjang aku melihatnya, Palavi selalu tersenyum. Memang nasib Palavi lebih baik. Usahanya selalu berhasil. Aku sedar juga, tak semua orang akan mendapat hasil yang sama pada usaha yang sama. Ada orang usahanya lebih, hasilnya kurang. Ada orang usahanya kurang.. tapi hasilnya lumayan.

Apa yang pasti, semua rezeki, jodoh, ajal dan maut ditentukan Allah. Kita hanya mampu berusaha. Dan berdoa. Ikhlas dan redha pada ketentuan Allah. Mungkin apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik. Ikhlas dan redha..


..

No comments: