Tuesday, August 03, 2010

Kenapa Tak Jogging

Setelah hampir empat bulan tak jogging, semalam aku akhirnya pergi berjogging di trek Mutiara Rini yang berbukit indah dan permai. Lama tak jogging. Aku pun dah lupa kenapa aku dah lama sangat tak jog. Kalau nak ikutkan dulu sekurang kurangnya dua atau tiga kali aku jog dalam seminggu yang merangkumi jarak sekitar 8 - 10 km.

Dengan semangat membara dan harapan stamina masih lagi seperti dulu. Kalau setakat 3 atau 4 km tu aku rasa biasa je la nak habiskan. Mula dengan kawasan berbukit aku start dengan normal pace. Aku tak suka nak jog slow slow. Kalau nak slow, baik jalan jalan je. Ye tak? Habis kilometer pertama aku dah rasa lain. Bukan masalah pernafasan, bukan jugak kemengahan sebab stamina tak ada. Tapi aku rasa sakit yang amat kat lutut kanan. Sakit yang macam aku pernah alami dulu.

Haaa.... Aku dah ingat kenapa aku tak jog dah lama. Aku kan injured kat lutut dulu. Last masa war game KP Naufal. Apasal la aku tak ingat yang aku kena berehat dari excercise kaki yang berlebihan. Padan muka aku. Dulu rasanya kena rehat 3 bulan. Tapi dah lepas dah durasi 3 bulan berehat tu. Nak gi tanya para doktor apa nasihat diorang pasal lutut aku yang satu ni. Nampak gayanya tak dapat la jog sepanjang bulan puasa. Nasib baik kat rumah dah ada bench untuk work out. Tapi masih tak seronok sebab tak boleh lari....Stress..


..

2 comments:

ayen =D said...

hisyh
seteruk itu kah
giler serius war game
tp betul la
war game tak serius tak best kan
dh dh
gi tny doktor!

Batu Bata said...

ni masa sebelum wargame ag kot. masa star v7 ada wargame, kp nopal ada wargame pastu sebelum tu pesta air pun ada.. doish.. sakit la plak lutut