Saturday, August 21, 2010

Jalan Cari Makan Ramadhan

Salam Ramadhan.

Dah sepertiga ramadhan barulah aku dapat berpeluang nak update blog ni. Aku harap bulan Ramdhan tahun ni akan jadi medan untuk kita meningkatkan amal dan harapnya lebih baik dari Ramadhan tahun lepas.

Tahun ke 3 aku di JB semula untuk Ramadhan. Mungkin orang kata Ramadhan ni masa untuk kawal nafsu, jangan banyak makan, dan sebagainya. Tapi bagi aku tak salah untuk sekali sekala menjelajah mencari makanan sebagai juadah berbuka puasa. Kalau orang yang kenal dengan aku, diorang mesti tau yang aku suka pergi mencuba pelbagai jenis makanan dan aku selalunya tau kat mana makan yang sedap.

Menu biasa aku untuk berbuka biasanya kuih dan buah-buah je. Biasanya lepas teraweh barulah aku makan nasi atau makanan berat yang biasanya aku beli di bazar Ramadhan. Sehari.. dua hari ok la tengok benda semua nak beli. Tapi masuk hari ke sepuluh ni, balik balik benda yang sama. Terbantut jugakla nafsu nak membeli kalau hari-hari tengok nasi beryani, nasi ayam penyet, nasi ambang, adoiyai... tak ada lain dah. Tapi sekali terdapat sup merah tulang kambing, rendang itik, siput sedut masak lemak... haa lain sket seleranya.

Aku ada terbaca ada beberapa tempat lagi kat JB yang aku tak pernah jelajah untuk makanannya. Antara yang paling aku tertarik tapi tak tau la sanggup ke tak ialah kari belangkas. Mungkin jugak cuma kari telur belangkas. Dengarnya kalau makan belangkas ni senang mabuk. Tah betul tah tidak. Tapi memang ada orang kat johor ni buka kedai kari belangkas. Aku tak pernah cuba. Tapi agak eksotik jugak la makanan ni.

Dalam sibuk kita cari makan kat bulan puasa ni, jangan la mudah terpengaruh dengan buffet ramadhan ni. Aku rasa nak hentak-hentak je kafir laknat yang usahakan hotel kat Malaysia ni. Nama hotel 5 bintang. Buffet Ramadhan. Tapi guna alkohol, ayam tak sembelih.. ya Allah apa nak jadi. Cara paling mudah untuk menggelapkan hati umat Islam. Makanan haram dan syubahah. Aku sokong betul usaha JAKIM membenteras orang yang cuba salahguna nama Ramadhan untuk mengaut keuntungan. Nasib baiklah Malaysia masih lagi ada orang prihatin macam JAKIM untuk cek status halal. Kot dekat England, US, Jepun.. Sedap sedap tekak makan luar kedai omputih. Memang la ko makan ikan, tapi penyediaannya tu ko yakin ke suci tak syubahah. Tapi yang lagi teruk bila ada orang Islam yang makan ayam atau lembu tak sembelih bila ada kat luar negara. Katanya darurat. Darurat kepala bapak dia lah.. Bodoh. Macam la tak ada benda lain nak makan kat England tu. Baik makan babi dari makan ayam tak sembelih. Sama je dosanya. Bukannya kat US tak ada orang Islam sembelih ayam. Kemon la aku pun pernah pergi obesi ni. Nak dengan tak nak je. Antara iman dan nafsu.

Cakap pasal nafsu, aku teringin nak makan popia kat bazar. Nak jugak cari lepat ubi. Susah nak dapat. Balik balik karipap, donat, puding.. ala buat la kuih susah sket. Nagasari ke, lepat ubi ke, bingka beras ke. Adoiyai.. kuih lama susah dah nak jumpa. Apa lagi kuih bakar cempedak. Makruh makruh.. puasa dulu..

Jom gi tadarus..


..

No comments: