Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni baik saja buat aku. Nak kata cemerlang tu aku tak rasa sangat. Ada lopang-lopang yang aku rasa boleh diperbaiki. Apa lopangnya, baik aku simpan sendiri supaya tak terbuka aibnya. Hahhahaha.
Bila puasa mesti la ada raya. Persiapan raya tahun ni aku ala kadarisman saja. Dengan status sebagai student tua tanpa bantuan kewangan, haaa.. tapi raya tetap raya. Seronok persiapan raya tahun ni pergi mencari barang dengan housemate terutamanya Apis. Ada jugak sekali kami berenam semua isi rumah pergi ke Angsana naik encik WaHaB untuk saja tengok kemeriahan orang membeli belah sambil kami membeli dan terus blah pada pukul 1 pagi. Haa.. meriah jugak kalau tunggu sampai pukul 1 pagi. Baju raya, kuih raya, alat perhiasan rumah dan macam macam lagi. Banyak betul yang ditawarkan masa musim raya ni. Hebat hebat..
Tahun depan barulah dapat jumpa lagi. Itu pun kalau ada rezeki ada umur dan masih dalam iman yang masih mahu beribadah di bulan Ramadhan. Akan aku rindui hari-hari tenang, malam-malam damai bersama. Akan ku tunggu bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Akan ku kenang segala kemeriahan persiapan menjelang raya.
Buat semua pengunjung yang beragama Islam..
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
..
1 comment:
penah gak gi angsana tengok saja.. beli makanan nk berbuka je.. hohoho.. giler horror..sesak sgt smpi pening kot.. tp tu timelapar la..
btw, smpi kol 1 pagi? waw! baru tau..
Post a Comment