Friday, July 30, 2010

Jom Bincang Maaruf dan Mungkar

Kebelakangan ni ramai sangat yang nak bercakap diri sendiri betul, orang tu salah, orang ni salah sampai berkait-kait dengan isu Quran dan Sunnah serta Hadis. Cuba menegakkan apa yang dirasakan betul sampai sanggup menggunakan ayat Quran walaupun sebenarnya dia tak lah sebetul mana. Well, betul atau tak.. aku tak nak cakap banyak sebab hal tu perkara yang aku rasa mudah diselesaikan.

Yang aku rasa sengat tercabar dan terpanggil nak menulis ni sebab aku rasa ada perkara yang sangat tak betul dalam hal ni. Cuba kita fikirkan bersama.

Seorang cina yang tak percaya pada keesaan Allah dan kebenaran Islam telah dengan suka suki mak bapak dia cakap.. "Dia *merujuk kepada seorang Islam* patut belajar mana maaruf, mana mungkar."

Seorang kafir yang tak percaya pada Allah dan agama Islam telah menasihatkan seorang Islam untuk belajar mana maaruf mana mungkar seolah-olah dia tahu yang mana maaruf, yang mana mungkar. Kalau dia betul tahu yang mana maaruf, mana yang mungkar dia sepatutnya tahu yang perbuatan tidak mempercayai Islam adalah mungkar. Perbuatan menyengutukan Allah adalah mungkar. Perbuatan minum arak adalah mungkar. Perbuatan makan babi pun mungkar. Dia sendiri pun bukan pengamal maaruf. Dan yang paling kejinya, ada jugak orang Islam yang sokong kafir ni dalam hal ni.

Yang mana sebenarnya maaruf.. yang mana mungkar..?? bukan lah tak boleh nasihat. Tapi kalau setakat menggunakan ayat Quran untuk menang kes tapi sebenarnya tak percaya pun pada Quran. Mempersendakan Quran. Dan ada orang Islam menyokong si kafir ni mempersenda Quran.

Mohon dijauhi dari sikap munafik dan musyrik..


..

Monday, July 26, 2010

Tak best bila... tapi best jugak sebab..

Sejak sejak duduk luar ni ada beberapa benda yang tak berapa nak best tapi banyak yang best. Yang tak berapa nak best ialah aku makin banyak makan tetapi sangat kurang bersenam. Jadinya boleh lah dapat dihipotesiskan bahawa berat badan aku semakin naik. Walaubagaimanapun, pinggang aku masih lagi saiz 29. So tak berapa nak risau sangat. Relax.. relax.. jangan nak gelabah tak tentu pasal. Tapi, masih best jugak sebab makan minum terjaga. Maklum ada dapur yang proper dan lengkap dengan semua peralatan dan perkakas. Cukup juga bahan makanan segala gizi dari karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan serat. Semua cukup. Cuma kena pandai imbangkan je la..

Sejak duduk luar ni jugak tak berapa best sebab kena banyak drive. Kalau dulu lebih mudah kat KTC, sekarang kena bawak keta jauh sket nak pergi ke kampus. Tapi ada jugak yang best sebab kat rumah tu semua ada kereta, jadi kalau malam tu boleh gilir-gilir naik keta untuk g makan kalau makan kat luar. So, ada pro and con la. Apa pun kena pandai imbangkan.

Hari ni hujan.. tak best langsung. Sejuk, mendung dah macam autumn in my heart. Nak fikir untuk menulis pun idea tak keluar. Tapi yang bestnya, sepanjang pagi sambil mencuba mendapatkan ilham untuk penulisan aku mendengar lagu Khairul S. She's my princess. Nice gler.. Agak layan jugak la bila ada anak melayu buat lagu omputih yang boleh tahan sedapnya.

Bila fikir fikir balik.. dalam benda yang kita rasa tak best jadi dalam hidup kita, ada je benda best di sebaliknya. Macam mana kita nak rasa benda tu best ke tak.. pandai pandaila imbangkan..

Jap.. sebelum stop nak share dengan korang lirik lagu Khairul S *dicilok dari lagu Kamek Oghang Sayang Kitak*

Kamek Oghang Sayang Kitak
Lagu/Lirik: Khairul S.

O Ibu, kitak hanya satu,
Kurniaan tuhan yang diberi spesel gilak,
Tapi kamek sik tauk apa yang mauk
pada hari ibu

O Ibu, Apa kitak mauk?
Ibu, ibu, ibu,
Bagik tauk, kamek sik tauk
Mi Kolok 10 igik,
Memang sik cukop tuk kitak,

Sik ada pengganti kitak,
Rupa kitak pun da kacak,
Jasa keibuan kitak
Mengagumkan gilak

Kamek oghang cubak balas,
Carik idea dengan puas,
Tapi yang tok saja
Kamek oghang mampu molah

Aku rasa kalaulah aku ada bakat nak buat lagu.. aku akan buat lagu yang lahir dari hati macam ni. Just for my mother.


..

Monday, July 05, 2010

Berpindah Jua...

Tajuk entry nak ala-ala akak Ziana Zain. Mentang-mentang la kak Ziana menang seratus ribu semalam. Tapi takpe aku tetap support Dayang. Forever and ever Dayang. Walaupun nombor 2.

Haa.. sekarang dah mudah nak tengok rancangan tv. Huhu. Memandangkan kontrak pembantu felo di KTC dah tamat tempoh pada 30 Jun 2010, jadi aku pun berpindah ke rumah kawan lama di Pulai Utama. Tak jauh mana pun. Selesa pun selesa. Kawan pun dah kenal 10 tahun.

By the way, masa kemas-kemas barang tu terasa jugak la sayu dan syahdu. Mode sentimental terkeluar pulak time tu. Bilik tu macam-macam kenangan. Dua tahun. Dengan budak-budak KLM, dengan budak-budak ABC, dengan budak alumni. Macam-macam yang best, yang tak best.. semua ada. Aku teringat last week aku ada berbual dengan Sport kat Zanmai. Apa yang dah terjadi pada aku selama dua tahun ni lebih membantu membentuk aku sebagai seorang aku pada hari ni. Bezanya aku hari ini dengan aku dua tahun lepas adalah kerana perjalanan selama dua tahun aku di KTC. Mungkin ada yang manis, mungkin ada juga yang pahit tapi bagi aku, aku tak menyesal walau apa pun yang berlaku. Semuanya aku terima untuk pembangunan dalam diri aku sendiri.

Apa pun, aku nak ucapkan berbanyak-banyak penghargaan kepada Pengetua KTC, Dr Yahya, felo-felo, rakan-rakan pembantu felo dan yang paling penting kepada semua warga KTC. Anda memberikan saya dua tahun yang sangat berharga.

Ma`as salamah.. Ilalliqo'

..