Friday, November 23, 2007

Ada Apa Dengan Minggu Penuh Dugaan

"Minggu tok memang bukan minggu kau lah. Ada jak musibah nimpak kau. Tapi sabar jak kau.. Semua tok ada sebab nya berlaku."

Begitulah kata-kata Budi bila aku ceritakan apa yang berlaku pada aku minggu ni. Macam-macam musibah yang datang melanda. Lepas satu-satu.

Ia bermula dengan pemergian salah seorang ahli keluarga terdekat hari Selasa lepas. Nenek Tiri aku *sebelah arwah ayah* kembali menemui penciptanya hari Selasa lepas pada pukul 4 ptg disebabkan penyakit kanser usus dan komplikasi dalaman. Mula dengan kurang gula dalam badan, anemia and at last doktor detect cancer in her usus. Walaupun dia cuma nenek tiri, tapi aku rasa aku dapat rasakan kehadiran dia sebagai nenek aku terutamanya dua tiga tahun kebelakangan ni. Hmm... walau apa pun, aku rasa aku tak ada regrets. At least aku ada kenangan dengan Nek Eton *as what i used to call her*. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang yang diredhai.

Minggu ni jugak, kereta aku kena langgar dengan forklift kat Seong Henng factory in Rawang. Rasa cam nak meraung je. Nasib baik tak teruk. Tapi yang hangennya, pemandu forklift tu tak mengaku. Rasa cam nak tumbuk je muka. Tapi takpe, kalau dia tak nak mengaku aku akan tuntut di akhirat. Yang pasti, CCTV yang besar dah rakam apa yang ko buat. Tapi, rasa membakar kat dalam hati tu memang terasa sebab kereta sendiri beb. Walaupun tak seberapa tapi tetap kereta aku. *meraung jap*

And yesterday, laptop aku pulak stop functioning. Giler lah.. Suma macam nak kena pakai duit. Bila fikir balik.. Ada je musibah yang datang. Ada je asbab untuk aku keluarkan duit macam kifarah. Apa pun kita kena redha dengan apa saja dugaan yang datang. Tuhan akan sentiasa uji kita. Kesusahan adalah dugaan, kesenangan adalah ujian. Kemiskinan adalah dugaan, kekayaan adalah dugaan. Dugaan untuk mengingatkan kita kepada DIA yang Maha Pencipta. Moga aku tabah dalam mengahadapi segala dugaan mendatang...

Wednesday, November 14, 2007

Perhatian

Kepada orang yang suka mengganggu aku dengan fitnah-fitnah berunsur lucah, aku harap ko dapat berhentikan tohmahan dan fitnah tu. I think you are pathethic

Nonetheless... Aku tak akan teragak-agak untuk melaporkan apa yang ko tulis pada pihak polis untuk diambil tindakan.

Anas,
I will never be attracted to you sexually. Not in this life.. and not even the next life. Bawak-bawak lah bertaubat...

Saturday, November 10, 2007

Ada Apa Dengan Claret dan Cincau

Perkataan-perkataan di atas adalah perkataan yang dieja dengan betul. Cuma aku akan cerita macam mana boleh timbul perkataan tersebut untuk entry aku hari ni.

KLM, kelab yang aku join masa aku belajar satu masa dahulu nak buat satu club outing yang pertama selepas 10 tahun penubuhan. Yelah, dah ramai senior kelab yang dah grad, jadi memang dah sampai masa untuk berkumpul untuk mengenali keluarga lambaian. Setakat ni pun yang selalu berjumpa hanyalah bebudak di bawah pemerintahan 3 pengarah iaitu Adam, Atok dan Wak. Bebudak len dari pemerintahan Abg Ari dan bebudak junior memang dah tak contact langsung.

Bagi tujuan mengadakan outing ni, kami tenaga penggerak pun pergilah untuk berbincang pasal penginapan, makanan, bajet, aktiviti dan lain lain lagi. Tenaga penggerak yang dimaksudkan ialah aku, Ayu, Atok, Wak, Syila, Nogy dan Rozza. Tapi camana lak ada kena mengena dengan claret dan cincau.

Begini...

BatuBata: Ada tak sesiapa yang pandai main gitar? Kalau ada leh bawak gitar nak main malam tu. Aku tak pandai.
Syila: Dalam ramai-ramai tu mesti ada yang boleh kot..
BatuBata: Wak, ko boleh?
Wak: Tak reti aku..
Atok: Kalau aku claret boleh la *sambil memainkan tangannya seperti baby main cak cekur*
Ramai-ramai: Pebenda claret..??
BatuBata: Tu kastinet lah...

*perkataan baru claret = kastinet*

Lepas tu kitorang gi main boling

Nogy: Markah ni 104, markah kak Nogy 101. Kiranya cincau-cincau lebih kurang sama je lah.
BatuBata: Cincau-cincau..??
Atok: Cincau apa Jek?
Nogy: Cincau-cincau je lah markah kira sama..
BatuBata & Atok: wei.. cincai-cincai lah.. mana ada orang cakap cincau-cincau..

Sian Kak Nogy.. nak sangat minum air cincau kot..

Saturday, November 03, 2007

Ada Apa Dengan Minggu Penat

It has been a hectic week. Sungguh memenatkan.

With reports due to be submitted, having to run here and there to oversee things with contractors and suppliers and other third party people. Lunyai badan. Rasanya mati sebelum tua ni esok badan ni.

Btw, i am now in Melaka. Ada keja sket kat Air Keroh. Alang-alang dah balik Melaka, i spent the weekend at my mothers place. Kebetulan pulak my pak teh ada buat open house. So, gi umah dia and helped with a few things. Saja nak meramaikan majlis.

Ni gambar aku dan kazen yang kepenatan.




Minggu yang penat.

Ada Apa Dengan Pot Luck Aidilfitri

Seperti yang aku janjikan aku akan menceritakan tentang potluck yang aku buat last week. Last Saturday, what date eh..27th Oct, satu potluck untuk meraikan Aidilfitri dah pun diadakan kat umah aku di Shah Alam. Pot luck ni pun hanya untuk bebudak Lambaian. Saja nak berkumpul balik lepas dah sekian lama tak berkumpul. So nak dijadikan perjumpaan tu lebih menarik, kitorang pun setuju untuk buat pot luck.

Ramai jugak bebudak lambaian yang datang. Yang dari KL, dari JB dari Jepun pun ada. Apa pun, memang happening sebab ada lebih kurang 30 orang yang datang untuk join the small gathering which later is not considered as small lagi dah.

Anyway, i would like to thank everyone yang datang bawak makanan, yang tolong kemas rumah sebelum majlis dan kemas rumah selepas majlis, yang tolong menghabiskan makanan, yang tolong memeriahkan suasana dan yang penting, kerana masih menjadi keluarga Lambaian. *Special thanx to adik yang tolong jadi co-host the other day*.



Antara makanan yang disediakan diatas hamparan pua kumbu.