Saturday, November 10, 2007

Ada Apa Dengan Claret dan Cincau

Perkataan-perkataan di atas adalah perkataan yang dieja dengan betul. Cuma aku akan cerita macam mana boleh timbul perkataan tersebut untuk entry aku hari ni.

KLM, kelab yang aku join masa aku belajar satu masa dahulu nak buat satu club outing yang pertama selepas 10 tahun penubuhan. Yelah, dah ramai senior kelab yang dah grad, jadi memang dah sampai masa untuk berkumpul untuk mengenali keluarga lambaian. Setakat ni pun yang selalu berjumpa hanyalah bebudak di bawah pemerintahan 3 pengarah iaitu Adam, Atok dan Wak. Bebudak len dari pemerintahan Abg Ari dan bebudak junior memang dah tak contact langsung.

Bagi tujuan mengadakan outing ni, kami tenaga penggerak pun pergilah untuk berbincang pasal penginapan, makanan, bajet, aktiviti dan lain lain lagi. Tenaga penggerak yang dimaksudkan ialah aku, Ayu, Atok, Wak, Syila, Nogy dan Rozza. Tapi camana lak ada kena mengena dengan claret dan cincau.

Begini...

BatuBata: Ada tak sesiapa yang pandai main gitar? Kalau ada leh bawak gitar nak main malam tu. Aku tak pandai.
Syila: Dalam ramai-ramai tu mesti ada yang boleh kot..
BatuBata: Wak, ko boleh?
Wak: Tak reti aku..
Atok: Kalau aku claret boleh la *sambil memainkan tangannya seperti baby main cak cekur*
Ramai-ramai: Pebenda claret..??
BatuBata: Tu kastinet lah...

*perkataan baru claret = kastinet*

Lepas tu kitorang gi main boling

Nogy: Markah ni 104, markah kak Nogy 101. Kiranya cincau-cincau lebih kurang sama je lah.
BatuBata: Cincau-cincau..??
Atok: Cincau apa Jek?
Nogy: Cincau-cincau je lah markah kira sama..
BatuBata & Atok: wei.. cincai-cincai lah.. mana ada orang cakap cincau-cincau..

Sian Kak Nogy.. nak sangat minum air cincau kot..

1 comment:

Anonymous said...

lawak siut..wakakaka..