Tuesday, October 03, 2006

Bah dan Pantai

Apa sebenarnya yang gua nak tulis hari ni, gua sendiri pun tak tau. Gua masih pening lagi ni. Mungkin sebab banyak sangat tido. Mungkin jugak sebab stress yang tak terkawal. Tak kerja pun stress ke..??

Gue pergi jeti lagi. Nak tengok ada harapan ke tidak untuk kitorang pergi berlepas ke Fairley 4. Langit masih gelap. Walaupun tak hujan, tapi angin masih bertiup kencang. Aku tau harapan untuk ke platform masih samar-samar sampai hari ni. Tapi aku masih bersyukur, aku masih lagi ada tempat untuk berteduh dan berlindung. Melalui berita Filipina semalam, aku dengar ramai juga yang maut akibat taufan yang melanda. Tahla, I think I just have to wait and see. Bila semua dah reda, barulah kitorang boleh pergi.

Ralit jugak bila tengok pantai di muara Sungai Belait. Betul kata pepatah orang tua-tua, sekali air bah, sekali pantai berubah. Bila ombak kecil datang sekalipun, kita boleh tengok macam mana pasir yang membina pantai berubah kedudukan. Tapi bila gua perhatikan jeti pulak, gua rasa, walau sekuat mana bah yang melanda, jeti tu takkan berubah. Pantai yang diliputi oleh lapisan konkrit dengan asas yang kukuh, agak sukar bagi air bah untuk memusnahkan pantai sebegitu.

Bila gua fikir-fikir balik, manusia juga sama seperti pantai.

Jika prinsip manusia hanya berlandaskan pepasir di pantai, mana mungkin dapat bertahan sekiranya air bah datang melanda. Mungkin, jika hanya dilalukan air tanpa bah sekalipun, pepasir pantai yang menjadi kubu insan tersebut akan musnah. Namun, jika pendirian manusia itu berteraskan kubu konkrit bak binaan jeti, bisakah berubah hanya dengan kehadiran air bah?

* I think you are made out of sands. Pegangan yang tidak kuat menggoyahkan pendirian tatkala bertemu seorang yang kau rasa lebih sempurna. I wish u enough.*

From Bila Harus Memilih,

Meski cintaku padamu
Lebih dari yang kau tahu
Namun mengerti kasih tak semudah itu
Melupkan yang telah kau lakukan padaku.

No comments: