Tuesday, April 12, 2011

Haih..

Kalau sebelum ni aku cuma mulakan entry dengan mengeluh dan aku rasa mengeluh di permulaan netry adalah sesuatu yang sangat tak sihat. Tapi hari ni aku sendiri tak tahu apa tajuk yang paling sesuai untuk ditulis yang dapat menggambarkan siapa aku pada ketika ni. Jadi aku terus meletakkan keluhan sebagai tajuk entry aku kali ni. Yeah.. aku wajar mengeluh. Cumanya adakah keluhan ni akan menjadi keluhan panjang atau hanya seketika.. hanya aku yang berhak menentukannya.

Aku masih ingat lagi hari aku kehilangan ayah. Well somebody told me that i can never lose my own father as when he passed away he will still stay in my heart. Tapi, hari ayah pergi meninggalkan aku, aku rasa kosong. Dunia berhenti sekejap. I never got to say a proper goodbye. Walaupun aku yang mengimamkan solat jenazah dan akhirnya mengebumikan jenazah. Tapi aku rasa itu masih belum cukup sebagai ucapan selamat tinggal yang sempurna untuk ayah. Banyak lagi benda yang aku rasa aku perlu buat untuk balas jasa ayah. Tapi apa pun yang aku buat sekarang, ayah takkan tahu. He can never see me do things anymore. He will never be able to see my appreciation towards him on the things he had done for us.. for me.

Sejak hari tu, aku cuba untuk sangat menghargai setiap orang yang aku kira penting dalam hidup aku. Tak kiralah samada dengan orang yang bertalian darah dengan aku mahupun orang yang tiada kaitan darah dengan aku.

Aku pernah dengar satu ketika dulu:
"Bukan senang untuk satu orang untuk suka kita. Apa lagi untuk kita disayangi dan dihargai. Dan bila kita dihargai, hargailah orang tu sebaik-baiknya"

Aku rasa betul jugak ayat orang tu. Untuk aku suka kat satu orang kadang-kadang bersebab. Sebab orang tu baik dengan kita, sebab orang tu cantik dan berbagai-bagai sebab dan alasan bodoh yang kadang-kadang tak boleh diterima akal tapi sebagai manusia, kita buat jugak benda tu. Jadinya kita kena terima yang kita mungkin akan suka seseorang bersebab. Tapi ada juga kalanya kita akan suka seseorang tanpa sebab. Kenapa kita sangat sayang pada seseorang, atau kenapa kita sangat hargai seseorang tu, kita sendiri pun tak tahu. I guess that is a better reason to love. Just imagine that u loved someone for no other reason but for love. How sweet..

NOT.

I think i better stop here. Before i start to write hurtful things that i know i am capable of and perhaps i would later regret. Maybe. Or perhaps maybe not. But yet, i think i should stop now.

Smokie Norful is on. Thank you for being there for me.


..

2 comments:

aimi said...

hidup perlu diteruskan walau ape pn halangan yang datang~jangan mengeluh yee abg azwa~ CHAYOK..!!

MISS SUE said...

Hi azwa. Dah abes study ker?Erm macam so stress jer. Teringat dulu2 kat Cubic aku tgk ko senyum manjang. Hahahha. Whatever happened life must go on bro. Yang pergi tetap pergi, sesungguhnya orang-orang yang pergi dulu dari kita disayangi oleh NYA. Gud Luck Bro!