Thursday, June 21, 2007

Labbaikallah...

Haaa... hari ni seperti yang telah dijanjikan, gua akan mengupdate gambar-gambar gua serta perkara yang berlaku semasa gua mengerjakan umrah baru-baru ni. Bukan apa share pengalaman. Mana tau lepas tgk gambar-gambar yang ada dan selepas gua cerita sesikit ni korang terbuka hati nak gi pulak kan. Tapi yang penting.. gua memang nak pergi lagi. Uik macam tak kena kan.. Saya akan ke Makkah lagi. huhhu

Ni gambar masa kitorang kat Madinah. Pakej yang kitorang ambil ni masuk Madinah dulu walaupun sebenarnya lebih afdhal kalau kita ke Makkah dulu. Tau kan kita memang lebih afdhal buat Haji Ifrad berbanding Haji Tamattu` sebab kita ziarah Makkah dulu sebelum Madinah. Tapi takpelah. Dah rezeki kitorang nak ziarah madinah dulu.



To be honest, solat sunat saya yang pertama di Masjid Nabawi, saya memang tak percaya yang saya cuma beberapa langkah saja lagi dari makam insan yang digelar kekasih Allah, Muhammad SAW. It is not actually beberapa langkah sebab dari Babul Malik Fadh ke makam Rasul SAW tu lebih kurang 500 kaki jaraknya. Sebenarnya saiz sebenar Masjid Nabawi yang dibina pada tahun pertama Hijrah adalah cuma 30 hasta x 70 hasta. Tapi sekarang, masjid yang tersergam indah ditengah-tengah kota Madinah ini boleh memuatkan beratus-ratus ribu jemaah kalau tidak berjuta.

Babul Malik Fadh ni adalah salah satu dari berpuluh pintu yang ada di Masjid Nabawi. Pintu ni adalah pintu yang paling biasa kami lalui sebab paling dekat dengan hotel. Kalau masuk dari arah Baqe`, yang paling dekat adalah beberapa pintu seperti Babul Bqe`, Babul Jibrail, Babul Bilal atau Babul Nisa`. Kalau perempuan, diorang boleh masuk ikut certain pintu. Babul Uthman, Babul Jibrail just to name a few. Berbeza dengan Makkah, bila semua orang boleh masuk ikut mana-mana pintu yang diorang suka. Tapi yang paling afdhal, kat Masjidil Haram mestilah Babus Salam.

Selama kitorang kat Madinah, ada jugak ziarah-ziarah yang kitorang buat. Starts with masjid Quba`, masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW semasa hijrah dari kota Makkah ke Madinah *dikenali dengan nama Yathrib ketika itu*. Semasa hayat Rasulullah SAW, Baginda memang selalu ke Masjid Quba` walaupun sudah menetap di Madinah. Memang menjadi kebiasaan jemaah haji mahupun umrah untuk sekurang-kurangnya menunaikan solat sunat di Masjid Quba` ni.


A picture of me in front of masjid Quba`

Selain Masjid Quba`, kami juga pergi menziarahi beberapa tempat bersejarah seperti percetakan Al Quran terbesar di dunia *dipengerusikan oleh imam Masjid nabawi ketika ini*, tempat berlakunya perang Khandak, dan juga jabbal Uhud tempat berlakunya peperangan Uhud di antara kaum Mu'minin dengan kafir Quraisy di mana pada peperangan inilah gugurnya syuhada Hamzah Asadullah hasil serangan hendap pelembing yang diupah oleh Hindun.

Seriously saying, i can't describe the feelings when i was there. You are actually at the same place where Rasulullah SAW and his sahabats were. Kinda.. i dunno how to describe.


Kami sekeluarga berlatarbelakangkan Jabbal Uhud.

Saya di madinah hanya untuk 3 hari. Pada Zuhur hari ketiga, kami menuju Makkah menggunakan bas yang mengambil masa selama lebih kurang 6 jam perjalanan. Setelah melakukan ziarah wada' kami menuju Makkah.

Memandangkan kami dari Madinah, tempat yang paling sesuai untuk kami bermiqat adalah Bir Ali. Jadi kami berhenti seketika di Masjid Bir Ali untuk solat sunat serta bermiqat. Perjalanan ke Makkah diteruskan selepas itu dengan laungan memuji Allah yang dipanggil Talbiah.

Kami sampai di Makkah hampir 11 malam. Setelah mengalas perut dengan apa yang ada, kami terus menuju Masjidil Haram yang cuma 5 minit perjalanan dari hotel untuk mengerjakan umrah kami yang pertama. Tak sanggup rasanya nak simpan ihram lama-lama takut nanti terlanggar 13 perkara, kena dam. Ni bukan dam haji..dam ihram.

Agak nervous juga bila akhirnya menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram. Terdetik dalam hati bahawa selama aku belajar inilah hala solatku. Kaabah. Tak aku sedari menitis air mata tanda kerdilnya manusia tatkala terlihat kuasa yang maha esa. Hati makin sayu melihat ribuan umat Islam dari pelbagai warna kulit dan rupa beribadah dengan pelbagai cara dari tawaf, solat, berzikir, membaca al Quran, semuanya mempunyai niat yang satu. Mengesa Allahu rabbi.

Lapan hari di Makkah banyak mengajar aku erti kesabaran, kasih sayang dan bersyukur atas nikmat Allah. Tetapi yang paling terpahat adalah betapa Allah maha berkuasa dan menghendaki atas sesuatu sedang manusia hanya mampu berserah atas segala kekuasaan Allah.



Dalam keadaan berihram setelah tawaf di hadapan Baitullah

Doaku hanya satu. Janganlah jadikan tawaf wada'ku sebagai tawaf terakhirku. Dan jika aku ditakdirkan mati, Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadamu.

1 comment:

-sha- said...

sALAM

tAHNIAH KERNA BERJAYA DAN DIPILIH ALLAH MENJAI TETAMUNYA...

BERSYUKURLA ATAS SETIAP NIKMAT KURNIANNYA...

TERIMA KASIH ALLAH