Monday, June 18, 2007

Ada Apa Dengan Tangan Berbungkus



Encik-encik dan puan-puan sekalian.

Setelah sekian lama gua tidak menghapdet tetiba kali ni gua menghapdet dengan gambar tangan yang berbungkus. Nak tau kenapa?

Pada satu hari minggu lepas tangan gua telah terkena bahan yang tajam srta merta mengeluarkan darah yang teramat banyak sekali. Lebih kurang dalam 4 kitchen towels rasanya. Jadi setelah dengan sabar mengharapkan darah berhenti, tapi nampak gayanya tak berhenti.

Jadi pada keheningan malam sedingin salju lewat 1 pagi, terpaksalah gua dengan hanya satu tangan driving mencari klinik 24 jam yang terdekat. Nasib baiklah tak jauh sangat. Sampai kat klinik, gua terus di jahit oleh doktor. Tangan gua eh.. bukan benda lain pulak.

Anyway, korang tengoklah sendiri betapa tangan gua dibalut selepas tu. Skrg ni pun masih berjahit tapi dah tak berbalut ah. Nak buat camana, dah rezeki. Terpaksalah balik kampung untuk kenduri tahlil ayah dengan drive menggunakan satu tangan. Gigih seorang anak mengenang jasa ayah yang telah terlalu banyak berkorban untuk membesarkan anaknya yang agak dajal ini.

Nanti gua apdet gambar gua kat mekah dan madinah...

No comments: