Aku penat. Sangat penat. Aku tau tak baik mengeluh atas semua kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Tapi aku rasa memang cukuplah. Aku dah sangat penat. Kalau mereka minta aku hormati cara dan keputusan mereka, aku juga minta mereka hormati keputusan dan hak aku. Aku tau aku pernah ada tenaga luarbiasa. Punya keinginan dan semangat yang tak biasa orang punyai. Ah, sudahlah. Rupanya ada yang menganggap aku mahukan kuasa mereka. Walhal apa yang dibuat hanyalah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Biarlah. Aku dah penat.
Aku tak dapat apa pun dari kuasa tu. Aku tak nak pun kuasa tu. Ah.. aku malas nak cakap. Aku penat.
Sungguh indah kicau kedidi,
Nyanyian merdu hiasan hutan,
Puas sudah ku tabur budi,
Tuba juga balasan tuan.
p.s. tengs pada usop. Video tu sekurang-kurangnya mengurangkan penat aku. tengs jugak pada dilah dan intan yang mengajar aku membezakan kaca dan berlian.
..
Wednesday, September 29, 2010
Tuesday, September 07, 2010
Ramadhan Ini
Sedar tak sedar dah nak habis Ramadhan tahun ni. Sekejap je rasa dah habis dah sebulan bulan puasa. Masih ingat lagi kalau kecik kecik dulu selalu countdown bila nak habis puasa. Walhal baru first day. Terasa tekanan gak la waktu kecik nak habiskan sebulan puasa.
Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni baik saja buat aku. Nak kata cemerlang tu aku tak rasa sangat. Ada lopang-lopang yang aku rasa boleh diperbaiki. Apa lopangnya, baik aku simpan sendiri supaya tak terbuka aibnya. Hahhahaha.
Bila puasa mesti la ada raya. Persiapan raya tahun ni aku ala kadarisman saja. Dengan status sebagai student tua tanpa bantuan kewangan, haaa.. tapi raya tetap raya. Seronok persiapan raya tahun ni pergi mencari barang dengan housemate terutamanya Apis. Ada jugak sekali kami berenam semua isi rumah pergi ke Angsana naik encik WaHaB untuk saja tengok kemeriahan orang membeli belah sambil kami membeli dan terus blah pada pukul 1 pagi. Haa.. meriah jugak kalau tunggu sampai pukul 1 pagi. Baju raya, kuih raya, alat perhiasan rumah dan macam macam lagi. Banyak betul yang ditawarkan masa musim raya ni. Hebat hebat..
Tahun depan barulah dapat jumpa lagi. Itu pun kalau ada rezeki ada umur dan masih dalam iman yang masih mahu beribadah di bulan Ramadhan. Akan aku rindui hari-hari tenang, malam-malam damai bersama. Akan ku tunggu bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Akan ku kenang segala kemeriahan persiapan menjelang raya.
Buat semua pengunjung yang beragama Islam..

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
..
Subscribe to:
Posts (Atom)