Friday, January 29, 2010

Golongan Manusia

Selamat Hari Jumaat.

Aku suka hari jumaat. Sebab, hujung minggu tak keja. Hujung minggu boleh buat kerja yang aku suka. Dan Jumaat juga banyak input muhasabah diri. *Terima kasih kepada Meun*

Hari ni aku nak berkongsi 7 wasiat yang telah diturunkan.


· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

Renungkanlah kita ni dari golongan yang mana. Kalau kita ada terdiri dari golongan yang disebutkan, kita masih lagi boleh berubah untuk memperbaiki diri. Sama-sama lah kita berusaha untuk mendapat keredhaanNya. Pesan-pesan kepada kebaikan pada hari Jumaat.


..

1 comment:

ayen =D said...

hari jumaat seolah-olah hari yang teratur.. hmm..

yang last tu, dlm kata lain, dok pk apa orang kata je lebih.. wlupun sebenarnya Allah 'kata' "bagus.. " huhuhuhu.. tol tak?