Monday, March 22, 2010

Terima Kasih Adik Adikku

Setelah lama, aku terpanggil balik untuk menulis blog aku.

Banyak entry yang aku tak update. Dari malam ABC, getaway dengan alumni dan adik-adik ke Batu Layar, Pesta Air dan macam-macam benda yang berlaku pada aku sejak aku tak aktif memblog. Tapi apa pun, aku masih lagi di sini. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini.

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan bagi aku. Ahad, 21 Mac 2010. Agak tak adil kalau cuma nak cakap penat. Malam semalam jugak adalah satu malam yang akan aku kenang sebagai malam yang sangat bermakna dalam hidup aku.

Malam retro night adalah malam dinner bagi meraikan adik-adik final year yang akan grad tak lama lagi. Tahun ni, Poka dan gengnya diberikan tanggungjawab. Good job, well done to all. Semua usaha menampakkan hasil yang sangat baik. Flow program, makanan, aktiviti, persembahan and almost everything was indeed well choreographed. Pat on the back for everyone. Tapi bukanlah hanya jamuannya yang membuatkan aku terharu. *i've typed like 4 or 5 different sentence but still i deleted it. I dont know how to put it in words.*

No need the details on what happened. Aku cuma nak ucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua adik-adik yang menghargai kehadiran aku di KLM. Mungkin tak semua, tapi yang penting, aku dah tau yang aku punya kalian semua. Adik-adik tersayang yang bersama-sama aku melalui hari suka, duka, tawa dan tangis sebagai ahli Kelab Lambaian Masyarakat.


"Takkan terpisah oleh waktu"


Thank you everyone.

p.s. nyum, entry kali ni aku dedicate untuk ko.
..