Thursday, January 07, 2010

Seminggu Selepas Tahun Baru

Selamat tahun baru 2010 kepada semua. Haih.. belum lagi terlewat rasanya untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Harapnya semua akan dilimpahi rahmat dan diberikan kesihatan serta kebahagiaan hendaknya. Amin.

Tahun baru bagi aku sama saja. Tak join pun sambutan countdown ke apa. Malas nak bersesak-sesak dengan perangai orang yang belum tentu orang. Lebih bagus lepak kat bilik baca buku atau jurnal. Dah nak sampai hujung pembelajaran ni kena extra sket. Tapi malam new year tu aku tak stadi sangat pun. Aizat dan cipun datang lepak kat bilik. Saja berborak. Sambil tunggu sport sampai dari KL. Yeah Sport came with Usop, Afiq and Roza. Ada program sket alumni dan kelab lambaian masyarakat.

Permulaan tahun dimulakan dengan pertandingan KLM super bowl di Danga City Mall, JB anjuran KLM. Agar seronok sebab ramai gak alumni yang turun. Sport, Roza, Usop, Wak, Anep, She, Fizah, Din, Syila and a whole lot of adik-adik. Kalau aku tak silap lebih 60 orang gak la yang ada hari tu. ot bad for first program by new appointed MT. Well, bowling is definitely my game. Macam makan nasik je. I won. Hahhaha. Individual first place, high game for male category and my team bagged 3rd place. Tak ada saingan. Second place was Aizat, budak yang selalu aku sayurkan kalau lawan bowling. Well, sayur is at number 2, just imagined who won the wooden spoon category.. untuk yang paling banyak masuk longkang.




Nilah kami semua. Kredit kepada bad dengan kamera tali lebarnya membolehkan kami menyimpan kenangan sebagai satu family di Danga City Mall. Well, that night kitorang ada pot luck at Adam's house. Adam dan kak Ez buat laksa and ayam bakar and rojak buah, aku buat pasta, adik-adik KLM bawak sate, afiq bawak ice cream and banyak gle makanan la. We enjoyed ourselves. Takde apa yang tak seronok kalau dengan KLM. Tapi aku seronok main dengan Aqil dan Amar anak-anak Adam. Makin comel diorang 2 ni. Nakal tapi best.

The next day was futsal. Ok kat sini tak nak cerita banyak. Futsal will never be my game. Gelak la puas-puas tengok aku main futsal wahai korang semua. Haha. But my team eventually dapat nombor 5. Apparently, we only have 6 teams competing. Kesian kat team aku. Dapat pemain cam aku. But hey, it was super fun. Seriously fun.




Me and Amar. Me trying to bite his nose. Cute eh.. Nak main dengan anak buah sendiri tak dapat, tah dia kenal ke tak pak cik dia ni. Bila la nak balik dari England tu. Nasib baik ada anak Adam. Tunggu anak sendiri lah pulak nampaknya pasni. Whoot.. statement bahaya.


..

1 comment:

Aimi Ahmad said...

yuhuuu..statement bahay dibwh..hihi~