Friday, January 15, 2010

Tazkirah Jumaat Sket

Kadang-kadang ada benda yang di tulis kat blog ni tapi tak sempat. Pastu bila nak diingat balik dah rasa tak berapa nak fresh lagi cerita-cerita tu. Walhal orang bukan tau pun fresh ke tak kan..

Apa yang penting, hari ni aku tertarik pada satu petikan yang dipost oleh seorang student UTM kat Facebooknya. Mungkin yang lain tu aku omit, tapi perenggan akhir petikan tu aku nak kongsi dengan korang semua.


"Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah."

Baru semalam aku terlibat dalam satu perbincangan maya dengan Aizat dan Hazwan tentang perihal anak dan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Entah kenapa bila tiba pada hal ibu bapa aku agak defensive. Mungkin setelah apa yang terjadi kepada aku personally.


..

1 comment:

ayen =D said...

perbincangan maya yang ilmiah dan memberi makan rohani.. umpph