Monday, April 27, 2009

Ada Apa Dengan Kunjungan Ke Rengit

Dah lama sebenarnya aku nak update blog aku pasal ni. Tapi dengan kehadiran kerja yang membusut, membukit dan kini menggunung lalu mengeverest, aku terpaksa berhenti seketika. Walaupun dah tulis tapi separuh jalan terpaksa di tulis semula sebab mengikut keadaan semasa.

Anyway, 26hb April, aku, Ude, Kejan, Nafisah, Hanem, Ikin dan Fara telah berkonvoi ke Rengit untuk kenduri kawan kitorang iaitu wak. Kawin gak wak dengan shi. Dah sampai seru kan wak. Apa lagi nak tunggu.

Seronok gak kali ni. Ramai giler yang datang. Chuck n Sore, Atuk n Eni, Adam n Ezi dan beberapa familiar faces from my studying days. Ok ye la, sekarang pun tengah study lagi. Tapi ni masa muda sket dulu. Tahun 2001/2002 gitu la.

Thank wak sebab jemput kitorang kenduri ko. Terimalah hadiah tak seberapa dari kitorang tu ye. Al maklum, kami masih student. Hahhahha. Apa pun, makan kat umah ko memang best. Bak kata orag Kuching, nyamannn...

Nak tulis banyak pun tak guna. Ni ada satu gambar beramai-ramai untuk tatapan semua.



Selamat Pengantin Baru Wak n Shi..


..

Monday, April 20, 2009

Ada Apa Dengan Tikus Cerdik

Hari ni nak cerita sket pasal tikus.

Kat dalam lab ni ada tikus. Hahhahha.. yes. Ada tikus. Dua ekor la kalau tak salahnya. Sebab sebelum ni pun aku pernah tengok 2 ekor tikus tu. Patutla cokelat aku yang aku tinggalkan dalam lab selalu je hilang.

Last month rasanya dah tertangkap seekor. Bebudak dalam lab ni letak perangkap tikus dalam lab dengan umpan ayam masak merah. Merasalah Piya berkongsi makanan dengan tikus hari tu kan. Tapi motifnya terjawab. Seekor tikus tertangkap. Aku pun tak sure siapa yang buang tikus tu sebab dengarnya bila diorang datang lab pagi tu, tikus tu dah mati. Mungkin tak tahan pedas kot. Ye lah kitorang pun tak sediakan air kat tikus tu. Mana la tau dia tak tahan pedas sampai membawa maut.

Ni masalah seekor lagi ni. Dah beberapa minggu kitorang pasang perangkap tapi tak masuk masuk lagi. Yang hangennya, boleh pulak biskut yang kitorang leyak sebagai umpan tu dia makan. Agak pandai jugak tikus sekor ni. Dah nama pun duduk kat lab universiti dengan budak-budak postgrads. Agaknya dia baca jurnal jurnal kitorang yang bersepah dalam lab ni kot. Giler pandai tikus ni.

Bila la nak tertangkap. Takpe, aku bagi decoy lagi satu untuk pastikan ko tertangkap kali ni.. Ambik ni..



Harap lepas ni ko tertangkap la..


..

Tuesday, April 14, 2009

Ada Apa Dengan Kesan Stres

Today was the first day after about 8 days without proper food. Sejak Isnin minggu lepas aku tak berapa sehat setelah stres dengan kerja design membrane ssytem yang aku rasa suntuk untuk aku siapkan. Walaupun costingnya aku rasa aku dapat setelkan tapi aku memang tak suka buat kerja terburu cam tu. Tapi nak buat camana. Akhirnya, aku kena demam yang sampai 6 hari. Bad eh..

Selama demam tu memang aku tak berapa ada selera nak makan. Ayu hantar makanan kat bilik, ude pun hantar makan. Thanx guys. Korang memang kawan yang akan aku kenang. Susah senang korang ingat aku. Tapi apa pun, aku tak berapa selera langsung nak makan. Memang nampak la susut badan aku. All the muscles that i built the last 4 weeks jatuh. No food + no exercise = no muscle. Berat aku pun makin turun. Aku tak bangga kalau aku kurus dan mempunyai berat badan yang tidak ideal. I lost 3 kilos in 8 days. I need to gain back the whole 3 kilos without any fat gain. hmm..

Apa pun, aku paling seronok sebab Sport came last weekend. Selama ni aku berjaya menggagalkan segala usaha dia untuk suprise aku. But last weekend, berusaha sedaya upaya bersama rancangan hebat bersama Usop, Sport berjaya menterkejutkan aku. Serious, aku tak pernah rasa happy jumpa orang macam aku jumpa Sport dan Usop Sabtu hari tu. Tapi aku agak terkilan sebab tak dapat lepak bersama dengan Sport sampai malam langsung sebab aku tak berapa nak sehat. Takpe. Next month i will be in KL and hopefully one day we can lepak at my favourite place. Ok maybe 2 because i am craving for Molten Chocolate Cake in Chillies.

Food again. Yeah, i really need to get back to my diet. White meat and vegetables with a lot of fruits with low intake of white rice and white bread. Not expensive at all. Lets do it. Hopefully after this i can manage my stress better.

More work to be done.. Huarghhh... STRESSNYAAA........



..

Monday, April 06, 2009

Ada Apa Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri

Saya rasa saya memang layak untuk membeli hadiah untuk diri sendiri setelah berpenat lelah selama ini. Dengan beberapa kejayaan yang tidak seberapa, saya rasa saya perlu memberikan penghargaan kepada diri sendiri untuk meningkatkan motivasi diri.

Walaupun tidaklah semahal mana, tapi saya rasa pullover topman yang saya beli tu sangat membakar semangat saya untuk melayakkan diri ke Bali. Ye kawan-kawan saya akan berusaha untuk melayakkan diri untuk ke MST Bali. MST Kuala Lumpur dah tak sempat.

Additional info: Pullover saya tu saiz XS. Sangat cantik.


..

Thursday, April 02, 2009

Ada Apa Dengan Dilema Hak

*This entry is an emotional entry*

Masih aku terdengar lagi cakap arwah ayah satu masa dulu:

"sebab duit, adik beradik pun boleh bergaduh.."

Ayat ni keluar satu masa dulu. Kami masa tu masih tinggal di Johor Bahru dan perkara ni timbul lepas ada orang yang datang untuk meminjam duit dari arwah ayah. Aku tau macam mana rasanya bila ada orang datang pinjam duit dari kita. Tak bagi pinjam, dikatakan sombong. Bila dah di bagi pinjam, tak reti nak bayar balik pulak tu.

Well, the same thing happen to me.

Dah diberi pinjam. Dah setahun. Tak bayar-bayar. Kalau korang la, apa yang korang akan buat? Nak kata banyak, tak lah banyak. Tapi bukankah segala yang hak perlu diberikan kepada yang berhak? Apa yang aku mintak adalah hak aku sendiri. Bukan hak orang lain. Bila aku keluarkan kata yang keras untuk meminta hak, aku dipersalahkan. Kenapa aku lak yang salah dalam hal ni? lebih setahun aku menunggu. Kalau aku tau begini jadinya, aku tak terfikir nak menolong kau dan keluarga kau yang tak sedar diuntung. Bila kita diperlukan, semua ayat manis keluar dengan janji yang sebenarnya kosong. Tapi masalahnya, aku tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan.

Apa yang aku mampu buat ialah berdoa semoga kau diberikan hidayah supaya tidak mudah menipu orang lain seperti kau menipu aku. Semoga Allah saja yang membalas segala apa yang telah kau buat untuk menyusahkan aku selama ni. Aku tak mudah nak memaafkan setelah pelbagai kesusahan yang terpaksa aku tempuh kerana perbuatan kau.

But still, i need to do something to replace my damaged laptop.


..

Thursday, March 19, 2009

Ada Apa Dengan Sekuntum Bawang Merah

Hari assessment telah pun berlalu. Dr Rahmat, Dr Azeman dan Dr Zul dah pun assess proposal masters aku. Alhamdulillah, dengan pembetulan aku berjaya lepas assessment pertama. Berkat usaha dan doa diiringi restu ibu dan keizinan dari Allah, itulah yang aku terima.

Lepas aku habis je assessment yang aku kira hampir 2 jam, aku terlalu penat untuk meneruskan hari aku. Serious aku dah lama tak rasa letih otak macam tu sekali. Kalau dulu pun letih fizikal kerja macam bangla kat site walaupun... kan. Tapi letih otak ni lain sket dari letih fizikal.

Memandangkan hari Jumaat lepas pun ada pak sedara aku nikah dan hari Ahad ada majlis kenduri dia, aku decide untuk balik Melaka. Lepak dengan family aku dan juga menghadiri kenduri kawen pak cik aku yang aku pasti akan berjumpa dengan ramai sedara mara. So dengan bahagianya aku balik kampung naik bas untuk menghabiskan hujung minggu di kampung sambil ditambah dengan cuti selama 2 hari sampai selasa sebab aku nak berehat puas-puas kat kampung. Doing nothing but only eat and rest and meet people. Tak takut gemuk pun sebab mak long ipah cakap aku tetap maintain slim river. huhhhuhuhu...

Hari Jumaat aku sampai melaka terus je balik kampung sebab mama ada kat kampung memandangkan pak sedara kecik aku tu nikah kat kampung. So aku ke kubur arwah ayah sementara tunggu malam. Lepas tu aku membirah kat rumah sambil makan bubur asyura yang banyak daging. Huhhhuhuhu. Makan.

Esoknya aku ke kenduri kawen jiran satu taman. Aku personally memang tak kenal pak cik tu. Pengantin pun tak kenal. Tapi memandangkan mama kenal dan tak ada siapa nak bawak mama gi kenduri tu, aku pun ikut. Tak rugi sebab masak lemak cili api daging salai dia memang menusuk kalbu. Huhhuhu.. Makan lagi.

Petangnya pulak gi menolong umah yang nak menduri esoknya. Pak cik kecik.. jap nama dia tak ingat la *dia muda 3 tahun dari aku* nak kenduri hari ahad. So sabtu petang aku gi menolong apa yang patut. Sambil tu ada kuih tako sejuk. Makan lagi...

Ahad, kenduri kawen yang aku rasa agak memenatkan sebab balik je dari kenduri aku tido. Penat angkat lauk dari dapur ke depan. Tapi takpe, asam pedas daging dia best. Makan lagi... Pastu malam gi layan ikan bakar kat muara sungai duyung. Makan lagi..

Memang balik kali ni banyak makan. Tak leh amalkan selalu ni. Banyak makan punca lemah iman. Banyak makan punca pembesaran perut yang menyebabkan kebuntalan. hik hik. Banyak makan meningkatkan potensi penyakit kronik. Jangan la banyak makan. Sometimes we feed our belly too much that we forget to feed our soul. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Apa kena mengena dengan tajuk entry kali ni..??

Well, aku ada seorang adik sepupu yang agak montel. Sambil melayan aku makan tengahari dia duduk mengomel kat sebelah. Aku makan agak lambat sebab tunggu kazen lain yang agak lewat sebab buat rambut ala naruto. Tengah dok lepak borak-borak ada lah pulak si montel ni nyanyi lagu Alleycats..

Sekuntum bawang merah...

Erk.. bukan ke sepatutnya sekuntum mawar merah...


..

Tuesday, March 10, 2009

Ada Apa Dengan 10 Mac

Hari ni aku nak pergi berjuang...
Doakan kejayaan aku di medan perang..

BTW,

Happy birthday untuk mama
You are the reason for me to live..
Luv u always..

Thursday, March 05, 2009

Ada Apa Dengan Lap Dance, Baseball dan Pistol

P. Ramlee sebagai Labi pernah menyanyikan satu lagu kepada Manisah dalam cerita Nasib Si Labu Labi. Lagu "Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang" dinyanyikan kepada Manisah mengingatkan supaya tidak terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu kerana ia mungkin merosakkan diri sendiri.

Mungkin betul bila kita terlalu memikirkan apa yang telah berlaku pada masa lalu akan mengakibatkan mudarat pada diri sendiri. Tambahan jika perkara yang diingati adalah perkara yang banyak meninggalkan kesan negatif kepada diri. Namun, lumrah manusia yang mempunyai akal, fikiran dan nafsu serta perasaan akan membiarkan perasaan melampaui kebolehan akal untuk menentukan arah kehidupan. Sejauh mana akan kaki melangkah dibawa perasaan sebelum akal tersedar langkahan sebenarnya terpesong dari matlamat asal kehidupan.. terpulang kepada empunya badan.

Mungkin sukar untuk menentukan.

Tertarik aku pada cerita "How i Met Your Mother" yang disiarkan di Star World semalam. Seorang lelaki yang ditinggalkan kekasih disogokkan oleh kawan-kawannya dengan lap dance, free baseball tickets and even gun class dengan harapan dapat menceriakan kawan tersebut dalam masa yang sama meredakan keresahannya. Tapi sebenarnya, tiada lap dance, tiket baseball atau pistol yang dapat menceriakan. Hanya satu ubat pada hati..

Masa. Harap masa mengubah segalanya.


..

Tuesday, March 03, 2009

Ada Apa Dengan Kapten Iman

Dari semalam aku memikir apa je yang aku nak tulis dalam entry kali ni tapi setiap kali aku mula nak menulis tak terluah pulak. Kadang-kadang aku terlalu memikirkan apa yang akan orang fikirkan pasal apa yang aku tuliskan, tetapi kadang-kadang aku terlalu memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan keadaan orang sekeliling. Hari ni dan semalam adalah masa-masa yang aku rasa aku memikirkan hal orang di sekeliling sampai tak tahu nak tulis apa dalam blog aku sendiri.

Walau apa pun, Kapten Iman telah membuat satu keputusan. Buat setakat ni itulah keputusan terakhir yang telah dibuat oleh Kapten Iman. Sama ada baik atau buruk keputusan tu, tak ada siapa pun yang tahu. Yang pasti Kapten Iman mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dan mengatasi apa yang telah terjadi. Mengenali Kapten Iman, aku yakin dia telah memikirkan segala yang termungkin untuk setiap langkah yang akan diambil.

Semoga berjaya..


..

Monday, February 16, 2009

Ada Apa Dengan Dekat Padamu 6

Walaupun hari ni agak bz dengan kerja pagi tadi dan petang ni agak bz melukis membrane system yang baru siap didesign last week, aku tetap nak update gak pasal Dekat padamu 6 yang berlangsung Sabtu lepas.

Walaupun berlaku sedikit masalah pada malam sebelum program dengan pengarah sendiri, tapi akhirnya pada pagi Sabtu aku bergerak juga ke Hospital Sultanah Aminah untuk menghadiri program Dekat Padamu. Tiba di wad timur 5 lebih kurang 9.10 pagi untuk majlis serba ringkas dan seterusnya menziarahi adik-adik di wad timur 5 HSA.

*wad timur 5 adalah wad pead untuk kanak-kanak pre dan post surgeri*

Lama jugak aku tak buat khidmat masyarakat. Tersentuh jugak bila ada satu kakak ni, ibu kepada pesakit yang berumur 14 bulan yang kata ketegangan menemani anaknya di wad sedikit terubat dengan kedatangan kami menziarahi adik-adik kecil yang ditimpa pelbagai kemalangan dan penyakit. Tak banyak yang perlu dibuat untuk menggembirakan orang. Tak perlu beli hadiah semahal ferrari, tak perlu bina mahligai segah Taj Mahal, tak perlu bawa melancong ke London, New York, Dubai atau sebagainya. Effort kecil kadangkala boleh memberikan impak yang lebih besar. Belon berwarna-warni, buku mewarna, kek.. sudah cukup menggembirakan hati anakanak kecil juga ibu bapa terhadap mereka yang prihatin.

Jom kita membantu sesama manusia.

Jangan makan McD...!!!

...



Hangen aku bila orang Islam masih lagi membantu Israel menghasilkan peluru untuk membunuh umat Islam Palestin. Minum la lagi Sturbucks tu. Tolong la orang Yahudi tu. Semoga korang disoal di akhirat nanti...

Insaflah..


..

Friday, February 13, 2009

Ada Apa Dengan TV Rosak

Situation:

You're watching your favourite show on tv. Semasa kemuncak cerita, secara tiba-tiba tv korang tu buat perangai dan rosak. Tak boleh on. You dont know what happens next. You dont even got to know how the show ended.


Tu cuma situasi atau analogi. Kalau dalam keadaan sebenar, cuba rasakan yang kita dah betul-betul nak tau apa yang akan jadi seterusnya dan mengenjoy cerita yang kita tengok tu tapi secara tiba-tiba memang tergendala dan rasa macam.. kenapa la jadi macam ni..?? *>%#$#" rasa nak menjerit.. tak guna jerit pun.

I hope tv aku tak kan rosak lagi. I dont wanna miss another bus ride.


..

Wednesday, February 11, 2009

Ada Apa Dengan Panggilan Telefon Awal Pagi

Jarang aku mendapat panggilan telefon awal pagi. Lepas mandi pagi tadi, dalam keadaan sejuk-sejuk kuku nak pakai baju tiba-tiba terdering telefon aku memainkan lagu Estranged - Yang Pernah. Tak biasa orang kat rumah call pagi-pagi ni unless ada perkara yang penting. Sambil tangan menutup suis kipas sebab tak tahan sejuk, aku angkat telefon yang mana kat hujung talian aku terdengar suara mama.

Satu berita yang begitu berat untuk aku terima. Abg Zul, bekas pemandu kitorang satu masa dulu telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi lepas beberapa hari di ICU kerana kemalangan jalan raya.

Aku masih ingat lagi macam mana abg Zul yang begitu banyak menolong masa kitorang berulang alik ke hospital masa arwah ayah sakit. Abg Zul memang tak banyak cakap. Calm and cool. Tapi kitorang satu family senang dengan dia. Kalau jalan jauh-jauh dia tetap ingat nak solat.

Al-Fatihah untuk abg Zul. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Selamat jalan dan moga perjalanan ke alam sana sentiasa sejahtera. Buat keluarganya, tiada kata melainkan salam takziah dan kata semangat semoga kalian bersabar atas pemergian insan berjasa ini.

Al-Fatihah..


..