Jarang aku mendapat panggilan telefon awal pagi. Lepas mandi pagi tadi, dalam keadaan sejuk-sejuk kuku nak pakai baju tiba-tiba terdering telefon aku memainkan lagu Estranged - Yang Pernah. Tak biasa orang kat rumah call pagi-pagi ni unless ada perkara yang penting. Sambil tangan menutup suis kipas sebab tak tahan sejuk, aku angkat telefon yang mana kat hujung talian aku terdengar suara mama.
Satu berita yang begitu berat untuk aku terima. Abg Zul, bekas pemandu kitorang satu masa dulu telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi lepas beberapa hari di ICU kerana kemalangan jalan raya.
Aku masih ingat lagi macam mana abg Zul yang begitu banyak menolong masa kitorang berulang alik ke hospital masa arwah ayah sakit. Abg Zul memang tak banyak cakap. Calm and cool. Tapi kitorang satu family senang dengan dia. Kalau jalan jauh-jauh dia tetap ingat nak solat.
Al-Fatihah untuk abg Zul. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Selamat jalan dan moga perjalanan ke alam sana sentiasa sejahtera. Buat keluarganya, tiada kata melainkan salam takziah dan kata semangat semoga kalian bersabar atas pemergian insan berjasa ini.
Al-Fatihah..
..
No comments:
Post a Comment