Monday, January 29, 2007

Cerita Tiket Bola dan Tiket Showcase

HUARGHHHHH.......!!!!*yawn*

ngantuk giler neh..jap nak ambil nafas *nafas bercahaya - kalimah...*

Nilah yang jadi kalau nak update blog pukul 2 pagi. It's 2 o'clock in the morning. Just came back from Dayang's showcase at Planet. Ngantuk neh.. nak tido dululah..*yawn*

Rite..Jom sambung balik tulis pasal apa yang berlaku.

What a tiring day. Giler ngantuk kat office tadi. But at last the day is almost over. Tengah tunggu masa untuk tido je ni.

As i mentioned earlier, was at Planet last nite with my friend to watch Dayang's showcase. I am actually not a very big fan of Dayang but i still went. Sesekali nak layan showcase artis ni kan. Anyway, i arrived at Planet around 10. Showcaase will start at 10.30. Tapi mak aih.. giler penuh. Ramai giler peminat Dayang Nurfaizah ni rupanya. Lepas pusing-pusing akhirnya dapat jugak satu port. Agak tersorok tapi dapat clear view of the stage.

Dayang came at 10.30. Well 10.35 actually, but that is good enuff. Start nyanyi lagu Deja vu. Perasan gak kan sejak akhir-akhir ni dia suka nyanyi lagu Destiny Child atau Beyonce. Tapi ada beberapa lagu yang memang gua agak suka malam tu especially Erti Hidup yang di'rock'kan. Gerek ah..

Apa pun gua paling emo bila dia nyanyi lagu Hurt - Christina, Pupus - Dewa dengan lagu Benci Bilang Rindu - Diana Nasution. Tapi bila akhirnya dia nyanyi lagu Irreplaceable - Beyonce, gua terus happening. Tak yah nak sesedih kenangkan benda yang dah lepas.

Petikan dari Irreplaceable

You must not know 'bout me
You must not know 'bout me
I can have another you by tomorrow
So don't you ever for a second get to thinkin'
You're irreplaceable

Hehhe.. gua yang gelak jahat sebab gua tujukan lagu ni untuk seseorang yang.. ah biarlah dia. Tapi hari ni gua tak berenti dengar lagu ni. Thanx Hus, bagi kat gua lagu ni petang tadi.

Dah, cukuplah pasal tu. Ni nak citer yang tak sempat cerita.

Nyways, i went to watch Asean cup semifinals at Shah Alam stadium last week wit Bag, Fashah, Izhan and his brother. Giler happening. Tak caya gua gi stadium tgk bola..?? Gua tahu dulu gua memang tak layan sangat tapi tgk lah ni..



Boo ya..!!

Tuesday, January 23, 2007

Cerita Hijrah

Last time i updated this blog, it was new year 2007. And now it is for Maal Hijrah or new yea for the Muslim calender.

Well it is already Muharram and in a few days time, i will be celebrating my 27th birthday (Muslim calender). Dah tua rupanya pak cik ye..

Sejajar dengan kedatangan tahun baru Hijrah, gua telah nekad untuk memotong rambut gua yang dahulu telah sampai menjejak ke bahu. Dengarkan beberapa komen dari orang yang gua kenali tentang rambut gua yang dahulu:

Naim: Aku rasa rambut ko dulu yang pendek masa ko kerja Cubic lagi smart. Aku respek gile kat ko sebab nampak personaliti yang terserlah.
*terserlah ke..??*

Hong CM: Mana ada nenaki *lelaki* simpan nambut *rambut* panjang senupa penempuan *serupa perempuan*
*cheh.. cakap pun tak betul.. lagi cakap gua macam perempuan.. giler apa..*

Ng CM: Ada lah lelaki simpan.. tapi macam artis boleh lah.. Lu bukan artis maa..
*Koser.. Gua bukan nak jadi artis, takleh lah nak bela rambut panjang sket*

Ard: Tau tak kenapa you selalu je tension..It's because of your hair. Untuk kurangkan serabut dalam hidup, u can start by kurangkan serabut rambut tu..
*Boleh cam tu..??*

Mama: Nak jadi orang Brunei ke bela rambut panjang ni?
*motif orang Brunei rambut panjang semua..??*

Sebenarnya taklah panjang sangat rambut gua. Nak tengok..??

Ni gambar masa gua kat BP. Dah lama gak kan gua tak hapdet gambar terbaru. So enjoy..



Taklah panjang sangat kan.. Tapi gua dah rasa agak rimas dengan keadaan rambut gua neh..Jadinya, gua mengambil keputusan untuk mengubah stail rambut gua. Boleh style dieja sebagai stail..

I got a haircut, layered my hair and do some other things to it. Akhirnya gua jadi cam ni..



Hahahha.. malas nak komen. Macam kena ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rambut yang ada. I spent RM 158.00 for it. Giler kan.. But i guess, asalkan hidup puas dapat buat apa yang kita nak buat.

Thanx to my friend Aidid, yang sanggup menunggu selama lebih 2 jam untuk gua buat make over yang baru ni. Len kali kita gi lagi eh..Huhhu..

Kat sini gak gua nak masukkan satu gambar lagi. This is something that i had with Din. Sian Din hari tu. Dia baru je pakai braces at that time, so it is hard for her to eat the main dish. But this, she can eat..


K lah, i'll update more later. Maybe after the Malaysia and Singapore games. I am going to watch football at the stadium with Beg and Fashah. I'll tell you how it goes..

Boo ya..!!

Saturday, January 06, 2007

Cerita Kesabaran di Brunei

Setelah beberapa minggu berada di Malaysia, akhirnya gua kembali ke tanah eh jap ni bukan tanah air gua lah.. gua kembali akhirnya ke tempat yang telah banyak memberikan gua rezeki.. Brunei Darussalam. Hehhehehe..

Tapi ketibaan gua buat pertama kali dalam tahun neh betul-betulla mencabar minda dan kesabaran seorang mukmin. Serious gua cakap. Korang bacalah eh...

Flite ke Brunei.. Scheduled at 3.15pm tapi tah kenapa delay lak hari tu. Dekat pukul 4 baru dapat naik katebang. Dahlah flite delay, masuk je cabin tengok almost all seats were full. Nasib baik lah tak kena duduk atas lantai. ni lah jadinya kalau naik low cost flite. But kinda lucky also lah. Disebabkan tak ada choice gua dapat duduk di sebelah seorang yang agak comel lagaknya. Hehhehe.. macam nak menyetan lak kan kat dalam plane. Kira-kira nak masuk dalam mile high club la kononnya. Sesiapa yang tak tahu high mile club atau ingin tahu apa kelab itu.. silalah hubungi gua untuk maklumat lanjut.. *wink*

Nyways, gua akhirnya sampai jugak ke Bandar dalam pukul 630 ptg. Dah gelap dah. Tapi nasib baiklah driver dah tunggu kan. So dengan badan yang agak penat, gua dan Bobby terus je naik keta menuju ke Seria..Rasanya dalam 95 km dari Bandar. Kot..

Tapi belum sempat kitorang nak lepak dalam keta, tetiba driver buka hood depan. Ada problem katanya. Aik dari tadi tak nak rectify, ni kitorang dah sampai baru nak buka hood.. bonnets betul lah.. Last last kitorang dapat tau yang radiator keta tu bocor. Tu lah, tak moh cuci pakai RydLyme.. kalau cuci kan tak jadi cenggini.. 3 botol beb dia masukkan air.. still tak cukup. Anyway, harapan pada masa tu nak sampai je cepat ke hotel, so that gua boleh mandi (sebab badan dah busuk.. hehheh), makan (sebab perut dah lapar) dan gua boleh tido (sebab penat nak mampos).

The journey started off pretty well. Tapi lepas lebih kurang 10km, temperature indicator punya jarum dah sampai H yang bermakna panas. Giler.. kalau camni punya rate.. nak sampai ke Seria kena berhenti SEPULUH kali. Nak mampos ke apa. Berhenti lagi tepi jalan untuk isi air radiator. Lagi 3 botol air. Pastu sambung lagi jalan. But this time.. no aircond. Nak kurangkan kepanasan enjin. Well, we have 2 engineers in the car and the driver would have to follow what the engineers have to say lah kan.. :)

Baru je jalan lagi sket.. hujan lah pulak.. Nak pasang aircond tak boleh, nak buka tingkap, hujan lak lebat giler. So what we did was, lap je lah cermin kereta yang semakin berkuap. Kurangkan pernafasan. *That didnt work* Tapi nasib baiklah hujan yang diharap sampai ke tengah malam rupanya berhenti di tengah jalan. But, we forget to look at the temperature indicator. Tengok sekali lagi.. dah cecah H lagi sekali. Mak aih.. kalau ini macam memang lah tak sampai.

Kejadian jalan, berhenti dan isi air dalam radiator ni berlaku 4 kali kesemuanya. Berhenti bukan sebab dah sampai ke Seria tapi sebab bantuan kenderaan telahpun sampai. Nasib baiklah driver tu ada calling driver backup untuk ambil kitorang. So lebih kurang sampai area Telisai kitorang tukar kereta. 2 hours and 15 minutes. Baru sampai ke Seria. Perjalanan yang biasanya lebih kurang sejam. Haiyoh..

Nyways, best gak lah kan ada kejadian-kejadian cenggini. Boleh la gua update blog. Ni pun gua baru je balik dari Tutong. Tadi tengahari pekena sushi and sashimi. Sorry ye din, i dah makan sushi dulu. Kalau u kalau betting, i bawak u makan tempat lain ye.. *wink*

Uik tanpa disedari jam sudah pukul 6.06 petang. Nak magrib dah.. Gua nak gi mandi..

Boo ya..!!

Thursday, January 04, 2007

Cerita Buang Masa Sebelum Berangkat

Hey there all.. It has been a while since i last updated my blog. Cian menda ni kan. Terabai tanpa kasih sayang..

Nyways, 2007 is here. Pejam celik, pejam celik dah masuk satu tahun baru lagi. Maknanya umur pun macam nak kena bertambah lagi satu. Harap dapatlah bertambah kematangan dengan pertambahan umur saban tahun.

Last year was a very tough year for me. Made lots of difficult dicisions. Changing my job is the toughest i guess. Had to move out of the house in Melaka and stayed somewhere else. All over the place now but i still have a house in Shah Alam thanx to Aunty Tim. I love the job. A hectic but interesting job. Well, if you have been following my blog closely you will know how it was.

Met someone and then being left alone was like a routine for me in 2006. Loser giler rasanya. But then again, their loss.. my gain.. Lets not talk about this now. Quick review.. I am still single and available. Chewah, siap promote. I am dating someone but still, you can send in your resume and we'll be in touch if you are shortlisted. Ayat tak tahan.. very the berangan..

Actually, i am just wasting my time. Lagi pun dah lama tak update blog ni. I am leaving for Brunei this afternoon. My flite to Bandar is at 315. Sementara tunggu orang nak menghantar ke aeport, baik menghabiskan masa di sini.

Nothing more to add..

Boo ya..!!

Wednesday, December 13, 2006

Cerita Molten Chocolate Cake Chillies

Gambar ni sebenarnya dah lama gua nak posting kat blog ni. Cuma hari tu gua punya MMC card reader tertinggal kat Melaka. Jadi selama tu jugaklah, gua tak dapat nak upload gambar ke dalam blog gua ni.

Masa ni mama, angah and adik all came to KL. We had so much fun together that day. Lunch time, we had fajitas, chicken crispers, buffalo wings and salad at chillies. Cerita ni dah agak lama sebenarnya. Almost a month already. Tapi sebab dah janji dgn adik yang sakit gigi nak upload jugak gambar ni, well.. here goes..



Piranha sedang mengganas menyambar molten chocolate cake. Walaupun semua mengaku dah kenayang tapi semangat untuk memakan cake tetap membara terutamanya angah yang tak habis makan hari tu.



Ganas sungguh semua piranha. Sampai tiada tinggal sedikitpun sisa. Ekekekke..Gua pun salah seorang piranha yang wujud di situ hari tu.

Best lah cake ni.. Bila nak gi makan lagi wei..??

Boo ya..!!

Friday, December 01, 2006

Cerita Lagu Cascada

From Cascada;

Everytime We Touch

I still hear your voice,
When you sleep next to me,
I still feel your touch in my dreams.

Forgive me my weakness,
But I don't know why,
Without you it's hard to survive.

Cause everytime we touch,
I get this feeling.
And everytime we kiss,
I swear I could fly.

Can't you feel my heart beat fast,
I want this to last.
I need you by my side.

Cause everytime we touch,
I feel the static.
And everytime we kiss,
I reach for the sky.

Can't you hear my heart beat slow.
I can't let you go.
I want you in my life.

This is a very beautiful song. I must say it feels good to be in love. Been there, done that.. I shall not continue..

Boo ya..!!

Sunday, November 26, 2006

Cerita Monyet Dapat Kerja

Special shoutout to my friend Arif Fadhly Abdul Aziz.

Tahniah atas kejayaan mendapat kerja di salah ebuah syarikat telekomunikasi di KL. Kesabaran itu ibarat pohon kayu. Akarnya pahit tapi buahnya manis.

*Gua tunggu 31 December ni*

Cerita Gua Agak Kesal

Shoutout to one of my closest friend Mohd Sunazri Sidek and my ex-office mate Siti Shahidah Alimat.
Tahniah di atas ikatan perkahwinan yang dilagsugkan pada hari semalam 25 November 2006. Semoga kekal hingga akhir hayat.

az, aku minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak gi kenduri kahwin ko semalam dan sertai rombongan wakil nikah hari Jumaat hari tu. I was so excited to go and attend the wedding. Tapi apa boleh buat. Tugasan di bumi Brunei memanggil.

Kalau boleh memang aku nak bagi dua badan ni. Sebelah badan ada kat Brunei dengan tanggugjawab pada kerja dan diri sendiri, lagi sebelah ada kat Melaka meraikan kawan who used to be my bowling buddy, lunchtime buddy and sometimes badminton buddy. I am so sorry that i couldn.t make it. I can never say "maybe some other time" because there will be no other tie for your wedding.

Anyway, i'll see you guys when i come back.

Tuesday, November 21, 2006

Cerita Lagu Fly Away

From Fly Away;

Segalanya untukku,
Sempurna tiada tandingan darinya,
Beri kebebasan untukku bersuara

Kasih sayang untukku,
Sempurna tiada tandingan darinya,
Beri kebebasan untukku bercinta

Just Fly Away...

Phew.. saja je nak tulis lirik lagu kat sini. The lyrics are actually somehow interesting. Kebebasan untuk bersuara dan bercinta.

*paragraph deleted to maintain peace and harmony*

penat je gua tulis pepanjang tapi gua rasa paragraph tu tak sesuai untuk dituliskan untuk bacaan khalayak. My brother and sister in London would know what this is all about..

Hint sket lah..

From Miss COngeniality 2;

Gracie Hart: Some people would care about people who care about them.. But i just dont care.

Hahahhahha.. i love to be me. And i dont wanna change. Why should i..??

Special shoutouts:

To leelwan, I miss you so much. U can now call 'Pak Cik'. How cute. U grew so fast. U need to slow down a bit my dear.

To my brother and sister, u have a wonderful daughter and you both are wonderful parents. Take care of each other. I'll be seeing you soon. *when will that soon be..??*

boo ya..!!

Wednesday, November 08, 2006

Pear Anyone..??

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in the summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted.
The second son said no it was covered with green buds and full of promise.
The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.
The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season,and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that comes from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.




Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
Don't judge life by one difficult season.
Persevere through the difficult patches
and better times are sure to come some time or later.

Thursday, October 26, 2006

Cerita Aku di Atas Iman

Lama jugak gua tak update blog ni. Sejak agak sibuk dengan kerja di atas pelantar minyak, tidak dapatlah gua nak update blog ni selalu. With working hour from 6 am to 10 pm or even 12 midnight at times, i dont even have the time to update my blog. Kesian kan. So now as promised earlier on, i will update on the projects at Fairley 4 platform in Brunei Darussalam.

Akhirnya, dapat jugak gua naik platform yang telah sekian lama gua nantikan ketibaan masanya. Penantian hampir 7 bulan memninggalkan kesan yang senantiasa akan menjadi igauan. Betul kata orang, kesabaran tu akarnya pahit, tapi buahnya manis. Gua pun tak berapa pasti pengalaman gua kerja ni akan jadi pengalaman manis ke..?? Kerja 19jam sehari.. manis ke..??



Nilah Armada Iman. Kapal yang menjadi rumah gua selama 9 hari selama gua bekerja atas platform. Hangen betul sebab platform punya LQ dah penuh. So we had to live on a workboat called Armada Iman for 9 whole days. Besar jugaklah kapal ni. Boleh memuatkan hampir 150 orang pada satu masa.

Suma orang panggil kapal ni Iman. Jadi tak kiralah kan bangsa apa pun, agama apa pun.. semuanya berada di atas Iman. Tetapi adakah mereka itu semuanya beriman..?? Apa yang aku karutkan ni..



Ni pulak gambar Fairley 4. Nyaris gua kena raya atas pelantar minyak ni. Kesian gak kat mak gua kalau aku kena raya kat offshore. Gua memanglah tak berapa kisah raya kat mana sekalipun, tapi hati orang tua nak kena jaga kan beb. Gua tau dia tak pernah nak harapkan duit gua yang gua bagi tiap-tiap bulan tu tapi dia cuma nak habiskan masa dia dengan anak dia ni. Dahlah gua anak yang paling kecoh sekali kan. Kalau gua tak ada kat rumah, gua tau mesti dia sunyi kat rumah raya sorang-sorang. Sementara dia hidup ni lah kita nak gembirakan dia. Gua tak nak nanti bila dia dah kejam mata, gua baru nak rasa menyesal tak dapat habiskan masa dengan dia.

Gua ni bukanlah baik sangat.. tapi gua sayang mak gua beb. Buruk baik dia je lah satu-satunya mak yang gua ada.

Chup.. emosi lak entry ni. Nak citer pasal fairley ke nak citer pasal raya ni..



Ni lak gambar gua atas boat on the way balik dari Fairley. Yang kat belakang gua tu ialah Ampa 9, antara platform yang terbesar di Brunei. Gua tak pernah naik lagi. Tengoklah bila sempat esok-esok gua naik lah.

Gua yang dah kurus kan. Dah turun banyak kilo dah sejak gua kerja kat Brunei ni. Penat pun ye jugak. Tapi nak buat camana. Demi sesuap rezeki gua buat jugak kerja ni. Apa pun, gua memang seronok walaupun kerja skrg ni agak memenatkan. Gua juga agak kegelapan (bukan hati yang gelap ye) sebab gua kerja di tengah panas. Jadi kawan-kawan, kalau terserempak dgn orang yang macam muka gua tapi dah kurus dan agak gelap, silalah tegur. Sebab tu memang gua.. huhuhuh.. Kalau salah orang tu nasib korang lah..

boo ya..!!

Monday, October 23, 2006

Happy Eid



Maaf Zahir dan Batin