Saturday, January 06, 2007

Cerita Kesabaran di Brunei

Setelah beberapa minggu berada di Malaysia, akhirnya gua kembali ke tanah eh jap ni bukan tanah air gua lah.. gua kembali akhirnya ke tempat yang telah banyak memberikan gua rezeki.. Brunei Darussalam. Hehhehehe..

Tapi ketibaan gua buat pertama kali dalam tahun neh betul-betulla mencabar minda dan kesabaran seorang mukmin. Serious gua cakap. Korang bacalah eh...

Flite ke Brunei.. Scheduled at 3.15pm tapi tah kenapa delay lak hari tu. Dekat pukul 4 baru dapat naik katebang. Dahlah flite delay, masuk je cabin tengok almost all seats were full. Nasib baik lah tak kena duduk atas lantai. ni lah jadinya kalau naik low cost flite. But kinda lucky also lah. Disebabkan tak ada choice gua dapat duduk di sebelah seorang yang agak comel lagaknya. Hehhehe.. macam nak menyetan lak kan kat dalam plane. Kira-kira nak masuk dalam mile high club la kononnya. Sesiapa yang tak tahu high mile club atau ingin tahu apa kelab itu.. silalah hubungi gua untuk maklumat lanjut.. *wink*

Nyways, gua akhirnya sampai jugak ke Bandar dalam pukul 630 ptg. Dah gelap dah. Tapi nasib baiklah driver dah tunggu kan. So dengan badan yang agak penat, gua dan Bobby terus je naik keta menuju ke Seria..Rasanya dalam 95 km dari Bandar. Kot..

Tapi belum sempat kitorang nak lepak dalam keta, tetiba driver buka hood depan. Ada problem katanya. Aik dari tadi tak nak rectify, ni kitorang dah sampai baru nak buka hood.. bonnets betul lah.. Last last kitorang dapat tau yang radiator keta tu bocor. Tu lah, tak moh cuci pakai RydLyme.. kalau cuci kan tak jadi cenggini.. 3 botol beb dia masukkan air.. still tak cukup. Anyway, harapan pada masa tu nak sampai je cepat ke hotel, so that gua boleh mandi (sebab badan dah busuk.. hehheh), makan (sebab perut dah lapar) dan gua boleh tido (sebab penat nak mampos).

The journey started off pretty well. Tapi lepas lebih kurang 10km, temperature indicator punya jarum dah sampai H yang bermakna panas. Giler.. kalau camni punya rate.. nak sampai ke Seria kena berhenti SEPULUH kali. Nak mampos ke apa. Berhenti lagi tepi jalan untuk isi air radiator. Lagi 3 botol air. Pastu sambung lagi jalan. But this time.. no aircond. Nak kurangkan kepanasan enjin. Well, we have 2 engineers in the car and the driver would have to follow what the engineers have to say lah kan.. :)

Baru je jalan lagi sket.. hujan lah pulak.. Nak pasang aircond tak boleh, nak buka tingkap, hujan lak lebat giler. So what we did was, lap je lah cermin kereta yang semakin berkuap. Kurangkan pernafasan. *That didnt work* Tapi nasib baiklah hujan yang diharap sampai ke tengah malam rupanya berhenti di tengah jalan. But, we forget to look at the temperature indicator. Tengok sekali lagi.. dah cecah H lagi sekali. Mak aih.. kalau ini macam memang lah tak sampai.

Kejadian jalan, berhenti dan isi air dalam radiator ni berlaku 4 kali kesemuanya. Berhenti bukan sebab dah sampai ke Seria tapi sebab bantuan kenderaan telahpun sampai. Nasib baiklah driver tu ada calling driver backup untuk ambil kitorang. So lebih kurang sampai area Telisai kitorang tukar kereta. 2 hours and 15 minutes. Baru sampai ke Seria. Perjalanan yang biasanya lebih kurang sejam. Haiyoh..

Nyways, best gak lah kan ada kejadian-kejadian cenggini. Boleh la gua update blog. Ni pun gua baru je balik dari Tutong. Tadi tengahari pekena sushi and sashimi. Sorry ye din, i dah makan sushi dulu. Kalau u kalau betting, i bawak u makan tempat lain ye.. *wink*

Uik tanpa disedari jam sudah pukul 6.06 petang. Nak magrib dah.. Gua nak gi mandi..

Boo ya..!!

No comments: