Monday, June 18, 2007

Ada Apa Dengan Tangan Berbungkus



Encik-encik dan puan-puan sekalian.

Setelah sekian lama gua tidak menghapdet tetiba kali ni gua menghapdet dengan gambar tangan yang berbungkus. Nak tau kenapa?

Pada satu hari minggu lepas tangan gua telah terkena bahan yang tajam srta merta mengeluarkan darah yang teramat banyak sekali. Lebih kurang dalam 4 kitchen towels rasanya. Jadi setelah dengan sabar mengharapkan darah berhenti, tapi nampak gayanya tak berhenti.

Jadi pada keheningan malam sedingin salju lewat 1 pagi, terpaksalah gua dengan hanya satu tangan driving mencari klinik 24 jam yang terdekat. Nasib baiklah tak jauh sangat. Sampai kat klinik, gua terus di jahit oleh doktor. Tangan gua eh.. bukan benda lain pulak.

Anyway, korang tengoklah sendiri betapa tangan gua dibalut selepas tu. Skrg ni pun masih berjahit tapi dah tak berbalut ah. Nak buat camana, dah rezeki. Terpaksalah balik kampung untuk kenduri tahlil ayah dengan drive menggunakan satu tangan. Gigih seorang anak mengenang jasa ayah yang telah terlalu banyak berkorban untuk membesarkan anaknya yang agak dajal ini.

Nanti gua apdet gambar gua kat mekah dan madinah...

Sunday, June 17, 2007

Fulus Mania versi BatuBata

Kawan-kawan..

Kita lihat kuiz kita pada hari ini... *cheh macam fulus mania*

Cuba teka apa benda-benda kat bawah ni..




Wednesday, May 09, 2007

Ada Apa Dengan Sumpit dan Lalok

Mana gua letak penyapu ni... Banyaknya semut..Labah-labah pun ada sampai bersawang dah blog gua ni. Jap eh nak kemaskan.

Fuhhh... akhirnya selamat juga dikemaskan blog gua yang lebih sebulan tak ada hapdet neh. Penat jugak kan nak menyapu, buang sawang, mop screen nasib baik ular dgn harimau tak sempat membiak kat sini.

What happened last month? Long silence eh...

Well i went to Brunei for a project as usual. Spent 18 days over there, came back and a lot of work to settle in the office. Been busy doing this and that. Time really flies man.

Oh yeah, lupa lak. Mama came and spent a nite at my place. Took her to Titiwangsa to ride Eyes on Malaysia. Ok jugak lah kan. Saja nak menggembirakan hati orang tua. Jangan nanti dah tak sempat baru nak menangis sakan sudah. Apa gua mengarut neh.

Well mama stayed a nite. She left on Wednesday morning last week la and then in the evening my faveret cousin came to spend the week with me. Kalau dah nama orang bujang lepak sama, gua rasa happening giler lah. Layan bola, gi shopping, kacau awek dan yang paling bangang kacau pondan. Hahahhaha. Nak sangat jalan dengan gua kan.. rasakan penat berjalan dari pagi sampai malam. Nasib baiklah dua-dua budak ni ok. Ikut je ke mana pun. Si sumpit dgn si lalok.

Anyway, lepas ni gua rasa boleh kot nak hapdet sesekali. Tapi lepas bulan Jun sebab gua akan ke Makkah next week. InsyaAllah lepas balik nanti gua blogging semula.

Till then..

Monday, April 02, 2007

Break..

Cuti dari updating blog. Will be busy for the next few weeks. To all frequent visitors, be safe and be good...

TTFN

Thursday, March 22, 2007

Ada Apa Dengan Emosi Terganggu

Camana agaknya kalau dalam hidup ni kita cuma hidup sorang je..??

Besar gak soalan yang gua post hari ni kan.. Siti Hawa dijadikan bagi menjadi peneman kapada Adam A.S. tanda manusia memang tak dapat hidup sendiri. Setiap yang wujud di atas muka bumi memang dijadikan berpasang-pasangan. Dari manusia, binatang, hinggalah ke kasut. Sepasang kasut. Apa gua merepek ni..??

Aku tak boleh hidup sendiri. Aku tak boleh hidup tanpa mama aku. After all, she is my only mother. Lepas ayah pergi tinggalkan kitorang last 2 years, i think she is the only reason for me to live. Without her i don't know what will happen to me. But it has always been about me. Aku tak pernah terfikir apa akan jadi pada dia kalau aku tak ada. Selfish jugak aku ni. Terlalu banyak memikirkan tentang diri aku sendiri. For GOD's sake she is my mother.. At least after this i have to think more about how she feels. Her feelings. Call me a bad child.. but forgive me i've seen worse. Thanx to them, it made me realize how they stink and i do not want to follow their footsteps.

Mungkin dah agak lambat untuk aku bertindak. Tapi biar lambat dari tak buat langsung. I love my Mum...

Friday, March 16, 2007

Ada Apa Dengan Gambar Kat Putrajaya



Gambar ni Encik Azam ambil secara curi-curi masa gua gi umah dia last Monday. Time ni memang gua dgn Sport, Adina and Kak Min tgh melayan Nawal Nur. Comel budak ni. Nak je gigit pipi dia. Tapi kesian lak kan anak orang. Sori zam..

Tapi dalam gambar ni takde pulak muka encik Azam dgn Adina. Tu lah, u duduk jauh sangat. Kalau duduk sebelah kak Min (who always forgets your name) mesti ada muka dalam gambar ni. Apa pun, memang enjoy lah gi umah ko encik Azam. Kak Min pun pandai masak. Nanti ajak lah aku datang lagi ye...Huhuhu

Boo ya..!!

Tuesday, March 13, 2007

Ada Apa Dengan Kawan Kawan Jauh

Last Thursday Aref came back from Bintulu for the first time since he started working in Bintulu. Kinda excited to meet my best friend here in KL after about 3 months. Lama jugaklah kan tak jumpa. Sebab sebelum ni we'll meet up once in a week for movies, makan-makan or just lepak at mamak. Since he moved to Bintulu, dah tak ada lagi lah nak lepak ni suma.

Anyway he reached KL around 6.30 p.m. Pick him up at the airport. After maghrib kitorang gi lepak kat Chillies. Satu janji yang terus ditunaikan. *tak macam Mat Jan..huh* Walaupun terjadi sesuatu yangtak diingini tapi takpe. Gua tuntut janji lu beb.

Anyway, bukanlah Aref sorang member baik gua yang gua jumpa minggu lepas. Someone who has been spending 3 years in Osaka came back. Cuti katanya. It has been so long since i last met Sport. *eja nama ko spot ke sport?..huhhu*

Sport invited me to his house on Sunday for a small kenduri kesyukuran as he has just completed his Masters in Osaka and also doa for his upcoming PhD. Around 6 ish i went to pick Adina and off we went to bangi headed for Sport's house. Masa kitorang sampai tu memang tak ada orang lain pun. It was just his family plus me and Adina. Lepas Isya' barulah orang surau sampai for the doa selamat and everything.

Semalam lak, i went to Putrajaya. Azam, another beloved Lambaian brother invited me and Sport to his house for dinner. It was so good to have met Azam, kak Yasmin and Baby Nawal who is just 7 months old. One of the cutest baby i've seen. Kitoang lepak dan borak sangat lama sebab dah lama giler tak jumpa. The last time we met was during lambaian's dinner which was almost 3 years.

By the way, Azam and Sport are my Lambaian brothers. It has always been good to see them. I guess, time has changed some of us. Azam now married with a kid, Sport now with his masters and proud to be happy, myself..a whole lot of changes, but still to me Azam is always gonna be Azam and Sport will always gonna be Sport. The best brothers i have.. thanx to Lambaian. And to them i will always be.. a kid.

When will i see them again..??

Thursday, March 08, 2007

Ada Apa Dengan Gurun Yang Panas

Fuhhh.. sungguh penat sekali kesan daripada pemanduan jarak jauh tanpa henti.

Gua baru je sampai dari perjalanan ke utara Malaysia. Yup, kali ini marketing team ke utara untuk tujuan promosi. Dua destinasi telah pun berada di dalam jadual iaitu Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Gurun, Kedah.

Perjalanan kali ni memang agak berbeza dengan perjalanan sebelumnya sebab sebelum ni kitorang banyak ke pantai timur. Kali pertama marketing team ke utara Malaysia, terasa jugaklah kelainannya. Terutamanya bab tol. kalau ke Terengganu ke Pahang ke, senang je jalan pun tak banyak tol. Terengganu langsung takdek. Kalau ke utara ni, mak aih.. tolnya pergi balik mencecah 100 hengget.

Makan pun berbeza. First day sampai ke Bukit Mertajam, ejen kitorang kat BM ni bawak gi makan char kuey teow kat kedai orang Melayu. The best ever syot... Rasa macam nak makan berkali-kali tapi dah kenyang. Excellent betul char kuey teow dia. Tambah pulak dgn udang 4 ekor dalam satu pinggan. Tambah lagi pulak dgn harga yang cuma 4 hengget. Char kuey teow + 4 udangs + 1 telur mata lembu only cost you 4 bucks. Giler murah. Lepak with them until about 1 o clock in the morning talking about many things. From business related to Ella, to Arowana fish, to ginseng and tongkat ali.

Had meetings with 2 clients actuallythis time but i think i really enjoyed my trip this time. Apart from good response from the clients, it is also a trip to enjoy good northern food. Selain daripada charkuey teow yang sangat hebat itu, gua makan bihun sup utara, mee kari and also nasi kandaq. Specialty orang-orang utara katanya. Tapi sayangnya tak ada gambar yang telah disnap untuk dikongsikan bersama.

The only thing yang kurang menarik pasal Gurun ni ialah tahap kepanasan yang agak tinggi. Kat utara dah start musim kemarau nampaknya. Yelah kan.. nama pun Gurun, wajarlah ianya panas. Huh.. Waja?

Boo ya..!!

Monday, March 05, 2007

Ada Apa Dengan Gath Nuruddin Tahun Ni

Nuruddin's gath this year.. Wanna know what happened?

It didn't even materialised..!!

Planning bagai nak rak. Last minute, sorang call ada family problem, another call cannot make it, another call something came up, and at the end of the day only 2 person confirmed to come. 3 including me. Giler pathetic dah gua tengok kelas gua ni.

At last, gua tukar plan. Gi lepak makan pastu sambung lagi lepak kat starbucks. Sampai lah dekat nak maghrib. *kena balik awal sebab ada match united vs liverpool*

Anyway, nak kata gua bengang kat budak-budak yang tak dapat datang tu pun tak jugak. Tapi gua dah RSVP sorang-sorang. Last minute cancellation tu yang paling gua hangen sekali. Totally understands that some of you guys are married and have commitments to your spouses or children, but do not RSVP if you connot make it lah.

Penat lah macam ni. Malas dah nak layan kerenah orang.

Takpe esok gua nak gi Penang. Makan pasemboq.. lagi baguih dok ada.

Boo ya..!!

Friday, February 23, 2007

Ada Apa Dengan Pilihan Hati

Bunyi macam jiwang je entry kali ni kan..??

Tak ada maknanya gua nak bertukar kepada seorang yang jiwang karat neh. Tapi ada apa dengan pilihan hati gua neh.

Dah lama gua perhatikan minah ni. Dari kali pertama gua nampak dia gua tau dia ni special sket berbanding perempuan lain disekeliling dia. Dia tak payah buat macam-macam untuk menonjolkan diri sendiri.

Ladies and Gentlemen, i present to you...
Lakisha Jones


Hehhe.. Dari Hollywood Week gua dah bajet dia ni bagus. Dan terbukti tadi masa dia nyanyi I'm Telling You I'm Not Going, power nak mampos. Gaya dia nyanyi ada sikit macam Aretha Franklin campur Chaka Khan.

Comment from the judges:

Randy says: I do love you..
Paula says: You have aso much to be proud of..
Simon says: I am very tempted to say to 23 people, book your plane tickets home

But we never know what is going to happen next. Like Mandisa last year, she's good but tak ada luck. Maybe alah dia jugak sebab kutuk homosexuality on national tv.

Apa pun.. gua tetap yakin mak cik ni boleh pergi jauh.

Korang sokong siapa? Sokong Mawi lagi? Ambik ni..



Boo ya..!!

Tuesday, February 20, 2007

Ada Apa Dengan Boling CNY

I love the holidays. Well, who doesn't?

Chinese New Year tahun ni awal-awal lagi gua dah sound semua cousin untuk balik kampung. Well, they have to be back at kampung as one of our second cousin gets married one day before Chinese New Year. Anyway, lets not talk about that wedding now.

Ok so, Chinese New Year day, all the 12 of us went down to Mahkota Parade for a boling match between 2 groups. Me being the kepala to all kepala *substitute je kot as along is not around* made the decision to treat everyone to a game of bowling.

Pembahagian kumpulan yang pada mulanya dirasakan agak stabil, tapi bila gua check balik nampak gayanya team gua semuanya terdiri dari kalangan mereka yang pendek. Huh..camana ni ye.

Team Gua:
Gua sebagai kepala, Syuaiman tak kesah, Adik, Hazwani, Nazmi dan Syukri Hilman.

Team Abg Long:
Abg long sebagai cip, Syahir Aizat, Angah, Farhana Puteri Kenyal, Syafiq, Naqiuddin.

Gua tak kisah yang penting main nak kena enjoy. Huhhu. Kalau along dgn kak long ada, dah tentu team tak bagi macam ni. Mesti along dgn gua lak kan yang jadi cip. *wink*

The game was a good one. Really enjoyed myself looking at the kids enjoying themselves. Nasib baiklah dah masuk maghrib, kalau tak mau sampai malam main boling tak berhenti. Nak tau keputusan. Hehhe..Syahir Aizat..!!

Team Gua
Gua 177
Syuaiman 124
Adik 99
Wani 61
Nazmi 64
Syukri 46

Team Abg Long
Abang Long 101
Syahir Aizat 134
Angah 96
Farhana 72
Syafiq 81
Naquddin 38

Walaupun team gua ramai yang kenit lagi pendek *maksudnya kanak-kanak sekolah rendah* tapi team gua masih tetap menang edisi sulung pertemuan antara dua saudara. Chewah, ayat tak tahan.

Anyway, it was fun guys. Next time kita jumpa lagi. Tah bile lah agaknya kan. Tapi ada beberapa orang yang kena masuk kelas pemulihan sebelum next match. Naquddin dgn Syukri tu tak yah lah masuk kelas. Ala-ala anak ikan baru umur 8 tahun. Huhhu. Tapi apa pun, style Naquddin *apasal aku panggil budak ni Naquddin?* paling over. Tau la bola tu lebih berat dari badan dia. Sampai terbaring masuk dalam lane sebab nak release bola. Sian dia..

Dah la, nanti gua sambung lain. Dah malam ni.

Friday, February 09, 2007

Ada Apa Dengan Keliru

Sejak akhir-akhir ni gua rasa keliru. Tahlah bukanlah nak kata keliru kot. Tapi hidup gua jadi serabut.

I really do think that i need to talk about this to someone who really understands. But i dont think i can find someone who really understand this matter that bugs me. I just wish that life has been simpler.

I am lucky for having Bobby as my boss at work. He is so helpful and never gives me a lot of headache. So less headache from work. This means my serabutness comes from another source. My social life.

My social life has been a mess since starting of this year. At the beginning of this year, i really hoped that this year will be a stress free year. This is only February and i am already half dying.

I want to run away from all the people who i knew from my past. I want a new life. But that seems impossible. What i need now is March. March will be the time when i can leave Malaysia and spend 6 months abroad. At least no one can be in contact with me except for my family and a few friends which i will contact them instead. Thanx to Zippi.

Anyway, enuff of all this thing. Really need to catch some sleep. May your day be brighter then yesterday.

Boo ya..!!