Thursday, March 08, 2007

Ada Apa Dengan Gurun Yang Panas

Fuhhh.. sungguh penat sekali kesan daripada pemanduan jarak jauh tanpa henti.

Gua baru je sampai dari perjalanan ke utara Malaysia. Yup, kali ini marketing team ke utara untuk tujuan promosi. Dua destinasi telah pun berada di dalam jadual iaitu Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Gurun, Kedah.

Perjalanan kali ni memang agak berbeza dengan perjalanan sebelumnya sebab sebelum ni kitorang banyak ke pantai timur. Kali pertama marketing team ke utara Malaysia, terasa jugaklah kelainannya. Terutamanya bab tol. kalau ke Terengganu ke Pahang ke, senang je jalan pun tak banyak tol. Terengganu langsung takdek. Kalau ke utara ni, mak aih.. tolnya pergi balik mencecah 100 hengget.

Makan pun berbeza. First day sampai ke Bukit Mertajam, ejen kitorang kat BM ni bawak gi makan char kuey teow kat kedai orang Melayu. The best ever syot... Rasa macam nak makan berkali-kali tapi dah kenyang. Excellent betul char kuey teow dia. Tambah pulak dgn udang 4 ekor dalam satu pinggan. Tambah lagi pulak dgn harga yang cuma 4 hengget. Char kuey teow + 4 udangs + 1 telur mata lembu only cost you 4 bucks. Giler murah. Lepak with them until about 1 o clock in the morning talking about many things. From business related to Ella, to Arowana fish, to ginseng and tongkat ali.

Had meetings with 2 clients actuallythis time but i think i really enjoyed my trip this time. Apart from good response from the clients, it is also a trip to enjoy good northern food. Selain daripada charkuey teow yang sangat hebat itu, gua makan bihun sup utara, mee kari and also nasi kandaq. Specialty orang-orang utara katanya. Tapi sayangnya tak ada gambar yang telah disnap untuk dikongsikan bersama.

The only thing yang kurang menarik pasal Gurun ni ialah tahap kepanasan yang agak tinggi. Kat utara dah start musim kemarau nampaknya. Yelah kan.. nama pun Gurun, wajarlah ianya panas. Huh.. Waja?

Boo ya..!!

5 comments:

Anonymous said...

ni mesti pi mkn char kuew teaw kat blakang alka ria tu..

Batu Bata said...

harnidahussin: kat area post office..

Anonymous said...

betul la tu..kat area situ la tu..lama lak tak jalan2 kat area tu..dulu zaman sekolah slalu la outing kat BM tu..nanti blk penang nak mkn la kat situ..

Batu Bata said...

akak.. nanti tapau satu yang special eh. kuah dia memang best.. baru teringat kat tepi alka ria. dulu dia kat belakang kan. skrg dah tepi jalan tau..

Anonymous said...

mana sempat nak tapau..on da way sure dah abis.. :)