Orang Kata: Hidup inii umpama roda. Kadang di atas, kadang di bawah.
Aku Kata: Kalau benar roda itu berputar, kanapa aku masih lagi di sini. Di kelilingi manusia ini.
Kadang-kadang dalam dunia kita takkan dapat apa yang kita inginkan. Fitrah manusia inginkan kemewahan, kekayaan, kuasa dan kemasyhuran. Memang ramai manusia yang mengejar fitrah walhal apa yang dituntut adalah keinsafan, kesederhanaan yang diselitkan dengan ketaqwaan. Nampak begitu mudah bila ianya hanya dikeluarkan sekadar kata dihujung jari, namun sebenarnya ianya tidaklah seperti yang disangka.
Kadangkala kita terlupa siapa diri kita. Pabila seronok diulit mimpi indah dunia, kita lalai dan alpa dengan tugas khalifah yang diberikan kepada kita. Dan apabila kesusahan menimpa, nikmat ditarik seketika, ketika itulah kita mula sedar yang sebenarnya kita tiada iradat. Yang punya, hanyalah tuhan yang satu.
Pada awalnya, penulisan kali ini aku sangka penuh emosi, kekecewaan, rasa terkilan dan mungkin selitan amarah. Tapi, bangkitan akal rasional memadamkan segala keinginan mengikut nafsu yang terdorong oleh syaitan.
Sememangnya tidak dinafikan wujud rasa tekilan selepas insiden malam tadi. But what more ca i say. Hidup ini umpama roda. Kadang di atas, kadangkala kita dibawah. That's the fact. You just have to face it.
Notakaki: it felt so good to hear from an old fren. Thanx Mark for calling. Next time, i'll be the one calling. Promise.. hehehhehe
..
2 comments:
slm...
kita manusia kudratpn kekdg tkda iradat mmg sah tkda.hidupni mmg mnuntut fikir n sabar yg byk,marah yg skt.ukuran manusia toksahlh kita ambil sbg ukuran standard pncapaian,apa kata manusia juga usahlh kita ambil sbg rujukan standard prbuatn kita insya-Allah kita akan lebih tenang dan matang.
ummi amani: thanx kak..kdg2 akal logik manusia cuba untuk memenangi hukum alam. masa dah sedar baru tau yang manusia serba kekurangan
Post a Comment