Wednesday, August 12, 2009

Ada Apa Dengan Catatan Ummi AmAni

Hari-hari bosan akan menjadi agak menarik kalau kita membaca blog kawan-kawan. Terima kasih kepada @Lambaian aku masih lagi dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh kawan-kawan aku di dalam Kelab Lambaian Masyarakat walaupun ramai di antara kami yang sudah membawa haluan masing-masing. Ramai yang sudah bekerja, ada yang masih lagi belajar, ada yang sambung pengajian, ada yang dah berkahwin, ada yang dah ada anak, ada yang tak kawin-kawin gak. Hehhehe.

Hari ni aku tertarik pada satu link di page @Lambaian. Pautan kepada halaman Ummi AmAni. Isteri kepada Diego. Kakak dan abang KLM aku satu masa dahulu. Pautan di'click', halaman dari rona ungu dan pink terbuka dengan hidangan kata-kata buat tetamu.

Membaca nukilan Ummi AmAni memberikan impak yang sama seperti bercakap dengannya. Sama seperti sembilan tahun lepas ketika aku punya masalah program, Ummi AmAni lah yang menjadi tempat aku mengadu. Dan di situlah aku temui ketenangan. Berbicara dengan Ummi AmAni. Dan hari ini, aku masih temui rasa yang sama. Walau hanya membaca nukilannya, ianya masih tetap membarikan kesan.

Aku cuma nak quote apa yang ditulis oleh Ummi AmAni. Satu petikan ayat yang bagi aku sungguh bermakna.

*Menjadi anak kesayangan atau tidak bukanlah pilihan kita yang bernama anak,tapi adalah pilihan yang bernama ibubapa. Kepada kita yang bernama anak dan juga sudah menjadi ibubapa,simpanlah pilihan itu sehingga waktu tua menjengah kita,kerana sesungguhnya kita tidak tahu anak yang mana akan berbakti kepada kita sehingga ke akhir hayat...*

Aku tak pernah dengar ayah panggil aku anak kesayangan dia atau tak. Tapi yang pasti, ayah sayang kami semua adik beradik. Walaupun aku rasa antara kami adik beradik, akulah yang selalu jadi mangsa tali pinggang, rotan dan ekor ikan pari. Tapi aku tak pernah menyesal jadi anak yang nakal. Masih terngiang di telinga ayat-ayat terakhir ayah pada aku 4 tahun dulu.



..

2 comments:

Ummi Amani said...

Apa ada pada tulisan. Yang ada hanyalah pada pembacanya sebab kalau tidak tahu membaca tulisan hanya akan tinggal tulisan semata-mata.

Batu Bata said...

terima kasih kak ez