Thursday, January 31, 2008

Ada Apa Dengan Tanggungjawab

Hari ni hari Khamis. Tetiba kat Inbox ada tazkirah. Biasanya tazkirah dapat hari Jumaat je. Hmm, mesti ada yang tau aku nak cuti esok dan tak buka e mail untuk baca tazkirah esok kan. So, diorang hantar tazkirah hari ni.

Hari ni lepas baca tazkirah aku terpanggil untuk tulis sesuatu. Mungkin sebab benda ni ada kaitan dengan aku kot. Pasal tanggungjawab seorang lelaki.

Banyak sebenarnya tanggungjawab sebagai lelaki, tapi aku cuma ambil perkara yang aku rasa aku nak bincangkan kat sini.

1. Tanggungjawab sebagai makhluk kepada tuhannya.
Ini memang dah diketahui umum tak kira lah lelaki atau perempuan, kita kena sentiasa patuh kepada segala arahan dan perintah serta menjauhi segala larangan. Bukan setakat tak buat, kita kena menjauhi perkara yang boleh menjerumuskan kita ke arah kemurkaan pencipta.

2. Tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Perkara ni selalu dianggap enteng oleh sebahagian anggota masyarakat terutamanya yang muda-muda dan berpendidikan kebandaran. Tak semua. Tapi ramai antara kita yang tak sedar dalam komuniti yang kita diami tu, kita ada tanggungjawab. Bersama-sama menjaga keamanan komuniti, kalau ada benda fardhu kifayah.. kita kena sama-sama buat. Bukanlah orang dah buat kita tak payah. Ambil port sket dalam perkara yang berlaku dalam masyarakat. Nanti kot-kot dah mati esok, reput sorang-sorang tak ada orang nak uruskan jenazah.

3. Tanggungjawab kepada kedua-dua orang ibu bapa.
Ni yang paling takut sekali. Bagi anak perempuan, setelah dia berumahtangga, tanggungjawab kepada ibu bapa tu dah terlepas sebab dia kena patuh pada arahan suami kecuali perkara yang menyekutukan Allah. Tapi bagi anak lelaki, setinggi mana pun kita pergi, sejauh mana kita melangkah, tanggungjawab sebagai anak untuk membela kedua-dua orang tua tu tak pernah lari. Takut jugak bila aku baca tazkirah tadi sebab kadang-kadang bila kita berjauhan dengan family, kita mula rasa senang dan ambil mudah atas tanggungjawab nak jaga ibu dan ayah. Maklumlah aku pun sekarang berjauhan dari mama aku. Bukanlah diorang tak boleh jaga diri sendiri, tapi sebagai anak, menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan kedua-dua orang ibu bapa. Nak-nak aku ni sebagai anak lelaki. Mintak dijauhkan dari keadaan tak diredhai oleh ibu bapa. Nanti nak mati tak boleh jadi macam Tha'alabah. Sebab tak tunaikan tanggungjawab sebagai anak, nyawa tersekat kat halqum. How la? Na'uzubillah.

4. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Bila cakap pasal tanggungjawab sebagai ketua keluarga, aku teringat pada ketegasan dan kekuatan arwah ayah aku sebagai ketua keluarga. Memang seorang yang sangat cekap dalam membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakan keputusan yang diambil. Aku tak boleh lah nak cakap apa dalam konteks ni sebab aku belum ada keluarga aku sendiri. Tapi sejak arwah ayah meninggal, aku rasakan tanggungjawab aku untuk menjadi ketua keluarga yang terdiri dari mama, angah dan adik. Aku rasa aku bertanggungjawab untuk menyenangkan hati orang tua dan menghiburkan adik-beradik yang lain selain angah yang banyak berkorban untuk mempermudahkan segala urusan dalam family.

Bukan senang jadi lelaki. Bukan senang jugak jadi aku.

Aku sedar tanggungjawab yang aku pikul untuk menjaga keluarga aku sangat besar. Tak masuk tanggungjawab pada diri aku sendiri lagi. Memang betul kita ada tugas pada diri kita sendiri. Tapi kita jangan lupa yang kita juga ada tugas dan tanggungjawab kepada orang lain. Yang pasti setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ni, akan disoal diakhirat kelak.

1. Ke mana dihabiskan usia muda?
2. Ke mana dibelanjakan harta?
3. Tertunaikah tanggungjawab sebagai insan?

Janji Allah adalah pasti. Jangan nanti kita kesal di sana atas tindakan kita di muka bumi.

Sekadar peringatan untuk diri yang sentiasa alpa.

No comments: