Wednesday, July 11, 2007

Ada Apa Dengan Hati Kala Ini

Aku bukan orang yang lemah. Mungkin cara aku yang terlalu menghormati lawan menyebabkan aku ditakrifkan sedemikian rupa. Mungkin sudah cara aku untuk berkubu dan mempertahankan diri dengan berdiam apabila merasakan diri terancam.

Diam bukan bererti aku lemah,
Diam bukan bererti ku kalah,
Diamku hanya mencari jawapan yang tiada..

Perlukah aku berubah. Hijrah. Hijrah ke arah kebaikan pastinya dituntut. Tapi apakah aku tahu landasan manakah yang akan membawa aku ke arah yang lebih baik? Yang pasti aku tak lagi mahu diperlakukan sebegini. Dipanggil bila mahu, dipinggir bila jemu.

Ikutkan hati dengan pemikiran dangkal manusia jahil, mahu saja aku turutkan nafsu menghambur kata makian. Perlukah aku menjadi mangsa. Sampai di sini aku rasa aku tak cukup kuat untuk menahan segala dugaan mendatang. Terlalu berat untuk aku tempuh. Tersadung lalu tersungkur pada benteng iman yang rapuh. Tidakkah aku layak untuk mengecapi ketenangan hidup barang satu lakhzah.

Aku tahu aku mampu. Aku perlu. Mulai saat ini untuk orang yang pernah merasakan aku boleh diperbudak-budakkan, dengarlah..

I'm not ready to make nice,
I'm not ready to back down,
I'm mad as hell and i don't have time to go roung and round and round...

Forgive, sounds good..Forget, i dont think i could

Sebenarnya bukan ini yang aku rasa sekarang. Rasa amarah yang meluap-luap. Dendam bernyala yang membakar. Bukan. Aku tak sepatutnya berang dengan tindakan yang dia ambil. Aku patutnya.. Apa yang patut aku buat kala ini.

Kalaulah ku tahu..

6 comments:

Anonymous said...

it seems to me that you are a pious person. but when you put such remarks especially from the lyrics of that song, i wonder, what have you actually gained from going to umrah ? Islam teaches us to be forgiving and to forget. what you should do is instead of pointing fingers and going round and round, you should stop and actually really listen and reflect yourself. no offense. just my opinion.

Batu Bata said...
This comment has been removed by the author.
Batu Bata said...

anonymuos: thanx for the advise. Tapi tak perlulah malukan saya dengan mempersoalkan saya pergi umrah and everything. Matlamat tak pernah menghalalkan cara.
Islam memang menganjurkan umatnya memaafkan dan melupakan. Saya boleh memaafkan tapi sukar melupakan.
Satu soalan..Berapa kulit bukan muhrim yang awak dah pegang? Islam mengharamkan kita pegang orang yang bukan muhrim walaupun berlainan agama.
I know who u are.. Don't give all bullshit to cover yourself. Dont judge people. Only Allah can judge..

Anonymous said...

perghh... kitak tok eh! nang 1st time kah post pakey bhs melayu sarawak ya? syabas....! Apa-apa pon, mun mok layan mbiak nok sik guna, kitak terajangnya ajakkk.... ha ha....

Anonymous said...

eh.... macam salah post komen jek, hu hu.... sori war! apa-apa pon, ayat yang ko buat memang sedap didengar.... ni memang ko karang sendiri kan? ho ho

Batu Bata said...

musnaz: nang kamek polah ayat kamek dirik empun bah sitok. Mun lah diengkah sia "dipetik dari mana mana sumber" Nak kah kamek tok tgh polah script. Mun jadi kelak kamek madah dgn kitak oh..

Nembiak sik guna ya.. ditukuk palak nya kak ya terajang sampei tercabut. Tikam palak nok tercabut ya mun dapat ke laut. Macam cerita The Mummy lak..