Kebelakangan ni ramai sangat yang nak bercakap diri sendiri betul, orang tu salah, orang ni salah sampai berkait-kait dengan isu Quran dan Sunnah serta Hadis. Cuba menegakkan apa yang dirasakan betul sampai sanggup menggunakan ayat Quran walaupun sebenarnya dia tak lah sebetul mana. Well, betul atau tak.. aku tak nak cakap banyak sebab hal tu perkara yang aku rasa mudah diselesaikan.
Yang aku rasa sengat tercabar dan terpanggil nak menulis ni sebab aku rasa ada perkara yang sangat tak betul dalam hal ni. Cuba kita fikirkan bersama.
Seorang cina yang tak percaya pada keesaan Allah dan kebenaran Islam telah dengan suka suki mak bapak dia cakap.. "Dia *merujuk kepada seorang Islam* patut belajar mana maaruf, mana mungkar."
Seorang kafir yang tak percaya pada Allah dan agama Islam telah menasihatkan seorang Islam untuk belajar mana maaruf mana mungkar seolah-olah dia tahu yang mana maaruf, yang mana mungkar. Kalau dia betul tahu yang mana maaruf, mana yang mungkar dia sepatutnya tahu yang perbuatan tidak mempercayai Islam adalah mungkar. Perbuatan menyengutukan Allah adalah mungkar. Perbuatan minum arak adalah mungkar. Perbuatan makan babi pun mungkar. Dia sendiri pun bukan pengamal maaruf. Dan yang paling kejinya, ada jugak orang Islam yang sokong kafir ni dalam hal ni.
Yang mana sebenarnya maaruf.. yang mana mungkar..?? bukan lah tak boleh nasihat. Tapi kalau setakat menggunakan ayat Quran untuk menang kes tapi sebenarnya tak percaya pun pada Quran. Mempersendakan Quran. Dan ada orang Islam menyokong si kafir ni mempersenda Quran.
Mohon dijauhi dari sikap munafik dan musyrik..
..
Friday, July 30, 2010
Monday, July 26, 2010
Tak best bila... tapi best jugak sebab..
Sejak sejak duduk luar ni ada beberapa benda yang tak berapa nak best tapi banyak yang best. Yang tak berapa nak best ialah aku makin banyak makan tetapi sangat kurang bersenam. Jadinya boleh lah dapat dihipotesiskan bahawa berat badan aku semakin naik. Walaubagaimanapun, pinggang aku masih lagi saiz 29. So tak berapa nak risau sangat. Relax.. relax.. jangan nak gelabah tak tentu pasal. Tapi, masih best jugak sebab makan minum terjaga. Maklum ada dapur yang proper dan lengkap dengan semua peralatan dan perkakas. Cukup juga bahan makanan segala gizi dari karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan serat. Semua cukup. Cuma kena pandai imbangkan je la..
Sejak duduk luar ni jugak tak berapa best sebab kena banyak drive. Kalau dulu lebih mudah kat KTC, sekarang kena bawak keta jauh sket nak pergi ke kampus. Tapi ada jugak yang best sebab kat rumah tu semua ada kereta, jadi kalau malam tu boleh gilir-gilir naik keta untuk g makan kalau makan kat luar. So, ada pro and con la. Apa pun kena pandai imbangkan.
Hari ni hujan.. tak best langsung. Sejuk, mendung dah macam autumn in my heart. Nak fikir untuk menulis pun idea tak keluar. Tapi yang bestnya, sepanjang pagi sambil mencuba mendapatkan ilham untuk penulisan aku mendengar lagu Khairul S. She's my princess. Nice gler.. Agak layan jugak la bila ada anak melayu buat lagu omputih yang boleh tahan sedapnya.
Bila fikir fikir balik.. dalam benda yang kita rasa tak best jadi dalam hidup kita, ada je benda best di sebaliknya. Macam mana kita nak rasa benda tu best ke tak.. pandai pandaila imbangkan..
Jap.. sebelum stop nak share dengan korang lirik lagu Khairul S *dicilok dari lagu Kamek Oghang Sayang Kitak*
Kamek Oghang Sayang Kitak
Lagu/Lirik: Khairul S.
O Ibu, kitak hanya satu,
Kurniaan tuhan yang diberi spesel gilak,
Tapi kamek sik tauk apa yang mauk
pada hari ibu
O Ibu, Apa kitak mauk?
Ibu, ibu, ibu,
Bagik tauk, kamek sik tauk
Mi Kolok 10 igik,
Memang sik cukop tuk kitak,
Sik ada pengganti kitak,
Rupa kitak pun da kacak,
Jasa keibuan kitak
Mengagumkan gilak
Kamek oghang cubak balas,
Carik idea dengan puas,
Tapi yang tok saja
Kamek oghang mampu molah
Aku rasa kalaulah aku ada bakat nak buat lagu.. aku akan buat lagu yang lahir dari hati macam ni. Just for my mother.

Monday, July 05, 2010
Berpindah Jua...
Tajuk entry nak ala-ala akak Ziana Zain. Mentang-mentang la kak Ziana menang seratus ribu semalam. Tapi takpe aku tetap support Dayang. Forever and ever Dayang. Walaupun nombor 2.
Haa.. sekarang dah mudah nak tengok rancangan tv. Huhu. Memandangkan kontrak pembantu felo di KTC dah tamat tempoh pada 30 Jun 2010, jadi aku pun berpindah ke rumah kawan lama di Pulai Utama. Tak jauh mana pun. Selesa pun selesa. Kawan pun dah kenal 10 tahun.
By the way, masa kemas-kemas barang tu terasa jugak la sayu dan syahdu. Mode sentimental terkeluar pulak time tu. Bilik tu macam-macam kenangan. Dua tahun. Dengan budak-budak KLM, dengan budak-budak ABC, dengan budak alumni. Macam-macam yang best, yang tak best.. semua ada. Aku teringat last week aku ada berbual dengan Sport kat Zanmai. Apa yang dah terjadi pada aku selama dua tahun ni lebih membantu membentuk aku sebagai seorang aku pada hari ni. Bezanya aku hari ini dengan aku dua tahun lepas adalah kerana perjalanan selama dua tahun aku di KTC. Mungkin ada yang manis, mungkin ada juga yang pahit tapi bagi aku, aku tak menyesal walau apa pun yang berlaku. Semuanya aku terima untuk pembangunan dalam diri aku sendiri.
Apa pun, aku nak ucapkan berbanyak-banyak penghargaan kepada Pengetua KTC, Dr Yahya, felo-felo, rakan-rakan pembantu felo dan yang paling penting kepada semua warga KTC. Anda memberikan saya dua tahun yang sangat berharga.
Ma`as salamah.. Ilalliqo'

Tuesday, June 22, 2010
Atas Kapal
Situasi:
Atas kapal, di pintu masuk spa. Ada mak datin muda nak masuk spa. Dilayan dengan selamba oleh penyambut spa.
PS: Datang lagi..??
MDM: Saya datang nak buat booking. Dalam satu jam lagi..
PS: Nama?
MDM: DATUK Salleh Aminuddin *perkataan Datuk diberikan penegasan*
Penyambut spa buat muka
MDM: Datuk pesan nak minyak cengkih.
Banyak sangat perbualannya tapi akhirnya penyambut spa buat kesimpulan..
PS: Sewelllllllll...
*Skrip diambil dari filem Pisau Cukur*
Aku tau siapa yang datang melawat dan membaca blog aku. Aku tak jemput pun. Tapi aku nak tanya..
Datang lagi..?

Friday, June 11, 2010
Mak cik Meena
Mak cik Meena memang merupakan orang asing bagi aku. Aku tak pernah kenal siapa mak cik Meena. Tapi aku tahu namanya. Meena.
Mak cik Meena memang seorang yang kuat berusaha. Aku tahu bukan mudah bagi mak cik Meena menyempurnakan tugasnya. Dengan 3 orang anak termasuk satu yang sudah mengikut jejak langkahnya iaitu Reena, tampak segala usaha mak cik Meena bagi menghasilkan terbaik untuk dirinya dan keluarga. Bukan mudah. Aku sadar, bukan mudah.
Tatkala usahanya mendapatkan hasil terbaik tidak menjadi, tergambar jelas riak sugul dan kecewa di wajah mak cik Meena. Aku tahu mak cik Meena kecewa. Tapi kekecewaannya segera dihindar ketepi. Dicuba lagi hingga berjaya. Tak kiralah jika ianya sekali, dua kali atau terpaksa dilakukan berkali-kali. Akan tetap dicuba. Tanpa putus asa. Mungkin motto hidup mak cik Meena adalah "Hidup mesti diteruskan".
Adik mak cik Meena Palavi mungkin lebih bernasib baik. Sepanjang aku melihatnya, Palavi selalu tersenyum. Memang nasib Palavi lebih baik. Usahanya selalu berhasil. Aku sedar juga, tak semua orang akan mendapat hasil yang sama pada usaha yang sama. Ada orang usahanya lebih, hasilnya kurang. Ada orang usahanya kurang.. tapi hasilnya lumayan.
Apa yang pasti, semua rezeki, jodoh, ajal dan maut ditentukan Allah. Kita hanya mampu berusaha. Dan berdoa. Ikhlas dan redha pada ketentuan Allah. Mungkin apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik. Ikhlas dan redha..

Sunday, June 06, 2010
Aku Tak Nak Mengeluh
Mama selalu pesan pada aku, bukan senang nak jadi senang. Benda ni bukan saja applicable untuk thesis masters aku, tapi juga merangkumi semua aspek kehidupan yang lain. Begitu banyak dugaan dan cabaran dalam hidup. Aku pernah cakap pada seseorang sebelum ni, "Allah takkan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu untuk hadapi ujian tu". Aku pernah dengar ayat ni satu ketika dulu dalam tazkirah ringkas yang pernah aku hadiri.
Memang kadang-kadang aku rasa tak larat nak tanggung semua beban yang ada. Dari satu ke satu beban mendatang. Semuanya terpaksa aku hadapi satu persatu. Dengan ikhlas dan sabar. Dengan tabah dan percaya bahawa semua ini adalah dugaan Allah untuk aku bagi meningkatkan keimanan dan aku percaya dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik.
Namun, aku rasa sangat beruntung dikurniakan satu keluarga yang sangat kuat memberikan dorongan dan sokongan kepada aku yang tanpa mereka aku tak tahu apa yang akan jadi pada diri aku. Dan aku juga bersyukur dikurniakan seorang yang selalu ada untuk memberikan aku semangat. Orang yang setiap hari tanpa lelah mendengar dan mendengar segala yang perlu aku cakapkan. Mencari segala idea untuk menaikkan semangat dan menceriakan hidup aku walaupun aku tahu, jauh di dalam dirinya, dia juga menghadapi pelbagai bebanan hidupnya yang tesendiri.
Bukan mudah untuk menghadapi dunia ini. Tapi aku tidak akan mengeluh. I'll hold my head up high and walk through and live the day one day at a time. Hopefully, things will be better one day. I wish..

Wednesday, April 21, 2010
Emosi Bercampur
Bila banyak benda yang berlaku yang melibatkan emosi yang berbeza, aku tak tau nak fokus pada emosi yang mana satu. Kalau korang la, emosi mana yang akan korang pilih? Cakap mungkin senang. Tapi aku tak rasa mudah bila aku hadapi pelbagai situasi yang melibatkan berbagai-bagai emosi. Sedih, gembira, teruja, tertekan, terkilan dan simpati. Datang sekaligus. Choose.. and choose wise..
AL-Fatihah untuk pak cik Dahalan, ayah kepada Shafie yang kembali ke rahmatullah last weekend. Aku tau apa perasaannya kehilangan seorang ayah. Actually kita takkan hilang seorang ayah, kita cuma tak jumpa di mata. He'll always be there in you. Semoga kau tabah hadapi dugaan besar ni.
Oh yeah, semalam aku join tournament bowling IPF UTM. Last year i finished fourth dalam kategori individu, tapi semalam aku dapat third. Climbed up a notch. Last tournament dengan IPF rasanya. Sebab tak rasa nak sambung jadi pembantu felo lagi dah. Perasaan berhenti dari jadi pembantu felo pun bercampur baur. Macam-macam kenangan dengan KTC sepanjang 2 tahun perkhidmatan.
Tak suka betul bila emosi pelbagai ni..
"Bila harus memilih.."

Saturday, April 17, 2010
Blessed..
My life is like a road,
Some are smooth and some are rough,
Some roads.. let me say, i would rather forget,
But i bet,
There is one road i will never regret..
What happened yesterday will always be,
Something i cherish as one of my sweetest memory.

Tuesday, April 13, 2010
Masih senti
Dapat dari blog amir SET
"sorry for what im about to do
sorry but i cant stay
sorry but ive gotta leave
sorry im just running away"
tak sure samada sesuai atau tak untuk melayan emosi senti..

Monday, April 12, 2010
Hilang
Disclaimer: Mode senti ketika menulis entry ini
Apa yang hilang? Banyak yang boleh hilang dari kita. Ada benda yang hilang, tapi kita tak kisah pun. Ada benda yang hilang, kita akan risau dan lepas seketika kalau tak jumpa pun kita boleh ganti. Tapi ada juga kehilangan yang tak boleh di ganti.
Aku tak kisah kalau aku hilang pen atau duit setakt seringgit dua. Tapi kalau hilang fon atau jam tangan tu terasa terhentak jugak la kan. Tapi at least boleh diganti. Tapi siapa yang nak ganti tempat ayah aku? It's been almost 5 years now. But the feeling of longing for him still burns like an eternal flame. You just cant replace some things in life.
Aku tak nak kehilangan apa-apa lagi dalam hidup aku. Tapi seperti manusia lemah yang lain, kehilangan akan tetap berlaku. Hukum alam. Cuma yang pasti selagi masih ada, aku akan cuba untuk hargai apa yang aku ada. Minggu lepas aku tersekat di dalam satu perbualan berat dengan orang yang tak berapa aku nak kenal. Pasal kehilangan dan penghargaan. Diakhir perbualan aku cuma ada satu kesimpulan. Aku just tak nak jadi cam sebahagian orang. Orang yang akan mula menghargai bila sesuatu yang pernah menjadi miliknya sudah hilang dari pandangan mata. If then is when u think u want to start appreciating.. well, it's a bit too late.
I cant expect people to think like me. At least some people that i expect to think like i do. Well i cant expect them too. *Apasal aku pening dengan ayat aku sendiri*
I wish...
Entry ini sangat senti. *Blaming Pergi by Aizat*

Thursday, April 08, 2010
Macam Ada
Ok. Aku akan cuba untuk mengupdate blog aku sekerap mungkin walaupun aku tau agak payah untuk itu. Hehhehe. Ada je alasan yang nak dibuat kalau dah malas nak menulis.
Sebenarnya, waktu yang paling rasa nak menulis blog adalah waktu malam lebih kurang 12.30 atau 1 pagi. Waktu tengah layan mata nak tidur malam, waktu tu lah fikiran mula menerawang untuk menulis. Tapi bila bangun pagi, terus dah tak jadi nak tulis. First sebab bila sampai lab, tak ingat dah nak tulis apa. Mungkin jugak sebab diganggu oleh tidur yang sangat best sampai dah lupa apa yang difikirkan.
Malam tadi macam ada benda yang nak ditulis. Tapi pagi ni macam dah lupa. Hehhehe. Sindrom ni..
Oh ye, aku dah mula mengemas bilik aku. Sikit-sikit barang aku dah mula dimasukkan ke dalam kotak. Ye lah, kontrak duduk free kat kolej pun dah nak tamat tempoh. Kalau semua experiment dan writing tak siap lagi, terpaksalah cari tempat lain pulak. Nak sambung kontrak macam dah tak larat dan tak perlu kot. Apa pun, pelan-pelan kayuh.

Monday, March 22, 2010
Terima Kasih Adik Adikku
Setelah lama, aku terpanggil balik untuk menulis blog aku.
Banyak entry yang aku tak update. Dari malam ABC, getaway dengan alumni dan adik-adik ke Batu Layar, Pesta Air dan macam-macam benda yang berlaku pada aku sejak aku tak aktif memblog. Tapi apa pun, aku masih lagi di sini. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini.
Semalam adalah hari yang sangat memenatkan bagi aku. Ahad, 21 Mac 2010. Agak tak adil kalau cuma nak cakap penat. Malam semalam jugak adalah satu malam yang akan aku kenang sebagai malam yang sangat bermakna dalam hidup aku.
Malam retro night adalah malam dinner bagi meraikan adik-adik final year yang akan grad tak lama lagi. Tahun ni, Poka dan gengnya diberikan tanggungjawab. Good job, well done to all. Semua usaha menampakkan hasil yang sangat baik. Flow program, makanan, aktiviti, persembahan and almost everything was indeed well choreographed. Pat on the back for everyone. Tapi bukanlah hanya jamuannya yang membuatkan aku terharu. *i've typed like 4 or 5 different sentence but still i deleted it. I dont know how to put it in words.*
No need the details on what happened. Aku cuma nak ucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua adik-adik yang menghargai kehadiran aku di KLM. Mungkin tak semua, tapi yang penting, aku dah tau yang aku punya kalian semua. Adik-adik tersayang yang bersama-sama aku melalui hari suka, duka, tawa dan tangis sebagai ahli Kelab Lambaian Masyarakat.
"Takkan terpisah oleh waktu"
Thank you everyone.
p.s. nyum, entry kali ni aku dedicate untuk ko.

Subscribe to:
Posts (Atom)