Wednesday, December 13, 2006

Cerita Molten Chocolate Cake Chillies

Gambar ni sebenarnya dah lama gua nak posting kat blog ni. Cuma hari tu gua punya MMC card reader tertinggal kat Melaka. Jadi selama tu jugaklah, gua tak dapat nak upload gambar ke dalam blog gua ni.

Masa ni mama, angah and adik all came to KL. We had so much fun together that day. Lunch time, we had fajitas, chicken crispers, buffalo wings and salad at chillies. Cerita ni dah agak lama sebenarnya. Almost a month already. Tapi sebab dah janji dgn adik yang sakit gigi nak upload jugak gambar ni, well.. here goes..



Piranha sedang mengganas menyambar molten chocolate cake. Walaupun semua mengaku dah kenayang tapi semangat untuk memakan cake tetap membara terutamanya angah yang tak habis makan hari tu.



Ganas sungguh semua piranha. Sampai tiada tinggal sedikitpun sisa. Ekekekke..Gua pun salah seorang piranha yang wujud di situ hari tu.

Best lah cake ni.. Bila nak gi makan lagi wei..??

Boo ya..!!

Friday, December 01, 2006

Cerita Lagu Cascada

From Cascada;

Everytime We Touch

I still hear your voice,
When you sleep next to me,
I still feel your touch in my dreams.

Forgive me my weakness,
But I don't know why,
Without you it's hard to survive.

Cause everytime we touch,
I get this feeling.
And everytime we kiss,
I swear I could fly.

Can't you feel my heart beat fast,
I want this to last.
I need you by my side.

Cause everytime we touch,
I feel the static.
And everytime we kiss,
I reach for the sky.

Can't you hear my heart beat slow.
I can't let you go.
I want you in my life.

This is a very beautiful song. I must say it feels good to be in love. Been there, done that.. I shall not continue..

Boo ya..!!

Sunday, November 26, 2006

Cerita Monyet Dapat Kerja

Special shoutout to my friend Arif Fadhly Abdul Aziz.

Tahniah atas kejayaan mendapat kerja di salah ebuah syarikat telekomunikasi di KL. Kesabaran itu ibarat pohon kayu. Akarnya pahit tapi buahnya manis.

*Gua tunggu 31 December ni*

Cerita Gua Agak Kesal

Shoutout to one of my closest friend Mohd Sunazri Sidek and my ex-office mate Siti Shahidah Alimat.
Tahniah di atas ikatan perkahwinan yang dilagsugkan pada hari semalam 25 November 2006. Semoga kekal hingga akhir hayat.

az, aku minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak gi kenduri kahwin ko semalam dan sertai rombongan wakil nikah hari Jumaat hari tu. I was so excited to go and attend the wedding. Tapi apa boleh buat. Tugasan di bumi Brunei memanggil.

Kalau boleh memang aku nak bagi dua badan ni. Sebelah badan ada kat Brunei dengan tanggugjawab pada kerja dan diri sendiri, lagi sebelah ada kat Melaka meraikan kawan who used to be my bowling buddy, lunchtime buddy and sometimes badminton buddy. I am so sorry that i couldn.t make it. I can never say "maybe some other time" because there will be no other tie for your wedding.

Anyway, i'll see you guys when i come back.

Tuesday, November 21, 2006

Cerita Lagu Fly Away

From Fly Away;

Segalanya untukku,
Sempurna tiada tandingan darinya,
Beri kebebasan untukku bersuara

Kasih sayang untukku,
Sempurna tiada tandingan darinya,
Beri kebebasan untukku bercinta

Just Fly Away...

Phew.. saja je nak tulis lirik lagu kat sini. The lyrics are actually somehow interesting. Kebebasan untuk bersuara dan bercinta.

*paragraph deleted to maintain peace and harmony*

penat je gua tulis pepanjang tapi gua rasa paragraph tu tak sesuai untuk dituliskan untuk bacaan khalayak. My brother and sister in London would know what this is all about..

Hint sket lah..

From Miss COngeniality 2;

Gracie Hart: Some people would care about people who care about them.. But i just dont care.

Hahahhahha.. i love to be me. And i dont wanna change. Why should i..??

Special shoutouts:

To leelwan, I miss you so much. U can now call 'Pak Cik'. How cute. U grew so fast. U need to slow down a bit my dear.

To my brother and sister, u have a wonderful daughter and you both are wonderful parents. Take care of each other. I'll be seeing you soon. *when will that soon be..??*

boo ya..!!

Wednesday, November 08, 2006

Pear Anyone..??

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in the summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted.
The second son said no it was covered with green buds and full of promise.
The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.
The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season,and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that comes from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.




Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
Don't judge life by one difficult season.
Persevere through the difficult patches
and better times are sure to come some time or later.

Thursday, October 26, 2006

Cerita Aku di Atas Iman

Lama jugak gua tak update blog ni. Sejak agak sibuk dengan kerja di atas pelantar minyak, tidak dapatlah gua nak update blog ni selalu. With working hour from 6 am to 10 pm or even 12 midnight at times, i dont even have the time to update my blog. Kesian kan. So now as promised earlier on, i will update on the projects at Fairley 4 platform in Brunei Darussalam.

Akhirnya, dapat jugak gua naik platform yang telah sekian lama gua nantikan ketibaan masanya. Penantian hampir 7 bulan memninggalkan kesan yang senantiasa akan menjadi igauan. Betul kata orang, kesabaran tu akarnya pahit, tapi buahnya manis. Gua pun tak berapa pasti pengalaman gua kerja ni akan jadi pengalaman manis ke..?? Kerja 19jam sehari.. manis ke..??



Nilah Armada Iman. Kapal yang menjadi rumah gua selama 9 hari selama gua bekerja atas platform. Hangen betul sebab platform punya LQ dah penuh. So we had to live on a workboat called Armada Iman for 9 whole days. Besar jugaklah kapal ni. Boleh memuatkan hampir 150 orang pada satu masa.

Suma orang panggil kapal ni Iman. Jadi tak kiralah kan bangsa apa pun, agama apa pun.. semuanya berada di atas Iman. Tetapi adakah mereka itu semuanya beriman..?? Apa yang aku karutkan ni..



Ni pulak gambar Fairley 4. Nyaris gua kena raya atas pelantar minyak ni. Kesian gak kat mak gua kalau aku kena raya kat offshore. Gua memanglah tak berapa kisah raya kat mana sekalipun, tapi hati orang tua nak kena jaga kan beb. Gua tau dia tak pernah nak harapkan duit gua yang gua bagi tiap-tiap bulan tu tapi dia cuma nak habiskan masa dia dengan anak dia ni. Dahlah gua anak yang paling kecoh sekali kan. Kalau gua tak ada kat rumah, gua tau mesti dia sunyi kat rumah raya sorang-sorang. Sementara dia hidup ni lah kita nak gembirakan dia. Gua tak nak nanti bila dia dah kejam mata, gua baru nak rasa menyesal tak dapat habiskan masa dengan dia.

Gua ni bukanlah baik sangat.. tapi gua sayang mak gua beb. Buruk baik dia je lah satu-satunya mak yang gua ada.

Chup.. emosi lak entry ni. Nak citer pasal fairley ke nak citer pasal raya ni..



Ni lak gambar gua atas boat on the way balik dari Fairley. Yang kat belakang gua tu ialah Ampa 9, antara platform yang terbesar di Brunei. Gua tak pernah naik lagi. Tengoklah bila sempat esok-esok gua naik lah.

Gua yang dah kurus kan. Dah turun banyak kilo dah sejak gua kerja kat Brunei ni. Penat pun ye jugak. Tapi nak buat camana. Demi sesuap rezeki gua buat jugak kerja ni. Apa pun, gua memang seronok walaupun kerja skrg ni agak memenatkan. Gua juga agak kegelapan (bukan hati yang gelap ye) sebab gua kerja di tengah panas. Jadi kawan-kawan, kalau terserempak dgn orang yang macam muka gua tapi dah kurus dan agak gelap, silalah tegur. Sebab tu memang gua.. huhuhuh.. Kalau salah orang tu nasib korang lah..

boo ya..!!

Monday, October 23, 2006

Happy Eid



Maaf Zahir dan Batin

Saturday, October 07, 2006

Weather Forecast - Kuala Belait, Brunei (071006 - 111006)


Detailed Local Forecast

Tonight: Variably cloudy with scattered thunderstorms. Low around 75F. Winds light and variable. Chance of rain 60%.

Tomorrow: Scattered showers and thunderstorms. High 87F. Winds SW at 5 to 10 mph. Chance of rain 50%.

Tomorrow night: Scattered showers and thunderstorms. Low near 75F. Winds light and variable. Chance of rain 60%.

Monday: Scattered thunderstorms. High 86F. Winds SW at 5 to 10 mph. Chance of rain 60%.

Tuesday: A few thunderstorms possible. Highs in the low 80s and lows in the mid 70s.

Wednesday: A few thunderstorms possible. Highs in the low 80s and lows in the mid 70s.


Banyaknya thunderstorms.. cane nak naik Fairley ni..??

Thursday, October 05, 2006

Dalam Kenangan

Ni lah keta gua yang gua sayang sangat-sangat. Tapi gua dah jual jugak atas alasan yang tertentu. Gambar ni terakhir gua pergi outstation ke Kenyir last month.

Tuesday, October 03, 2006

Bah dan Pantai

Apa sebenarnya yang gua nak tulis hari ni, gua sendiri pun tak tau. Gua masih pening lagi ni. Mungkin sebab banyak sangat tido. Mungkin jugak sebab stress yang tak terkawal. Tak kerja pun stress ke..??

Gue pergi jeti lagi. Nak tengok ada harapan ke tidak untuk kitorang pergi berlepas ke Fairley 4. Langit masih gelap. Walaupun tak hujan, tapi angin masih bertiup kencang. Aku tau harapan untuk ke platform masih samar-samar sampai hari ni. Tapi aku masih bersyukur, aku masih lagi ada tempat untuk berteduh dan berlindung. Melalui berita Filipina semalam, aku dengar ramai juga yang maut akibat taufan yang melanda. Tahla, I think I just have to wait and see. Bila semua dah reda, barulah kitorang boleh pergi.

Ralit jugak bila tengok pantai di muara Sungai Belait. Betul kata pepatah orang tua-tua, sekali air bah, sekali pantai berubah. Bila ombak kecil datang sekalipun, kita boleh tengok macam mana pasir yang membina pantai berubah kedudukan. Tapi bila gua perhatikan jeti pulak, gua rasa, walau sekuat mana bah yang melanda, jeti tu takkan berubah. Pantai yang diliputi oleh lapisan konkrit dengan asas yang kukuh, agak sukar bagi air bah untuk memusnahkan pantai sebegitu.

Bila gua fikir-fikir balik, manusia juga sama seperti pantai.

Jika prinsip manusia hanya berlandaskan pepasir di pantai, mana mungkin dapat bertahan sekiranya air bah datang melanda. Mungkin, jika hanya dilalukan air tanpa bah sekalipun, pepasir pantai yang menjadi kubu insan tersebut akan musnah. Namun, jika pendirian manusia itu berteraskan kubu konkrit bak binaan jeti, bisakah berubah hanya dengan kehadiran air bah?

* I think you are made out of sands. Pegangan yang tidak kuat menggoyahkan pendirian tatkala bertemu seorang yang kau rasa lebih sempurna. I wish u enough.*

From Bila Harus Memilih,

Meski cintaku padamu
Lebih dari yang kau tahu
Namun mengerti kasih tak semudah itu
Melupkan yang telah kau lakukan padaku.

Monday, October 02, 2006

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Eight day in Seria. We’re still stuck here as the boat just wouldn’t leave the jetty. There is a typhoon in southern Philippines resulted in strong wind and high wave in Sabah and Brunei. Small ships and boats are advised not to sail in this type of weather.

Jadinya, kitorang stranded kat hotel di Seria ni sampai dibenarkan untuk ke pelantar Fairley 4. Just hope that everything will be ok before Thursday or else I will have to Raya on the platform. Wuaaaaa…!!!!

Hari ni jugak gua tak berapa sihat. Ada banyak benda yang bermain di fikiran gua ni.

Perpisahan.
Ni lah benda yang paling gua tak suka sekali dalam hidup gua. I know i’ve said goodbye to him. But I know it will never be enough. I will always miss and think of him. Berat sangat hati ni nak lepaskan dia untuk bersama orang lain. 3 tahun lebih gua bersama dengan dia walaupun gua sebenarnya dah kenal dengan dia since 1998. Dialah yang paling memahami gua selama ni. Mana gua nak pergi dia bawak. Apa je yang gua luahkan pada dia, dia akan dengar tanpa bersuara sikit pun. Yeah, there were times when we don’t agree between each other but then i know i will never get someone else to replace him. Not as good as him.

From My Heart,

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin, tak akan pernah
Sayangku akan hilang

Hari ni mama serahkan kereta kesayangan gua pada Uncle Jerry. Akhirnya lepas 3 tahun bersama gua lepaskan juga kereta kesayangan gua tu. Tapi gua tak sampai hati nak lepaskan sendiri. Mama yang tolong kemaskan kereta tu sebelum dia jualkan pada Uncle Jerry. Gua tak sampai hati nak lepaskan. Emo gila gua hari ni. Walaupun dia cuma sebuah kereta, tapi dialah yang menjadi kawan gua selama ni. Masa arwah ayah pergi tinggalkan gua tahun lepas, dialah tempat gua lepaskan macam-macam yang terpendam dalam hati. Gua sayang gila kat kereta tu. Tahla, Juliza pernah cakap gua ni pencinta yang setia.. huhhu.. betul ke..?? *kaedahnya boleh ke bercinta dengan kereta..??*

From Kenangan Terindah,

Bila yang tertulis untukku,
Adalah yang terbaik untukmu,
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku.

Namun,
Takkan mudah bagiku,
Meninggalkan jejak hidupmu,
Yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.