Saturday, November 03, 2007

Ada Apa Dengan Minggu Penat

It has been a hectic week. Sungguh memenatkan.

With reports due to be submitted, having to run here and there to oversee things with contractors and suppliers and other third party people. Lunyai badan. Rasanya mati sebelum tua ni esok badan ni.

Btw, i am now in Melaka. Ada keja sket kat Air Keroh. Alang-alang dah balik Melaka, i spent the weekend at my mothers place. Kebetulan pulak my pak teh ada buat open house. So, gi umah dia and helped with a few things. Saja nak meramaikan majlis.

Ni gambar aku dan kazen yang kepenatan.




Minggu yang penat.

Ada Apa Dengan Pot Luck Aidilfitri

Seperti yang aku janjikan aku akan menceritakan tentang potluck yang aku buat last week. Last Saturday, what date eh..27th Oct, satu potluck untuk meraikan Aidilfitri dah pun diadakan kat umah aku di Shah Alam. Pot luck ni pun hanya untuk bebudak Lambaian. Saja nak berkumpul balik lepas dah sekian lama tak berkumpul. So nak dijadikan perjumpaan tu lebih menarik, kitorang pun setuju untuk buat pot luck.

Ramai jugak bebudak lambaian yang datang. Yang dari KL, dari JB dari Jepun pun ada. Apa pun, memang happening sebab ada lebih kurang 30 orang yang datang untuk join the small gathering which later is not considered as small lagi dah.

Anyway, i would like to thank everyone yang datang bawak makanan, yang tolong kemas rumah sebelum majlis dan kemas rumah selepas majlis, yang tolong menghabiskan makanan, yang tolong memeriahkan suasana dan yang penting, kerana masih menjadi keluarga Lambaian. *Special thanx to adik yang tolong jadi co-host the other day*.



Antara makanan yang disediakan diatas hamparan pua kumbu.

Tuesday, October 30, 2007

Ada Apa Dengan Menunggu

Disebabkan aku maseh lagik tak dapat gambar pot luck lambaian dari adik.. so terpaksalah tunggu sampai ada gambar-gambar tu baru aku update untuk korang. It was a blast...

Thanx to my lambaian family and especially to adik..

Monday, October 29, 2007

Ada Apa Dengan Budi

Setelah sekian lama aku menyepi kini aku kembali dengan Budi. Huhhuhuhu..

Sorry guys, lama giler takdek update. Apa pun aku rasa masih belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan dan kesilapan serta kesisembilan dan kesisepuluh.

Haa.. kali ni aku nak bercerita pasal kunjungan salah seorang kawan baik aku dari Miri. Budi.

Khamis hari tu Budi sampai KL dari Miri. After work i went to see him in Sentul dan lepas tu bermulalah episod kayo-kayo kitorang. *kayo-kayo is jalan-jalan in Sarawak Language*. Started off dengan melagha di Old Town White Coffee kat Jln Yap Kwan Seng. Tempat kegemaran aku melepak bersama kawan-kawan. That day, kak ean pun join sekali. Memang happening.

Lepas lepak, kitorang gi Ikea untuk Budi shopping. Gilak shopping rupanya mamat neh. Kalau lah tak sebab naik kapal terbang untuk balik Miri, dah diborong habis semua yang nak. Sayang tak ada ambil gambar orang giler shopping. Sampaikan orang buat announcement nak tutup kedai, baru lah sibuk nak gi kaunter bayar. Anyway, lepas Ikea kitorang gi mak su lorong to have pakapau. Nice kan man. Nak kah aku dah madah dengan kau hari ya, benda ya nang nyaman gilak.

Anyway, around mid nite, i sent him back to Sentul sebab hari Jumaat nak gi Melaka nak hantar barang kat Roxul. But it didn't just end there.

Jumaat lepas balik dari Melaka, i went back and rest. Around 11 aku gerak balik gi Sentul untuk ambil Budi untuk ke Aloha. Kayo-kayo waktu malam pulak. And, it was not only me and Budi. We were accompanied by 2 first timers who looked very uncomfortable kat Honolulu malam tu. Sorry guys. Korang mesti ingat aku memain je kan. Punya lah semangat, tapi bila dah masuk.. huhhuhu

Apa pun, i enjoyed Budi's visit this time. Shared a lot of things and discussed a lot of things too.


Me and Budiman at Old Town White Coffee

Monday, September 24, 2007

Ada Apa Dengan Mode Karnivor

Berbuka puasa kat KL ni biasanya aku kat rumah je sorang-sorang. Ringkas lagi padat. Samada masak apa yang ada kat dalam peti sejuk atau kalau dah malas sangat nak masak gi je jalan kat stadium which is about 5 minutes walk from my office boleh beli makanan.

Weekend lepas dengan keadaan yang agak membosankan, aku telah keluar dgn adik dan kazen aku sorang untuk melepak sambil menunggu untuk masa berbuka puasa. Started with looking for jeans at KLCC and then melarat sampai ke OU. Kalau ikutkan nak jugak cari kat Mid. Tapi sebab nak berbuka kat Damansara Jaya, so terbatallah niat nak ke mid valley tu.

We reached there at 7. Masa dah agak cun untuk berbuka. Saja bawak diorang ni makan kat Carnaval in Damansara Jaya. A new eating experience. Untuk mereka yang macam diorang ni memang best sebab adventurous nak try benda baru. The buffet style here is where they bring the meat to your table and ricih the meat if u say u want them. Btw, ricih is a malay word. Apa ricih dalam English ye?

Carnaval ni buffet untuk makanan grill ala Brazil. Memang berbaloi kalau makan kat sini. Ada 12 jenis grill yang disediakan. Nama pun buffet. But my fav should be the topside beef, pineapple and chicken liver. Kalau kat sini tak leh lah nakmakan alakadarisman je. Kena makan puas-puas.





Adik yang makan agak banyak jugak sampai rasanya berbaloi 48 ringgit yang dibayar. Kuat makan jugak.



Muka salah seorang pelanggan yang sangat puas hati dengan layanan dan makanan di Carnaval. Tahun depan gua bawak lu lagi beb. Huhhu..



Ni lak makanan faveret gua kat sini.

Makan jangan tak makan. Esoknya gua pengsan samapi petang takleh bangun. Dah tau hypertension, gi belasah kambing siapa suruh..

Monday, September 17, 2007

Ada Apa Dengan Hari Lahir ke 26

Setahun berlalu, bertambah lagi setahun umur aku tahun ni. Tahun ni dah jadi 26 tahun umur aku yang aku rasa masih lagi macam budak-budak at times. Tapi 26 pun bukan tua ye dak..

Tahun ni aku rasa lain sket cara 14hb September datang. Tahun lepas aku hanya ditemani buku Dan Brown, LiteFM and four vanilla scented candles. Tahun ni lain giler. Ramai jugak kawan-kawan yang ingat. Dari kiriman SMS, personal call, birthday cards, wishes at friendster dan paling tak tahan voice message from Azmarea.

Thank you all sebab masih mengingati hari aku menjadi semakin tua. Hehhe.. Nak sebut nama sorang-sorang tak mampu sebab terlalu ramai, tapi u guys know who u are. Terharu sebab aku masih dekelilingi family, saudara mara dan sahabat yang menghargai aku.

Anyway, one more year gone. Bak kata cousin aku Ayah Long, tahun ni mesti aku jadi hero. Huhhu. Bersabarlah dengan soalan cepu mas "Bila lagi nak kawin?"

Bila eh...Malas dah nak fikir

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan buat semua pengunjung beragama Islam.

Iklan ditaja oleh

Carling, Penghilang dahaga di bulan puasa



Tuesday, September 11, 2007

Ada Apa Dengan Anak Ikan

Malam semalam aku gi CPK kat klcc untuk melunaskan janji. Janji orang kalah betting. Huhhu.. Mulanya cuma Domino's je tapi disebabkan drag masa terlalu lama, kena interest sampai ke CPK.

Well, the outing was good. Good company. Ean, cikin, mot and syahid plus me.

The best thing about this group of people is no one is pretentious. Kalau bab gelak, memang tak sembunyi. Kalau bab bercerita, memang tak ingat dunia. Boleh karaoke walaupun belum mandi pagi.. *huhhu-mati aku lepas ni* Boleh layan boling sampai 3 pagi.

Anyway ni nak kongsi cerita yang dikongsi semalam..

BatuBata: Saya tau siapa yang akan menang peraduan Petronas Saya Anak Malaysia. Mesti nama dia bin atau binti Malaysia.
Mot: Ada ke orang nama Malaysia?
Cikin: Ha ah, Saya anak Malaysia kerana bapa saya bernama Malaysia.
BatuBata: Sure menang punya.
Ean: Tapi beb member aku ada sorang, nama ayah dia Ikan. Roshidah Ikan.
BatuBata: Anak ikan..

Tau je lah.. gelak tak ingat dunia. Hilang ilmu. Tak baik gelakkan nama orang.

Siti punjadilah... Ekekkekeke..

Sunday, September 09, 2007

Ada Apa Dengan Analisis Badan

Selepas 3 bulan bekerja separa keras *sebab kadang-kadang malas nak gi* di True Fitness, ini adalah keputusannya.

9 September 2007

Height - 171cm *huhhu agak pendek disitu*
Weight - 63.3 kg

Total Fat - 13.1%
Muscle - 82.5%
Others - 4.4%

Recommendation:
1. Mantain total fat percentage.
2. Increase body weight to 68 kgs.

Kalau tambah ketinggian nak jugak. Ni nak suruh tambah keberatan. Agak keberatan di situ untuk melakukannya.

Mari hidup secara sihat..!!

*all machines are calibrated*

Friday, September 07, 2007

Ada Apa Dengan Orang Jauh

Last month Along and his whole family came back to Malaysia for a 3 weeks holiday. Mainly coming back because of Nazrin's wedding.

Aku tak dapat spend masa sangat dengan diorang. Timing tak kena langsung. Nak buat camaan kan, keja banyak. Dengan projek kat F23 dan 2 minggu tanpa komunikasi, at least i have to be grateful to have spent 3 days with my brother, sister in law and their daughter.



Gambar ni masa tahlil arwah atok kat Melaka. Flew back from Bintulu and arrived in KL at around noon. Terus start enjin keta dan balik Melaka to attend this tahlil. Salah satu sebab pun, nak jumpa diorang ni sebab they were going back to KL that evening. Penat badan memang tak leh citer. But what to do, we only got to see each other once in 2 years.

Anyway, i really enjoyed their company. Only if i could spend more time with them.

Tuesday, September 04, 2007

Ada Apa Dengan Goksek

Tau tak apa tu goksek..??

Kisah ni terjadi di F23 bila salah seorang dari kontraktor kitorang yang kurang fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris datang mencari sesuatu.

Kontraktor: Bos, lau pan mahu itu lah.. mau tengok dalam punya barang. Dia mau itu..
BatuBata: Apa dia mau..??
Kontraktor: Tak tau lah.. dia kata dia mau itu.. goksek..
BatuBata: Haa..!! Pa hal goksek..?? *cuba fikir apa yang cuba disampaikan*
Kontraktor: Ha.. lau pan mau goksek.. wa pun ta tau maa apa goksek

Selang beberapa saat..

BatuBata: Oh.. Torchlight..!!
Kontraktor: Ha..Goksek la..aiyaa

New vocabulary.. Torchlight = goksek.

Taa..

Monday, September 03, 2007

Ada Apa Dengan F23

Ni lah antara sebab kenapa aku dah lama tak update blog aku ni. Job kali ni kat pelantar F23 milik Sarawak Shell dalam perairan Bintulu, Sarawak. Seronok gak dapat naik platform area Sarawak ni. Ala-ala balik kampung. Dapat makan laksa Sarawak, good seafood dan yang paling best dapat komunikasi dengan orang Sarawak guna Bahasa Melayu dialek Sarawak.

Gambar kat bawah ni..Salah satu dari platform F23. F23 ni ada 4 platform je. LQ, drilling, compression and production. Yang kat bawah ni drilling platform.


Drilling Platform F23

Kalau tak silap ada lebih dari 20 well bawah platform ni. Well, i know that they have one christmas tree for each well. I saw a lot of christmas tree so i assume there must be a lot of wells.

And this picture below is yours truly with 3.5 kilos added from normal weight. Huhhu..hasil pemakanan berkala yang seimbang penuh khasiat dari dapur LQ.



Cuba korang tgk pemandangan kat bawah ni..



Sungguh nice sekali. Sesekali dalam keadaan macam ni memang syahdu. Bukan hari-hari kita kat KL dapat tengok pemandangan macam ni. Rasa tenang je. Tengok laut dapat pahala tau..Selain dari tengok laut ada lagi beberapa benda yang memberi pahala kalau kita tengok..

1. Kaabah
2. Al-Quran
3. Wajah Kedua-dua ibu bapa

Taa..