Tuesday, June 22, 2010

Atas Kapal

Situasi:

Atas kapal, di pintu masuk spa. Ada mak datin muda nak masuk spa. Dilayan dengan selamba oleh penyambut spa.

PS: Datang lagi..??
MDM: Saya datang nak buat booking. Dalam satu jam lagi..
PS: Nama?
MDM: DATUK Salleh Aminuddin *perkataan Datuk diberikan penegasan*
Penyambut spa buat muka
MDM: Datuk pesan nak minyak cengkih.

Banyak sangat perbualannya tapi akhirnya penyambut spa buat kesimpulan..

PS: Sewelllllllll...

*Skrip diambil dari filem Pisau Cukur*


Aku tau siapa yang datang melawat dan membaca blog aku. Aku tak jemput pun. Tapi aku nak tanya..


Datang lagi..?


..

Friday, June 11, 2010

Mak cik Meena

Mak cik Meena memang merupakan orang asing bagi aku. Aku tak pernah kenal siapa mak cik Meena. Tapi aku tahu namanya. Meena.

Mak cik Meena memang seorang yang kuat berusaha. Aku tahu bukan mudah bagi mak cik Meena menyempurnakan tugasnya. Dengan 3 orang anak termasuk satu yang sudah mengikut jejak langkahnya iaitu Reena, tampak segala usaha mak cik Meena bagi menghasilkan terbaik untuk dirinya dan keluarga. Bukan mudah. Aku sadar, bukan mudah.

Tatkala usahanya mendapatkan hasil terbaik tidak menjadi, tergambar jelas riak sugul dan kecewa di wajah mak cik Meena. Aku tahu mak cik Meena kecewa. Tapi kekecewaannya segera dihindar ketepi. Dicuba lagi hingga berjaya. Tak kiralah jika ianya sekali, dua kali atau terpaksa dilakukan berkali-kali. Akan tetap dicuba. Tanpa putus asa. Mungkin motto hidup mak cik Meena adalah "Hidup mesti diteruskan".

Adik mak cik Meena Palavi mungkin lebih bernasib baik. Sepanjang aku melihatnya, Palavi selalu tersenyum. Memang nasib Palavi lebih baik. Usahanya selalu berhasil. Aku sedar juga, tak semua orang akan mendapat hasil yang sama pada usaha yang sama. Ada orang usahanya lebih, hasilnya kurang. Ada orang usahanya kurang.. tapi hasilnya lumayan.

Apa yang pasti, semua rezeki, jodoh, ajal dan maut ditentukan Allah. Kita hanya mampu berusaha. Dan berdoa. Ikhlas dan redha pada ketentuan Allah. Mungkin apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik. Ikhlas dan redha..


..

Sunday, June 06, 2010

Aku Tak Nak Mengeluh

Mama selalu pesan pada aku, bukan senang nak jadi senang. Benda ni bukan saja applicable untuk thesis masters aku, tapi juga merangkumi semua aspek kehidupan yang lain. Begitu banyak dugaan dan cabaran dalam hidup. Aku pernah cakap pada seseorang sebelum ni, "Allah takkan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu untuk hadapi ujian tu". Aku pernah dengar ayat ni satu ketika dulu dalam tazkirah ringkas yang pernah aku hadiri.

Memang kadang-kadang aku rasa tak larat nak tanggung semua beban yang ada. Dari satu ke satu beban mendatang. Semuanya terpaksa aku hadapi satu persatu. Dengan ikhlas dan sabar. Dengan tabah dan percaya bahawa semua ini adalah dugaan Allah untuk aku bagi meningkatkan keimanan dan aku percaya dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik.

Namun, aku rasa sangat beruntung dikurniakan satu keluarga yang sangat kuat memberikan dorongan dan sokongan kepada aku yang tanpa mereka aku tak tahu apa yang akan jadi pada diri aku. Dan aku juga bersyukur dikurniakan seorang yang selalu ada untuk memberikan aku semangat. Orang yang setiap hari tanpa lelah mendengar dan mendengar segala yang perlu aku cakapkan. Mencari segala idea untuk menaikkan semangat dan menceriakan hidup aku walaupun aku tahu, jauh di dalam dirinya, dia juga menghadapi pelbagai bebanan hidupnya yang tesendiri.

Bukan mudah untuk menghadapi dunia ini. Tapi aku tidak akan mengeluh. I'll hold my head up high and walk through and live the day one day at a time. Hopefully, things will be better one day. I wish..


..