Monday, September 24, 2007

Ada Apa Dengan Mode Karnivor

Berbuka puasa kat KL ni biasanya aku kat rumah je sorang-sorang. Ringkas lagi padat. Samada masak apa yang ada kat dalam peti sejuk atau kalau dah malas sangat nak masak gi je jalan kat stadium which is about 5 minutes walk from my office boleh beli makanan.

Weekend lepas dengan keadaan yang agak membosankan, aku telah keluar dgn adik dan kazen aku sorang untuk melepak sambil menunggu untuk masa berbuka puasa. Started with looking for jeans at KLCC and then melarat sampai ke OU. Kalau ikutkan nak jugak cari kat Mid. Tapi sebab nak berbuka kat Damansara Jaya, so terbatallah niat nak ke mid valley tu.

We reached there at 7. Masa dah agak cun untuk berbuka. Saja bawak diorang ni makan kat Carnaval in Damansara Jaya. A new eating experience. Untuk mereka yang macam diorang ni memang best sebab adventurous nak try benda baru. The buffet style here is where they bring the meat to your table and ricih the meat if u say u want them. Btw, ricih is a malay word. Apa ricih dalam English ye?

Carnaval ni buffet untuk makanan grill ala Brazil. Memang berbaloi kalau makan kat sini. Ada 12 jenis grill yang disediakan. Nama pun buffet. But my fav should be the topside beef, pineapple and chicken liver. Kalau kat sini tak leh lah nakmakan alakadarisman je. Kena makan puas-puas.





Adik yang makan agak banyak jugak sampai rasanya berbaloi 48 ringgit yang dibayar. Kuat makan jugak.



Muka salah seorang pelanggan yang sangat puas hati dengan layanan dan makanan di Carnaval. Tahun depan gua bawak lu lagi beb. Huhhu..



Ni lak makanan faveret gua kat sini.

Makan jangan tak makan. Esoknya gua pengsan samapi petang takleh bangun. Dah tau hypertension, gi belasah kambing siapa suruh..

Monday, September 17, 2007

Ada Apa Dengan Hari Lahir ke 26

Setahun berlalu, bertambah lagi setahun umur aku tahun ni. Tahun ni dah jadi 26 tahun umur aku yang aku rasa masih lagi macam budak-budak at times. Tapi 26 pun bukan tua ye dak..

Tahun ni aku rasa lain sket cara 14hb September datang. Tahun lepas aku hanya ditemani buku Dan Brown, LiteFM and four vanilla scented candles. Tahun ni lain giler. Ramai jugak kawan-kawan yang ingat. Dari kiriman SMS, personal call, birthday cards, wishes at friendster dan paling tak tahan voice message from Azmarea.

Thank you all sebab masih mengingati hari aku menjadi semakin tua. Hehhe.. Nak sebut nama sorang-sorang tak mampu sebab terlalu ramai, tapi u guys know who u are. Terharu sebab aku masih dekelilingi family, saudara mara dan sahabat yang menghargai aku.

Anyway, one more year gone. Bak kata cousin aku Ayah Long, tahun ni mesti aku jadi hero. Huhhu. Bersabarlah dengan soalan cepu mas "Bila lagi nak kawin?"

Bila eh...Malas dah nak fikir

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan buat semua pengunjung beragama Islam.

Iklan ditaja oleh

Carling, Penghilang dahaga di bulan puasa



Tuesday, September 11, 2007

Ada Apa Dengan Anak Ikan

Malam semalam aku gi CPK kat klcc untuk melunaskan janji. Janji orang kalah betting. Huhhu.. Mulanya cuma Domino's je tapi disebabkan drag masa terlalu lama, kena interest sampai ke CPK.

Well, the outing was good. Good company. Ean, cikin, mot and syahid plus me.

The best thing about this group of people is no one is pretentious. Kalau bab gelak, memang tak sembunyi. Kalau bab bercerita, memang tak ingat dunia. Boleh karaoke walaupun belum mandi pagi.. *huhhu-mati aku lepas ni* Boleh layan boling sampai 3 pagi.

Anyway ni nak kongsi cerita yang dikongsi semalam..

BatuBata: Saya tau siapa yang akan menang peraduan Petronas Saya Anak Malaysia. Mesti nama dia bin atau binti Malaysia.
Mot: Ada ke orang nama Malaysia?
Cikin: Ha ah, Saya anak Malaysia kerana bapa saya bernama Malaysia.
BatuBata: Sure menang punya.
Ean: Tapi beb member aku ada sorang, nama ayah dia Ikan. Roshidah Ikan.
BatuBata: Anak ikan..

Tau je lah.. gelak tak ingat dunia. Hilang ilmu. Tak baik gelakkan nama orang.

Siti punjadilah... Ekekkekeke..

Sunday, September 09, 2007

Ada Apa Dengan Analisis Badan

Selepas 3 bulan bekerja separa keras *sebab kadang-kadang malas nak gi* di True Fitness, ini adalah keputusannya.

9 September 2007

Height - 171cm *huhhu agak pendek disitu*
Weight - 63.3 kg

Total Fat - 13.1%
Muscle - 82.5%
Others - 4.4%

Recommendation:
1. Mantain total fat percentage.
2. Increase body weight to 68 kgs.

Kalau tambah ketinggian nak jugak. Ni nak suruh tambah keberatan. Agak keberatan di situ untuk melakukannya.

Mari hidup secara sihat..!!

*all machines are calibrated*

Friday, September 07, 2007

Ada Apa Dengan Orang Jauh

Last month Along and his whole family came back to Malaysia for a 3 weeks holiday. Mainly coming back because of Nazrin's wedding.

Aku tak dapat spend masa sangat dengan diorang. Timing tak kena langsung. Nak buat camaan kan, keja banyak. Dengan projek kat F23 dan 2 minggu tanpa komunikasi, at least i have to be grateful to have spent 3 days with my brother, sister in law and their daughter.



Gambar ni masa tahlil arwah atok kat Melaka. Flew back from Bintulu and arrived in KL at around noon. Terus start enjin keta dan balik Melaka to attend this tahlil. Salah satu sebab pun, nak jumpa diorang ni sebab they were going back to KL that evening. Penat badan memang tak leh citer. But what to do, we only got to see each other once in 2 years.

Anyway, i really enjoyed their company. Only if i could spend more time with them.

Tuesday, September 04, 2007

Ada Apa Dengan Goksek

Tau tak apa tu goksek..??

Kisah ni terjadi di F23 bila salah seorang dari kontraktor kitorang yang kurang fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris datang mencari sesuatu.

Kontraktor: Bos, lau pan mahu itu lah.. mau tengok dalam punya barang. Dia mau itu..
BatuBata: Apa dia mau..??
Kontraktor: Tak tau lah.. dia kata dia mau itu.. goksek..
BatuBata: Haa..!! Pa hal goksek..?? *cuba fikir apa yang cuba disampaikan*
Kontraktor: Ha.. lau pan mau goksek.. wa pun ta tau maa apa goksek

Selang beberapa saat..

BatuBata: Oh.. Torchlight..!!
Kontraktor: Ha..Goksek la..aiyaa

New vocabulary.. Torchlight = goksek.

Taa..

Monday, September 03, 2007

Ada Apa Dengan F23

Ni lah antara sebab kenapa aku dah lama tak update blog aku ni. Job kali ni kat pelantar F23 milik Sarawak Shell dalam perairan Bintulu, Sarawak. Seronok gak dapat naik platform area Sarawak ni. Ala-ala balik kampung. Dapat makan laksa Sarawak, good seafood dan yang paling best dapat komunikasi dengan orang Sarawak guna Bahasa Melayu dialek Sarawak.

Gambar kat bawah ni..Salah satu dari platform F23. F23 ni ada 4 platform je. LQ, drilling, compression and production. Yang kat bawah ni drilling platform.


Drilling Platform F23

Kalau tak silap ada lebih dari 20 well bawah platform ni. Well, i know that they have one christmas tree for each well. I saw a lot of christmas tree so i assume there must be a lot of wells.

And this picture below is yours truly with 3.5 kilos added from normal weight. Huhhu..hasil pemakanan berkala yang seimbang penuh khasiat dari dapur LQ.



Cuba korang tgk pemandangan kat bawah ni..



Sungguh nice sekali. Sesekali dalam keadaan macam ni memang syahdu. Bukan hari-hari kita kat KL dapat tengok pemandangan macam ni. Rasa tenang je. Tengok laut dapat pahala tau..Selain dari tengok laut ada lagi beberapa benda yang memberi pahala kalau kita tengok..

1. Kaabah
2. Al-Quran
3. Wajah Kedua-dua ibu bapa

Taa..