Thursday, October 26, 2006

Cerita Aku di Atas Iman

Lama jugak gua tak update blog ni. Sejak agak sibuk dengan kerja di atas pelantar minyak, tidak dapatlah gua nak update blog ni selalu. With working hour from 6 am to 10 pm or even 12 midnight at times, i dont even have the time to update my blog. Kesian kan. So now as promised earlier on, i will update on the projects at Fairley 4 platform in Brunei Darussalam.

Akhirnya, dapat jugak gua naik platform yang telah sekian lama gua nantikan ketibaan masanya. Penantian hampir 7 bulan memninggalkan kesan yang senantiasa akan menjadi igauan. Betul kata orang, kesabaran tu akarnya pahit, tapi buahnya manis. Gua pun tak berapa pasti pengalaman gua kerja ni akan jadi pengalaman manis ke..?? Kerja 19jam sehari.. manis ke..??



Nilah Armada Iman. Kapal yang menjadi rumah gua selama 9 hari selama gua bekerja atas platform. Hangen betul sebab platform punya LQ dah penuh. So we had to live on a workboat called Armada Iman for 9 whole days. Besar jugaklah kapal ni. Boleh memuatkan hampir 150 orang pada satu masa.

Suma orang panggil kapal ni Iman. Jadi tak kiralah kan bangsa apa pun, agama apa pun.. semuanya berada di atas Iman. Tetapi adakah mereka itu semuanya beriman..?? Apa yang aku karutkan ni..



Ni pulak gambar Fairley 4. Nyaris gua kena raya atas pelantar minyak ni. Kesian gak kat mak gua kalau aku kena raya kat offshore. Gua memanglah tak berapa kisah raya kat mana sekalipun, tapi hati orang tua nak kena jaga kan beb. Gua tau dia tak pernah nak harapkan duit gua yang gua bagi tiap-tiap bulan tu tapi dia cuma nak habiskan masa dia dengan anak dia ni. Dahlah gua anak yang paling kecoh sekali kan. Kalau gua tak ada kat rumah, gua tau mesti dia sunyi kat rumah raya sorang-sorang. Sementara dia hidup ni lah kita nak gembirakan dia. Gua tak nak nanti bila dia dah kejam mata, gua baru nak rasa menyesal tak dapat habiskan masa dengan dia.

Gua ni bukanlah baik sangat.. tapi gua sayang mak gua beb. Buruk baik dia je lah satu-satunya mak yang gua ada.

Chup.. emosi lak entry ni. Nak citer pasal fairley ke nak citer pasal raya ni..



Ni lak gambar gua atas boat on the way balik dari Fairley. Yang kat belakang gua tu ialah Ampa 9, antara platform yang terbesar di Brunei. Gua tak pernah naik lagi. Tengoklah bila sempat esok-esok gua naik lah.

Gua yang dah kurus kan. Dah turun banyak kilo dah sejak gua kerja kat Brunei ni. Penat pun ye jugak. Tapi nak buat camana. Demi sesuap rezeki gua buat jugak kerja ni. Apa pun, gua memang seronok walaupun kerja skrg ni agak memenatkan. Gua juga agak kegelapan (bukan hati yang gelap ye) sebab gua kerja di tengah panas. Jadi kawan-kawan, kalau terserempak dgn orang yang macam muka gua tapi dah kurus dan agak gelap, silalah tegur. Sebab tu memang gua.. huhuhuh.. Kalau salah orang tu nasib korang lah..

boo ya..!!

Monday, October 23, 2006

Happy Eid



Maaf Zahir dan Batin

Saturday, October 07, 2006

Weather Forecast - Kuala Belait, Brunei (071006 - 111006)


Detailed Local Forecast

Tonight: Variably cloudy with scattered thunderstorms. Low around 75F. Winds light and variable. Chance of rain 60%.

Tomorrow: Scattered showers and thunderstorms. High 87F. Winds SW at 5 to 10 mph. Chance of rain 50%.

Tomorrow night: Scattered showers and thunderstorms. Low near 75F. Winds light and variable. Chance of rain 60%.

Monday: Scattered thunderstorms. High 86F. Winds SW at 5 to 10 mph. Chance of rain 60%.

Tuesday: A few thunderstorms possible. Highs in the low 80s and lows in the mid 70s.

Wednesday: A few thunderstorms possible. Highs in the low 80s and lows in the mid 70s.


Banyaknya thunderstorms.. cane nak naik Fairley ni..??

Thursday, October 05, 2006

Dalam Kenangan

Ni lah keta gua yang gua sayang sangat-sangat. Tapi gua dah jual jugak atas alasan yang tertentu. Gambar ni terakhir gua pergi outstation ke Kenyir last month.

Tuesday, October 03, 2006

Bah dan Pantai

Apa sebenarnya yang gua nak tulis hari ni, gua sendiri pun tak tau. Gua masih pening lagi ni. Mungkin sebab banyak sangat tido. Mungkin jugak sebab stress yang tak terkawal. Tak kerja pun stress ke..??

Gue pergi jeti lagi. Nak tengok ada harapan ke tidak untuk kitorang pergi berlepas ke Fairley 4. Langit masih gelap. Walaupun tak hujan, tapi angin masih bertiup kencang. Aku tau harapan untuk ke platform masih samar-samar sampai hari ni. Tapi aku masih bersyukur, aku masih lagi ada tempat untuk berteduh dan berlindung. Melalui berita Filipina semalam, aku dengar ramai juga yang maut akibat taufan yang melanda. Tahla, I think I just have to wait and see. Bila semua dah reda, barulah kitorang boleh pergi.

Ralit jugak bila tengok pantai di muara Sungai Belait. Betul kata pepatah orang tua-tua, sekali air bah, sekali pantai berubah. Bila ombak kecil datang sekalipun, kita boleh tengok macam mana pasir yang membina pantai berubah kedudukan. Tapi bila gua perhatikan jeti pulak, gua rasa, walau sekuat mana bah yang melanda, jeti tu takkan berubah. Pantai yang diliputi oleh lapisan konkrit dengan asas yang kukuh, agak sukar bagi air bah untuk memusnahkan pantai sebegitu.

Bila gua fikir-fikir balik, manusia juga sama seperti pantai.

Jika prinsip manusia hanya berlandaskan pepasir di pantai, mana mungkin dapat bertahan sekiranya air bah datang melanda. Mungkin, jika hanya dilalukan air tanpa bah sekalipun, pepasir pantai yang menjadi kubu insan tersebut akan musnah. Namun, jika pendirian manusia itu berteraskan kubu konkrit bak binaan jeti, bisakah berubah hanya dengan kehadiran air bah?

* I think you are made out of sands. Pegangan yang tidak kuat menggoyahkan pendirian tatkala bertemu seorang yang kau rasa lebih sempurna. I wish u enough.*

From Bila Harus Memilih,

Meski cintaku padamu
Lebih dari yang kau tahu
Namun mengerti kasih tak semudah itu
Melupkan yang telah kau lakukan padaku.

Monday, October 02, 2006

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Eight day in Seria. We’re still stuck here as the boat just wouldn’t leave the jetty. There is a typhoon in southern Philippines resulted in strong wind and high wave in Sabah and Brunei. Small ships and boats are advised not to sail in this type of weather.

Jadinya, kitorang stranded kat hotel di Seria ni sampai dibenarkan untuk ke pelantar Fairley 4. Just hope that everything will be ok before Thursday or else I will have to Raya on the platform. Wuaaaaa…!!!!

Hari ni jugak gua tak berapa sihat. Ada banyak benda yang bermain di fikiran gua ni.

Perpisahan.
Ni lah benda yang paling gua tak suka sekali dalam hidup gua. I know i’ve said goodbye to him. But I know it will never be enough. I will always miss and think of him. Berat sangat hati ni nak lepaskan dia untuk bersama orang lain. 3 tahun lebih gua bersama dengan dia walaupun gua sebenarnya dah kenal dengan dia since 1998. Dialah yang paling memahami gua selama ni. Mana gua nak pergi dia bawak. Apa je yang gua luahkan pada dia, dia akan dengar tanpa bersuara sikit pun. Yeah, there were times when we don’t agree between each other but then i know i will never get someone else to replace him. Not as good as him.

From My Heart,

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin, tak akan pernah
Sayangku akan hilang

Hari ni mama serahkan kereta kesayangan gua pada Uncle Jerry. Akhirnya lepas 3 tahun bersama gua lepaskan juga kereta kesayangan gua tu. Tapi gua tak sampai hati nak lepaskan sendiri. Mama yang tolong kemaskan kereta tu sebelum dia jualkan pada Uncle Jerry. Gua tak sampai hati nak lepaskan. Emo gila gua hari ni. Walaupun dia cuma sebuah kereta, tapi dialah yang menjadi kawan gua selama ni. Masa arwah ayah pergi tinggalkan gua tahun lepas, dialah tempat gua lepaskan macam-macam yang terpendam dalam hati. Gua sayang gila kat kereta tu. Tahla, Juliza pernah cakap gua ni pencinta yang setia.. huhhu.. betul ke..?? *kaedahnya boleh ke bercinta dengan kereta..??*

From Kenangan Terindah,

Bila yang tertulis untukku,
Adalah yang terbaik untukmu,
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku.

Namun,
Takkan mudah bagiku,
Meninggalkan jejak hidupmu,
Yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.